Saturday, March 3, 2012

Mengapa Wajib Mengundi Calon Bukan Islam?


Calon yang mewakili mahasiswa kampus diibaratkan seperti mereka yang bermain bola sepak. Dalam erti kata yang lain, mereka bergerak dan berperanan secara berkumpulan. Segala pertimbangannya juga bukanlah berasaskan pertimbangan peribadi, tetapi bersandarkan kepada ‘fatwa’ dan kesepakatan bersama dalam kumpulan yang diwakilinya.

Dalam konteks pilihanraya di universiti-universiti, calon-calon Kumpulan A misalnya merupakan mereka yang mewakili gabungan beberapa persatuan pelajar yang mahu menegakkan keadilan dan kesaksamaan, serta mereka yang berusaha memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa menurut Syariat Islam, juga undang-undang negara. Golongan ini menentang sebarang penyelewengan, korupsi, penafian hak dan sebarang ketidakadilan serta kezaliman yang berlaku di dalam dan di luar kampus. Sementara Kumpulan B terdiri daripada mereka yang bersekongkol dengan kezaliman serta bekerjasama melakukan penyelewengan, di mana mereka turut menghantar calon bagi mewakili kumpulan mereka untuk bertanding dalam pilihanraya kampus.

Maka, kelebihan personaliti seseorang calon hanya mewakili sebahagian kecil sahaja daripada kelayakan dirinya untuk dinilai oleh pengundi. Kelebihan personaliti, integriti dan kualiti seseorang calon adalah merupakan urusan kumpulan yang diwakilinya untuk meneliti, dan akhirnya meletakkan hanya yang terbaik sebagai calon. Ada pun bagi pengundi, mereka harus memahami bahawa menghantar wakil untuk bertanding dalam pilihanraya bukanlah seperti menghantar pemain badminton, tetapi pasukan bola yang akan bermain di dalam satu pasukan.
Maka jangan hanya menilai peribadi calon, tetapi tumpukan kepada pasukan yang diwakilinya.
Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.

Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.

“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']

Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ‘ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.

Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman. Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim. Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.


KEADILAN UNTUK SEMUA

Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan. Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan.

Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI.” Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?” Baginda S.A.W. menjawab, “CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA” (Hadith riwayat al-Bukhari)


TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI

Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.


TOLONG MEREKA YANG ZALIM

Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman.


TOLONG KEZALIMAN

Akan tetapi, jika anda memilih Muslim dan non Muslim yang zalim atau menambahkan kekuatan pasukan yang zalim, untuk terus melakukan kezaliman, “ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!”

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (H.R. Ahmad)


-Idea penulisan ini diambil daripada artikel Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali sebagai 'Abu Saif', dan diolah mengikut keperluan kampus untuk menjawab SMS palsu terhadap info SMS berbunyi: "Manakah lebih baik daripada mengundi orang bukan Islam mewakili Kumpulan A, berbanding mengundi orang Islam Kumpulan B."

Friday, March 2, 2012

Sayangku tanpa balasan


Kenangan sewaktu berada di Kolej Islam Sultan Alam Shah, sesi STPM 2004/2005

Saya terkenang satu pengalaman yang pernah saya lalui tidak berapa lama dahulu. Pengalaman tersebut sedikit sebanyak telah memberi keyakinan kepada saya untuk terus membangunkan insan-insan yang bermasalah dan patah semangat dalam hidup. Begini ceritanya…

Sewaktu saya menziarahi sekolah lama saya pada cuti semester yang lepas, saya bertemu dengan adik-adik junior saya yang akan mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun itu. Salah seorangnya merupakan AJK saya semasa saya masih terlibat dalam organisasi BADAR di sekolah tersebut. Namanya Hafiz. Dia kelihatan sangat ceria apabila bertemu dengan saya, lalu kami berbual panjang. Namun, ketika saya ingin pulang ke rumah, dia seolah-olah keberatan untuk membenarkan saya pergi. Air mukanya bertukar murung.

“Hafiz, kenapa ni? Awak keberatan nak benarkan abang balik ya?” Saya sedikit bercanda.

Dia tersenyum hambar. Saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

“Ya, bang. Saya ada perkara nak kongsikan dengan abang. Tak apalah, abang baliklah dulu… Nanti saya hubungi abang.” Hafiz berjanji untuk menelefon saya dan kami akan berjumpa lagi. Saya tertanya-tanya apakah yang bakal dikongsikannya sementara menunggu panggilan dan pertemuan dengannya.

Akhirnya Hafiz menelefon saya dan kami telah menetapkan tarikh untuk bertemu.

25 Mei 2007,

5.30 petang,

Di tepi tasik.

Angin yang berhembus perlahan terasa nyaman dan damai, membangkitkan suasana harmoni yang sesuai untuk berbicara dari hati ke hati. Saya memilih lokasi di tepi tasik supaya Hafiz mendapat kondisi yang baik untuk bercerita tentang masalahnya. Kami duduk bersila berhadap-hadapan di tepi tasik yang indah dan tenang.

“Hafiz, ada apa yang boleh abang bantu?” Saya memulakan pertanyaan supaya dia tidak segan untuk memulakan bicara.

Hafiz tidak menjawab. Dia memegang kedua-dua pergelangan tangannya sambil menunduk sedikit merenung rerumputan yang menghijau. Daripada reaksinya itu, saya tahu dia kurang bersedia untuk ‘meluah’ kepada saya.

“Tak apalah, awak fikir dulu apa yang awak nak cakapkan. Kalau belum bersedia, it’s okay. Tapi abang sentiasa bersedia untuk mendengar cerita awak dan akan cuba bantu awak setakat kemampuan abang.” Saya berikan sedikit masa kepadanya untuk lebih tenang dan bersedia.

“Abang…” Hafiz mula bersuara setelah diam beberapa detik. “Sebenarnya ada perkara yang sekian lama mengganggu konsentrasi saya untuk belajar selama ini. Walaupun saya cuba melupakan perkara tersebut, tapi saya tak berdaya. Saya dah tak tahan untuk pendam seorang diri, bang…” Dia memandang saya, kemudian terus membuang pandang ke tasik yang sesekali berkocak tenang. Anak-anak ikan lincah berenang bermain air.

“Tapi keputusan awak dalam peperiksaan sangat memberangsangkan. Malah, awak berjaya melakukan tugas-tugas dalam persatuan dengan baik?” Saya sengaja mencetuskan persoalan supaya dia dapat bercerita dengan lebih terperinci tentang masalahnya.

“Mungkin boleh dikatakan keputusan peperiksaan dan keaktifan saya dalam persatuan agak baik. Tapi bang, sebenarnya itulah cara saya untuk melupakan seketika masalah saya. Saya sengaja mencari jalan untuk menyibukkan diri.”

“Boleh Hafiz ceritakan dengan lebih terperinci?”

“Mm, sebenarnya bang, apa yang mengganggu saya sekarang adalah masalah keluarga saya. Emak saya. Saya tak tahu sama ada dia peduli ataupun tidak tentang diri saya di sini. Selama saya menjadi anaknya, dia tak pernah menunjukkan tanda-tanda dia mengambil berat tentang saya. Apatah lagi tanda dia sayangkan saya.”

“Kebanyakan ibu bapa tetap sayang dan mengambil berat hal anak-anak walaupun kita tidak nampak tanda-tanda tersebut. Sesetengah ibu bapa lebih suka menyembunyikan perasaan mereka daripada pengetahuan anak-anak.”

“Tidak, bang. Saya tidak merasakan begitu terhadap emak saya. Dia lain. Sikapnya kadang-kadang membuatkan saya sehingga terfikir; benarkah saya ini anaknya?” Air mukanya benar-benar membayangkan kekecewaan.

“Sabar ya, Hafiz. Abang simpati dengan awak… Mm, boleh Hafiz ceritakan lagi tentang emak Hafiz? Adakah dia bekerja?”

“Emak saya seorang suri rumah. Abang, bayangkanlah… jika saya ada di rumah, contohnya berada di ruang tamu bersama-sama dengannya, dia pasti akan bingkas ke dapur. Kalau saya berada di dapur, pasti dia akan beredar ke tempat lain pula. Pendek kata, di mana-mana saja saya berada, emak pasti akan mengelak daripada bersama-sama dengan saya.” Hafiz mengeluh perlahan dan menunduk lagi merenung rumput-rumput hijau.

Saya agak terkejut mendengar cerita Hafiz. Saya tertanya-tanya kenapa emaknya bersikap demikian pasif terhadapnya.

“Hafiz anak ke berapa dan berapa bilangan adik-beradik?

“Saya anak kedua daripada lima beradik. Saya ada seorang kakak, seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.”

“Bagaimana layanan emak terhadap adik-beradik Hafiz yang lain?”

“Itulah yang membuatkan saya sangat termakan hati dengan mak, abang. Emak melayan semua adik-beradik yang lain dengan sangat baik. Hanya saya seorang yang tersisih. Sejak dari kecil lagi saya disisihkan, cuma saya tidak sedar kerana usia saya belum matang. Tapi apabila saya semakin meningkat dewasa, saya mula menyedari layanan yang saya terima daripada emak.” Dada Hafiz dihurung sebak. Dia menahan daripada mengalirkan air mata. Saya sangat kasihan padanya. Saya juga berusaha mengawal emosi.

Saya membiarkan suasana sepi seketika supaya Hafiz dapat meneutralkan emosinya.

“Boleh Hafiz beri contoh layanan emak yang berbeza antara Hafiz dengan adik-beradik yang lain?” Saya menyambung perbualan setelah melihat Hafiz kembali tenang..

“Boleh. Contohnya bang, emak selalu mengajak kakak dan adik-adik keluar shopping, makan-makan kat luar, berjalan-jalan… Tapi saya tak pernah diajak. Kalau ayah, kakak atau adik-adik ajak saya ikut serta, emak pasti memberi pelbagai alasan supaya saya tak dapat ikut. Suruh jaga rumahlah, takut ada orang datanglah, saya boleh makan di luarlah dengan alasan saya lelaki. Perlu lebih berdikari katanya. Tapi kenapa apabila saya berada di rumah pun, dia seolah-olah tak nak tengok muka saya? Sebab tu bang, kalau saya balik ke rumah, saya hanya akan berkurung di dalam bilik atau keluar ke mana-mana kerana saya tak berdaya menahan perasaan sedih terhadap emak sendiri yang melayan saya begitu.” Hafiz mengesat air mata dengan hujung jari. Ternyata dia benar-benar sedih dan terkesan dengan perlakuan emaknya.

Saya mengeluarkan sehelai sapu tangan yang selalu saya bawa bersama-sama lalu menghulurkan kepadanya.

Saya memberi peluang kepada Hafiz untuk meredakan tangisannya. Saya dapat rasakan Hafiz benar-benar menyimpan duka dan luka yang sangat dalam dan memakan hatinya sedikit demi sedikit.

“Hanya ayah dan kakak saja yang menunjukkan sikap ambil berat terhadap saya. Saya pernah bertanya mereka, kenapa emak bersikap demikian terhadap saya? Ayah dan kakak tidak dapat memberi jawapan, atau mereka sengaja tidak mahu memberi jawapan.” Hafiz kembali menyambung.

“Sekarang, bagaimana cara Hafiz untuk cuba berhadapan dengan situasi emak Hafiz begitu?”

“Entahlah bang. Saya tak tahu sama ada tindakan saya ni betul atau tak. Tapi dah setahun lebih saya tak balik ke rumah, walaupun hari raya. Bila ayah telefon suruh balik, saya beri alasan macam-macam. Abang, saya dah rasa sangat tawar hati terhadap emak. Bukan saya tak berusaha untuk ambil hati emak. Macam-macam dah saya buat. Belikan hadiah, tolong emak, cuba bergurau senda dengan emak, tapi…”

“Tak rindu pada mak?” Saya sengaja mengujanya.

“Saya rindu sangat pada mak, abang… Saya rindu untuk mendapat layanan yang mesra daripada mak. Rindu masakan mak, segala-galanya…”

“Jadi,Hafiz tak bercadang nak balik? Mana tahu, dah setahun lebih Hafiz tak balik ke rumah, emak rindukan Hafiz? Cuma emak pun pendam macam Hafiz. Hafiz tak fikir macam tu?”

“Alangkah bagusnya jika itu menjadi realiti, bang… Saya bukan tak nak balik, tapi saya takut kecewa lagi dan terhiris dengan layanan mak.”

“Abang faham perasaan Hafiz sekarang. Tapi pernah tak Hafiz terfikir, jika kita sayangkan seseorang, tak semestinya perlu mengharapkan balasan? Dalam kes Hafiz ni, agaknya, perlukah kasih sayang Hafiz mendapat balasan daripada emak? Contoh yang abang bawakan di sini, Rasulullah dahulu tetap menghormati dan menyuap makanan ke mukut seorang tua beragama Yahudi di pasar walaupun Baginda dimaki hamun oleh orang tua tersebut. Bayangkanlah bagaimana perasaan kita jika kita berbuat baik, tetapi dibalas dengan kejahatan. Tentu kita fikir tidak patut. Tapi Rasulullah tetap meneruskan pekerjaannya memberi makan dan menyuap orang tua tersebut sehingga ke akhir hayat Baginda. Tahu bagaimana kesudahannya?”

Hafiz menggeleng. Air mukanya membayangkan perasaan inkuiri yang sangat tinggi untuk mengetahui kesudahan cerita tersebut.

“Pada suatu hari, orang tua itu diberi makan oleh Saidina Abu Bakar. Tetapi dia bertanya; di manakah lelaki yang selalu memberinya makan? Saidina Abu Bakar menjawab, dialah orang yang selalu memberinya makan. Tapi orang tua itu tidak percaya, kerana katanya, orang yang selalu memberinya makan pasti akan terlebih dahulu menghancurkan makanan yang dibawanya lalu disuap ke mulut orang tua tersebut, tetapi Saidina Abu Bakar tidak melakukan demikian. Saidina Abu Bakar tersentak mendengar keterangan daripada orang tua itu, kerana beliau tidak menyangka sehingga tahap itu layanan Rasulullah terhadap orang yang mengkeji dan berkelakuan buruk terhadap Baginda. Saidina Abu Bakar lalu menjelaskan bahawa mulai pada saat itu, beliaulah yang akan mengambil alih tugas memberinya makan kerana Rasulullah telah wafat. Orang tua itu menangis, dan akhirnya telah memeluk Islam.”

Hafiz terdiam mendengar kesudahan cerita tersebut. Dia seolah-olah sedang berfikir.

“Lihatlah, Rasulullah tidak mengharapkan apa-apa balasan di atas kebaikan yang diberikan kepada orang tua tersebut, tapi nampak tak bagaimana cantik kesudahannya? Ternyata, setiap amal kebaikan pasti akan dibalas kebaikan. Jika tidak di dunia, nun di Akhirat sana. Betul tak?”

“Err, itu memang betul, bang… Tapi saya tiada kekuatan untuk balik ke rumah.”

“Hafiz tak pernah fikir, kalau-kalau emak sedang rindukan Hafiz? Sejak Hafiz tidak pulang ke rumah, dia sentiasa menanti-nanti kepulangan Hafiz. Ingin memasak lauk yang sedap-sedap untuk menyambut kepulangan Hafiz. Pernah terfikir tak? Mungkin saat ini dia sedang menangis menahan rindu terhadap Hafiz…Dan cuba bayangkan, kemungkinan inilah peluang terakhir Hafiz untuk sempat bertemu dengannya. Mungkin ada sesuatu yang ingin dia luahkan. Ataupun inilah masanya dia ingin melayan Hafiz penuh mesra dengan sentuhan lembut seorang ibu…”

“Mak…” Nafas Hafiz turun naik menahan sebak yang berombak. Mukanya merah dibahangi hangat air mata.

“Baliklah…” Saya menepuk lembut bahunya.

Hafiz mengangguk setuju. Dan, pada petang itu juga, sebaik tamat sesi ‘luahan’ tersebut, Hafiz terus pulang ke asrama sekolahnya untuk berkemas-kemas, lantas menaiki bas untuk pulang ke rumah.

Beberapa hari kemudian, saya mendapat panggilan telefon daripada Hafiz. Dia beritahu saya bahawa dia sedang cuba menanamkan dalam dirinya perasaan sayang tanpa mengharapkan balasan daripada emaknya. Dan dia juga sering memotivasikan diri dengan kisah Rasulullah yang pernah saya sampaikan. Ternyata, dia semakin tenang. Semakin tenang setelah beberapa waktu berlalu, emak Hafiz akhirnya terbuka pintu hati sedikit demi sedikit untuk menunjukkan kasih sayang terhadapnya.

“Saya hanya berdoa, bang. Dan Allahlah yang telah membuka pintu hati emak,” katanya dalam nada yang ceria sebelum mengakhiri perbualan kami.

TAMAT

p/s:Merupakan pengalaman hidup yang menjadi bahan untuk subjek kaunseling dakwah..Doakan ana dapat A untuk subjek ini

Thursday, March 1, 2012

PANTUN MELAYU NUSANTARA

Anak teruna menanam betik
Buah cempedak dalam raga
Apa guna berwajah cantik
Kalau kurang budi bahasa

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Kalau roboh Kota Melaka
Papan dari Jawa hamba dirikan
Kalau sudah bagai di kata
Jiwa dan raga hamba serahkan

Friday, February 10, 2012

Respon isu kasut kulit babi


Sengaja saya kemukakan persoalan ini disebabkan ada seorang sahabat berbangsa Cina telah meninggalkan komen pada artikel ana yang lalu iaitu berkaitan kasut kulit Babi di pasaran. Beliau bertanya kepada saya "Apa masalah dengan mengguna kasut kulit babi?". Beliau merupakan sahabat saya daripada DEMA UPM iaitu Simon. Pertemuan pertama kami ialah semasa press conference di BAR council di Kuala Lumpur. Kemudian kami dipertemukan lagi di Putrajaya dan akhir sekali UPM, semasa demonstrasi mempertahankan hak salah seorang sahabat yang dirampas lap top oleh pihak HEP UPM.

Terima kasih kepada Simon kerana mengajukan persoalan sedemikian. Saya sendiri terlupa untuk mengkhususkan kenyataan tersebut. Sepatutnya berbunyi begini. "Awas Muslim!! Kasut kulit babi". Ini kerana dalam situasi ini, persoalan daging babi sebenarnya dilarang oleh Islam kepada umatnya. Jadi larangan tersebut bukannya untuk penganut agama yang lain. Saya sendiri sekadar mahu mengingati sahabat seagama dengan saya.

Manakala kulit babi pula jika disentuh dianggap sebagai najis mughallazah ataupun najis yang berat dan perlu disertu apabila tersentuh dalam keadaan basah (dibasuh dengan sekali basuhan air tanah dan 6 kali basuhan air mutlak iaitu air yang suci dan belum digunakan).

Sekiranya ada dikalangan umat Islam yang memakai barangan daripada kulit babi, antara perkara yang dirisaukan ialah apabila mereka hendak menunaikan ibadat. Sebagai contoh mereka memegang kulit babi, kemudiannya mereka hendak menunaikan solat. Di dalam hal ini mereka perlu membuat basuhan seperti saya nyatakan tadi terlebih dahulu. Oleh yang demikian dikhuatiri hal sedemikian tidak diambil endah oleh umat Islam sehingga menyebabkan amal ibadat mereka tidak sah.

Di dalam hal ini sebenarnya larangan adalah tertakluk kepada orang Islam semata-mata. Bagi orang bukan Islam ianya tidaklah digunapakai. Berkenaan isu memegang babi untuk tujuan pembelajaran, seseorang itu perlulah membuat basuhan seperti tadi. Selain itu, tidak digalakkan juga untuk menayangkan gambar mereka memegang babi tersebut seperti yang berlaku keatas seorang pelajar veteriner UPM baru-baru in. Ini kerana ianya menimbulkan salah tanggapan dikalangan masyarakat Islam dinegara kita.

Saya tidak mahu mengulas panjang yang membincangkan . Cukuplah saya menjelaskan kepada sahabat saya Simon, bahawa tujuan saya membuat peringatan tersebut adalah untuk sahabat seagama dengan saya sahaja. Mungkin kekeliruan yang berlaku boleh kita rungkaikan.

Thursday, February 9, 2012

Azzam Ku


Oleh:Khairul Amilin

Azzam Ku

Aku bersumpah wahai diri
Masuklah engkau ke medan ini
Atau kupaksakan dirimu
Bila semua orang berteriak “Maju“
Mengapa masih juga membenci surga !!!!!

Sudah lama hidupmu dalam tenang
Jiwa,.. oh jiwa…..
Kalaupun tak terbunuh di jalan ini
Dirimu akan mati jua
Inilah jalan keabadian
Yang paling sempurna
Lakukanlah, kau akan bahagia
Elakanlah, kau akan celaka

Abdullah bin Ruwahah – saat perang Uhud ---

Monday, February 6, 2012

Niat & akhir kehidupan kita


Renungilah wahai sahabat-sahabat, kehidupan kita hanya sementara. Tunaikanlah kewajipan dengan sebaiknya. Amanah yang kita pegang selama ini merupakan salah satu daripada persoalan yang perlu kita jawab dihadapan Allah SWT.

Mungkin selama ini ramai dikalangan kita yang terleka dek kelalaian dunia, maka berubahlah segera. Saya terkesan dengan beberapa teguran sinis kepada kita yang asyik ber "bloggers", namun begitu niat dan tujuan kita tidak lain hanya untuk berseronok semata-mata. Tiada tujuan lain yang membolehkan para pengunjung mendapat manfaat daripada idea dan kritikan mereka. Isu ini pernah ditimbulkan oleh Abg Dzulkhairi dan baru-baru ini dicetuskan oleh sahabat saya Badrunnaim.

Suatu penilaian dan muhasabah perlu dilakukan segera bagi membolehkan setiap gerak kerja dilakukan kerana Allah dan bukannya untuk berseronok semata-mata. Sekiranya para ulama membicarakan perihal dakwah melalui mata pena, kepada sahabat-sahabat ayuh tajamkan penulisan kita melalui keyboard komputer untuk menyebar luaskan saluran dakwah. Gunakan ilmu yang kita perolehi untuk dimanfaatkan semua. Mungkin ia juga bermanfaat kepada kita di akhirat kelak..

"Orang yang benar-benar cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati"

Sunday, February 5, 2012

Gunakan Cuti Untuk Berbakti




Alhamdulillah, usai sudah peperiksaan bagi semester kali ini. Tamatnya peperiksaan bermakna semester juga telah bermula. Kegirangan menyambut percutian ini mungkin tidak bermakna bagi saya kerana terpaksa menikuti Latihan Industri (LI) di sebuah firma guaman.

Untuk LI pada kali ini, saya lebih senang untuk menempatkan diri di firma guaman sekitar Kuala Lumpur. Jika sebelum ini latihan praktikal saya adalah di negeri sendiri, namun begitu pada kali ini saya telah memohon restu daripada emak lebih awal lagi bahawa latihan praktikal saya akan dibuat di Kuala Lumpur. Mujur emak dan ayah benarkan.

Motif yang paling utama, sepanjang cuti saya perlu menghabiskan masa di Kuala Lumpur bagi menumpukan kepada kerja-kerja yang belum diselesaikan. Masih banyak urusan yang masih tertangguh yang memerlukan komitmen dan tenaga saya disini.
BELAJAR MEMASAK

Semalam saya sempat berborak bersama beberapa orang teman semasa makan. Hidangan yang disediakan adalah kari ikan kembung (ikan termenung bagi orang kedah). Uniknya, kari ini bukanlah hasil air tangan saya, tetapi hasil air tangan “sahabat didikan” saya. Hehehe. Sejak kebelakangan ini saya sering memberi tunjuk ajar kepada sahabat saya Ghaffar yang mahu belajar memasak. Bermula daripada teknik membuat sup ayam, sayur kubis, sambal ikan keli dan semalam saya perturunkan ilmu untuk membuat kari.

Ghaffar seorang yang cepat belajar. Sekali tunjuk, beliau sudah pandai untuk membuat hidangan untuk seisi rumah. Sekurang-kurangnya dapat membantu saya, Bad dan Halim untuk memasak. Tetapi apa yang saya harapkan adalah semua ahli rumah saya pandai memasak. Bukan hanya sekadar tahu untuk makan, tetapi pandai juga untuk menyediakan juadah.

Mungkin sekarang belum nampak kepentingannya. Saya yakin kebaikkannya akan terserlah selepas berumah tangga. Mungkin ada yang beranggapan bahawa air tangan isteri adalah ramuan terbaik keharmonian ikatan rumah tangga. Jadi tidak perlulah si suami belajar memasak. Mungkin ini ada benarnya. Tetapi tidak dinafikan, sekiranya seorang suami mampu menyediakan juadah, sudah tentu isteri akan terasa bahagia. Dilayan seperti permaisuri didalam istana.

Bukan setiap hari suami perlu memasak. Sudah memadai pada hari-hari tertentu yang begitu bermakna buat isteri. Misalnya pada hari lahir isteri atau hari ulang tahun perkahwinan. Saya yakin dan percaya tarikh keramat tersebut akan lebih bermakna dan ceria sekiranya suami menyediakan juadah istimewa untuk isteri.

Tetapi kini, suami lebih rela membawa isteri ke restoren untuk meraikan hari penting tersebut. Alasanya, pada hari tersebut suami tidak mahu membebankan isteri dengan kerja-kerja memasak di dapur. Bagi saya itu suatu perkara yang agak melucukan. Sudahlah disiang hari ketika bekerja suami jarang-jarang makan dirumah. Masakan yang dirasai juga bukanlah hasil air tangan isteri. Mungkin juga air tangan mek Pattani ataupun Minah Indon. Apabila tiba tarikh penting, suami sekali lagi mengajak isteri makan diluar sebagai tanda penghargaan. Air tangan yang dirasai pada malam tersebut juga air tangan mek Pattani ataupun Minah Indon.

Jika suami yang memasak untuk isteri, sudah tentu air tangan dirasai oleh isteri adalah daripada suami yang dicintai. Sudah tentu bahagia bukan? Rasanya semuanya boleh berfikir sedemikian. Adillah sekiranya suami membalas kepada isteri dengan sekali masakan, berbanding isteri yang setiap hari menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak. Bukan setakat itu sahaja, lebih banyak lagi kelebihan yang akan diperolehi sekiranya kaum adam tahu memasak.

KASIH SAYANG IBU AYAH

Berbalik kepada perbincangan saya bersama sahabat-sahabat saya semalam. Masing-masing bersetuju apabila saya menceritakan perihal emak saya yang sering menanti kepulangan saya untuk bercuti. Setiap kali bercuti ada sahaja makanan yang emak simpan untuk saya. Daging lembu, siput lala dan lain-lain lagi. Daging lembu kenduri kahwin Abang Jeffri, terperuk didalam peti ais hampir tiga bulan. Minggu lepas emak menelefon, katanya dia menyimpan siput lala kering untuk saya, adik dan kakak yang berada di Politeknik.

Kata emak, setiap kali makan makanan kegemaran saya, dia akan teringat kepada saya. Begitu juga kepada Adik Syam dan Kak Mina. Jamah laksa teringat Kak Mina. Makan ikan goreng bantut cabai kering teringat kepada Syam. Bila makan dalca teringat pula kepada saya. Pernah ayah mengirimkan buah dokong sekotak besar kepada saya semata-mata kerana saya gemar menikmati buah dokong. Kebetulan ketika itu ayah menolong Pak Mat Desa menjual buah dokong.

Razali mengiakan apa yang saya ceritakan. Sahabat saya Nik Abdul Razak juga bersetuju dan mengalami pengalaman yang sama. Saya yakin dan percaya hampir semua dikalangan sahabat-sahabat merasai pengalaman seperti ini.

Semua emak dan ayah sayangkan kita marijuana detox kit. Mungkin naluri emak yang lembut jiwanya menonjolkan rasa sayang mereka kepada kita. Ayah yang lebih cenderung untuk menunjukkan wajah yang agak garang, bukan bermaksud mereka tidak penyayang. Sifat ayah agak berlainan dari ibu.
Akhir kalam, kepada sahabat-sahabat yang berpeluang bercuti, gunakanlah peluang ini sebaiknya. Jadikan cuti ini waktu untuk membuatkan hati ibu dan ayah kita gembira. Walaupun kita sudah dewasa, tetapi ibu dan ayah tetap sayangkan kita. Selamat Bercuti!

3 Mac 1924 & Loket Emas Emak


Gambar Hiasan

Tadi saya apabila mendapat sms daripada naqib saya menyatakan bahawa esok 3 Mac 2008 merupakan genap 84 tahun jatuhnya kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah. Saya sendiri lupa kerana sibuk memikirkan tentang PRU 12.

Bila saya fakir kembali, 84 tahun bukannya suatu jangka masa yang terlalu lama. Nenek saya sendiri pun sudah menjangkau usia 90 tahun. Namun saya rasakan dia sendiri tidak tahu apa itu kerajaan Turki Uthmaniyah.

Ketika nenek sebelah ayah meninggal dunia, nenek ada meninggalkan 3 keping loket emas. Apabila saya meneliti loket tersebut rupa-rupanya ia adalah wang emas di zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah. Salah satu daripada wang emas tersebut diberikan kepada emak. Namun emak sendiri pun tidak tahu bahawa itu adalah dinar emas zaman khilafah Turki Uthmaniyyah.

Kata mak dia hendak leburkan sahaja loket tersebut. Mujur saya menghalang. Kata saya pada mak, “ Mak tau tak, ni duit mas zaman kerajaan Turki.Mak jangan lebur, rugi mak.Nanti kalau mak tak mau, mak jual kat cek.Biaq cek simpan”.

Sehingga hari ini mak masih memakai duit tersebut dan dijadikan loket. Namun begitu saya yakin walaupun dia memaki loket tersebut, namun mak masih belum memahami sejarah loket tersebut. Yang mak tahu, nenek membeli wang emas tersebut di Mekah beberapa puluh tahun yang lalu. Tetapi mak tidak tahu tentang hebatnya kerajaan yang mengeluarkan mata wang emas yang mak pakai.Saya sendiri yakin, bukan orang kampung seperti emak saja tidak tahu, bahkan ramai dikalangan cerdik pandai di bandar juga tidak cakne hal ini.

Mudah-mudahan ulangtahun ini memberi semangat baru kepada generasi baru untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan kembali berkuasa. Mungkin ia juga memberikan semangat baru kepada kita untuk menghadapi PRU 12 ini. Saya sendiri sentiasa mengharap, akan muncul kuasa baru Islam suatu hari kelak.

Saturday, February 4, 2012

Doa Tok Guru


"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Thursday, January 12, 2012

Mudah-mudahan hidup ini dipandu oleh Allah S.W.T

DSC00020
Program pertama di Fitrah Perkasa tempohari

“Kerja hang ni tak mencabar la’, ujar seorang sahabat saya suatu hari. Saya senyap sendirian mengenangkan kerja saya yang tak mencabar ini.

“Biarlah apa orang nak kata Faisal, kerja dulu sementara waktu. Kesian kat Mak Ayah kat kampung”, hati kecil saya memujuk. Bekerja mencari pengalaman disamping membantu keluarga. Bukan selamanya saya mahu menjadi fasilitator kerana dihadapan saya terdapat satu cita-cita yang jauh lebih tinggi. Biarlah ianya menjadi rahsia dihati saya.

Namun begitu, saya tetap akan membuat yang terbaik dalam menjayakan agenda dakwah Fitrah Perkasa yang lebih menumpukan kepada kesedaran Islam dalam kalangan warga korporat. Banyak ilmu-ilmu yang dapat saya pelajari daripada Ustaz-ustaz di Fitrah Perkasa. Mungkin ianya simple, tetapi memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap diri saya terutama berkaitan dengan penghayatan di dalam solat.

Ijazah Sarjana (Master)

Walaupun saya bekerja, tetapi hasrat untuk menyambung Master saya masih belum terpadam. Insya Allah sebaik sahaja selesai minggu haluansiswa, Dr Siti Zubaidah sudah meminta supaya saya bertemu dengan beliau bagi membincangkan tajuk tesis master.

Mungkin agak berat untuk memikul, tetapi saya harus menerimanya sebagai satu cabaran. Hal demikian kerana, rugi kiranya semangat belajar yang dipupuk sejak tadika sehingga lulus sebagai graduan dimatikan begitu sahaja. Mudah-mudahan, saya diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T. Biarlah saya lambat menyiapkan, sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit dapat saya selesaikan.

Membantu Jemaah

100_0647

Bersama Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Setelah meninggalkan alam kampus. Saya ditawarkan oleh Ustaz Riduan Mohd Nor untuk menjadi setiausaha Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam, Dewan Pemuda Pas Pusat di bawah beliau . Namun begitu, saya terpaksa menolak dengan penuh rasa bersalah. Ustaz Riduan memahami dan memberi ruang kepada saya untuk berkhidmat sebagai AJK Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam, sambil diberi tunjuk ajar oleh beliau.

Sebagai naqib yang memahami, beliau memberi ruang kepada saya untuk bekerja disamping menyambung pengajian di peringkat master tanpa meninggalkan kerja-kerja jemaah. Sudah menjadi pilihan saya, selepas tamat sahaja pengajian ingin terus menyertai PAS dan berkhidmat setakat yang termampu.

Ustaz Mahmud Zaim

Bersama teman-teman berhari raya dirumah Ustaz Mahmud

Biar apa orang kata, inilah pilihan saya. Inilah juga harapan naqib saya yang pertama dan selamanya iaitu Ustaz Mahmud Zaim Bin Musa dan naqib saya yang banyak membantu saya terutama apabila tersepit dari sudut keewangan iaitu Ustaz Riduan Mohd Nor.

Kepada rakan-rakan doakan saya istiqomah. Mudah-mudahan hidup ini dipandu oleh Allah S.W.T untuk terus berkhidmat untuk Islam tercinta.

Wednesday, January 11, 2012

Perutusan Wakil Fakulti APIUM


Alhamdulillah dengan sepenuh wadah kesyukuran dirafa’kan kepada Rabbul ’Alamin di atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita terutamanya nikmat yang paling besar, iaitu nikmat Iman dan Islam, seteguh ingatan kasih buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita tergolong di dalam golongan yang mendapat redha dan rahmatNya..Amin...

Mahasiswa dan mahasiswi harapan agama…

Sedar ataupun tidak, kita semakin hampir memasuki awal Muharam yang hanya segelintir mahasiswa mengetahui dan menantikan tahun baru, berbanding bulan Muharam, persoalan di sini adakah kita selaku mahasiswa yang beragama Islam tergolong dalam golongan tersebut? Fanatik terhadap tahun baru?, sehingga tidak mengetahui apa yang dimaksudkan bulan Muharam..Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan

Mahasiswa dan mahasiswi dirahmati Allah

Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri. Dalam tahap kedudukan Islam pada kedudukan yang mulia, mahasiswa tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir. Umat Islam dahulu telah berjihad secara habis-habisan, maka sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati. Sesungguhnya bumi ini dan segala apa yang ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam. Di tangan orang Islamlah selayaknya ia harus ditadbirkan.

Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam. Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa mahasiswa sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap agar tidak terpesong dari landasan agamanya.

Jika kita meneliti apa yang berlaku sebelum ini, kenapa Allah menurunkan bala dan ujian kepada umat Islam, seperti tsunami, gempa bumi dan yang terbaru banjir teruk melanda Malaysia. Hal ini adalah sebagai peringatan buat kita daripada terus melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini. Sudah menjadi lumrah manusia yang mempunyai sifat pelupa dan sentiasa perlu diingatkan, tetapi kerana sifat ego mereka mengabaikan amaran dan peringatan dari Allah.. Usahlah kita memandang masyarakat luar, kita muhasabah kembali situasi kita sebagai mahasiswa pelajar Akademi Pengajian Islam, adakah kita menjalankan peranan kita kepada sahabat-sahabat kita, adakah kita sudah menunjukkan contoh akhlah yang terbaik? Adakah kita telah mengamalkan ajaran Islam dengan landasan yang benar? Semua jawapan ada pada IMAN sahabat-sahabat sekalian. Hanya orang yang benar-benar mahukan Islam tertegak akan berusaha sepenuh tenaga dalam memperjuangkan yang hak, dan mencegah kebatilan, tetapi berapa ramaikah yang sanggup berbuat sedemikian? Ramai umat Islam tidak sedar mereka menjadi fitnah dalam agama mereka sendiri. Na’uzubillah..

Mahasiswa dan mahasiswi penggerak ummah..

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka mahasiswa perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur. Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Mahasiswa juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.

Di samping kefahaman, beberapa gerak kerja juga harus diatur oleh mahasiswa untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak. Mahasiswa juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan Islam. Mahasiswa tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material. Mereka juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.

Mahasiswa dan mahasiswi fillah..

Bersempena awal Muharram dan peristiwa Maal Hijrah ini, marilah kita bersama-sama tajdidkan niat kita. Perkukuhkan Azam kita, merancang strategi dan menzahirkan dengan tindakan. Strategi amat penting untuk mencapai kejayaan .Hal ini dapat diperkuatkan lagi dengan kata-kata daripada sahabat nabi:” kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun”.Mahasiswa yang kian pudar dan kian hilang kekuatan tidak boleh dibiarkan terus berada dalam keadaan seperti ini. Mahasiswa pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak kepada penghijrahan diri ke arah yang lebih positif .Moga-moga ia menjadi medan tarbiyah kepada kita untuk lebih taqarrub kepada Allah.

Wallahu’alam..

Mohd Faisal & Izzat Amin

Menunaikan Solat Sebagai syarat perlatikkan Pegawai Kerajaan

Suatu perkara yang cukup menarik untuk diperhatikan pada minggu ini adalah berkaitan dengan cadangan Menteri Besar Kelantan yang mahu meletakkan menunaikan solat 5 waktu sebagai syarat untuk mendapat pekerjaan. Hal demikian kerana, melalui pemilihan sebegini akan lahirnya pekerja-pekerja yang yang berintergriti dan pro aktif.

Sesetengah pihak melihat cadangan ini sebagai suatu cadangan yang kurang praktikal kerana ianya mungkin menimbulkan penindasan kepada masyarakat bukan Islam. Kegusaran ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Cuepacs, Omar Osman. Beliau berpendapat bahawa dengan adanya syarat sedemikian, secara tidak langsung ianya menafikan masyarakat daripada bukan Islam untuk mendapat jawatan tersebut.

Apabila diteliti secara kasarnya, ramai dalam kalangan masyarakat yang cetek ilmu agamanya bersetuju dengan pandangan beliau. Di dalam isu ini saya yakin bukan beliau sahaja yang berpandangan sedemikian, bahkan ianya juga mungkin berlaku juga kepada golongan masyarakat yang kurang kefahaman agama.

Sewajarnya didalam hal ini, bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum khususnyayang bukan Islam, kerajaan Negeri Kelantan perlulah membuat penerangan dan kenyataan dengan lebih jelas. Saya yakin dan percaya, dasar yang bakal dilaksanakan ini hanya akan dilaksanakan kepada pemohon yang beragama Islam sahaja.

Sudah disebut di dalam al-Quran bahawa Islam menghormati penganut yang beragama selain daripada Islam.Oleh itu tidak timbul akan berlaku diskriminasi terhadap masyarakat bukan Islam.

Islam adalah agama yang menekankan konsep keadilan di dalam kehidupan. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di dalam pemerintahan sekalipun, Islam meletakkan syarat pertama di dalam memilih pemimpin adalah Adil.

Oleh itu di dalam hal cadangan Menteri Besar Kelantan ini, saya melihat beliau telah melakukan sesuatu yang adil di mana hanya akan memilih golongan Muslim yang taat kepada Allah sahaja yang bakal diambil bekerja.

Walaubagaimanapun, syarat-syarat ini hanya tertakluk kepada masyarakat yang beragama Islam sahaja dan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam. Sebagai contoh, perlaksanaan Undang-undang Syariah dinegeri-negeri hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja, manakala masyarakat bukan Islam tertakluk kepada Undang-undang Sivil.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Wilayah menggesa Presiden Ceupacs, Omar Osman adalah langsung tidak tepat dengan keadaaan. Hal demikian kerana, sewajarnya pihak DPPW memberikan kefahaman dan penjelasan dahulu kepada beliau sebelum membuat kenyataan sedemikian. Di dalam kenyataan yang agak panjang itu, saya melihat pihak DPPWP hanya membahaskan berkenaan kewajipan bersolat tanpa menerangkan konsep perbezaan perlaksanaan syariat Islam dikalangan Muslim dan pengecualiaanya kepada non-Muslim.

Di dalam melaksanakan keadilan Islam ini, Imam Hassan Al-Banna pernah menyebut “Al-Fahmu Muqaddamu ‘ala Kulli al-amr wa nahyu” yang bermaksud, kefahaman adalah permulaan kepada arahan dan tegahan.

Oleh itu, sebagai aktivis kepada sebuah gerakan Islam, DPPW perlu mengimplementasikam kata-kata tersebut di dalam setiap gerak kerja mereka. Bukan hanya menyalahkan pihak yang mungkin tersalah faham di dalam isu ini. Tetapi sebagai seorang ahli siasi merangkap seorang Daie, unsur-unsur dakwah juga perlu dititik beratkan didalam setiap gerak kerja kita. Sekiranya kita melenting, sudah tentu lebih ramai akan terkeliru di dalam isu ini kerana tiada siapa yang bertindak untuk memberikan penerangan terutama kepada masyarakat bukan Islam.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Istiadat Konvokesyen 2009

Raja Dr Nazrin Shah memberi skroll ijazah

Terima Kasih Tuanku....


Huh..selesai..

Tuesday, January 10, 2012

Israk dan Mikraj bersama pelajar Sek Keb SS 6, Damansara

P7230184

Puan Dasimah menyampaikan plak cenderamata kepada saya

“Kenapa masam muka adik-adik ni? Menurut pakar motivasi, orang tidak ceria dipagi hari. Tidak akan bahagia kehidupannya pada hari tersebut”, saya memulakan ceramah Israk dan Mikraj kepada adik-adik di Sek Keb Seksyen 6, Kota Damansara pada hari Jumaat, 24 Julai lepas.

“Ustaz nak adik-adik semua senyum nampak semua gigi”, saya cuba menarik perhatian pelajar-pelajar darjah 5 dan 6 yang merupakan audiens saya dalam ceramah tesebut.

Jemputan ceramah ini saya perolehi daripada Ustazah Faizah yang merupakan isteri kepada Ust Raja Hisamuddin pensyarah APIUM. Memandangkan pada tarikh tersebut jadual saya masih kosong, membolehkan saya menerima jemputan ceramah tersebut.

Saya memulakan ceramah dengan mengheret hati pelajar menghayati 3 peristiwa yang berlaku sebelum Rasulullah S.A.W di Israk dan Mikrajkan. Pertamanya kewafatan Saidatina Khadijah, keduanya kematian Abu Talib dan ketiganya peristiwa Rasulullah dihalau semasa berdakwah di Taif.

P7230174

Dengan alunan suara mendaya-dayu, kelihatan pelajar-pelajar sunyi sepi mendengar jalan cerita yang mungkin menyentuh hati mereka.

Antaranya dialog Siti Khadijah kepada Rasulullah yang menyuruh Baginda menjual tulang belulangnya untuk mendapatkan wang bagi perjuangan Islam dan keduanya peristiwa mengalirnya darah di betis Rasulullah S.A.W ketika terkena batu yang dibaling oleh anak-anak penduduk Taif.

Selepas berceramah, saya dibawa oleh Puan Dasimah Bt Ahmad selaku guru besar bersama dengan Ust Hasan untuk menjamu selera dikantin sekolah. Saya sempat berkongsi pengalaman bersama dengan kedua orang guru yang saya kira cukup berpengalaman di dalam bidang pendidikan ini.

Ketika makan inilah juga Puan Dasimah bercadang untuk menjemput saya sekali lagi untuk memimpin khemah ibadah untuk pelajar-pelajar darjah 6. Tetapi ajakan tersebut terpaksa saya tolak kerana saya sudah maklum, program-program Fitrah Perkasa setiap bulan cukup padat. Permintaan terlalu banyak dan tenaga yang ada tidak mampu menampung permintaan tersebut.

Saya cuba membantu pihak sekolah dengan memberikan cadangan-cadangan sahabat-sahabat saya merupakan sukarelawan muda untuk membantu pihak sekolah menjalankan program tersebut. Bahkan sebelum ini ada pertanyaan daripada sebuah sekolah di Seksyen 14 pun saya alihkan kepada sahabat-sahabat saya yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa ini. Mereka adalah teman setia saya di Baitul Taubah wa Tarbiah.

faisal doa

Saya memimpin adik-adik mengalunkan doa taubat

Ketika saya sampai di pejabat saya menerima sms daripada Ustazah Faizah. “Syukran Ustaz atas ceramah yang disampaikan. Guru Besar gembira kerana inilah ceramah yang paling senyap. Guru Besar cadang lepas ni nak jemput Ustaz bagi ceramah pada guru-guru pula. Harap Ustaz sudi”, saya terkedu membaca sms tersebut.

Lantas saya membalas, “Terima kasih juga pada sekolah yang sudi menjemput. Sekiranya nak jemput untuk beri ceramah kepada guru-guru, saya cadangkan Tok Guru saya di Fitrah Perkasa iaitu Ust Nasib yang saya rasa lebih menyentuh hati. Insya Allah saya akan cuba membantu”. Rendah diri rasanya kepada guru-guru yang lebih berpengalaman ini.

Sebagai orang baru di dalam bidang ini, saya sendiri terkedu kerana penyampaian saya pada hari tersebut berjaya menyakinkan guru-guru di sekolah tersebut. Tidak seperti sebelum ini, penyampaian sebagai seorang Trainer ini rupanya lebih menyentuh hati pendengar berbanding penyampaian sebagai seoang penceramah.

Monday, January 9, 2012

Akibat mengelamun, Saya eksiden

Pada 25 Mac lalu (Isnin) mencatatkan sejarah dalam hidup saya. Saya eksiden. Sebelum ini saya pernah melihat eksiden berlaku dihadapan Kolej Kediaman Ke 12. Entah tiba-tiba seorang pelajar melanggar pokok tanpa sebarang sebab. Saya berasa lucu dengan kejadian tersebut. Tetapi kali ini, hal demikian terjadi pada diri saya.

Seawal pagi semasa hendak kekelas, ketika lidah asyik dengan alunan zikir “ Allah, Allah , Allah”, saya tenggelam didalam lautan khayalan zikir. Saya memalingkan muka ke tepi, apabila berpaling ke hadapan, tiba-tiba motor yang saya tunggang telah melanggar sebuah objek. Melayang tubuh ala-ala superman. Dada tersodok ke atas tar. Saya terbaring diatas tar berhadapan gelanggang skuasy. Huh, menjadi superman jadian.

Mujur ketika itu para pelajar masih belum ramai. Saya melihat jam ditangan, menunjukkan jam 9 pagi. Di kala itu datang 2 orang pak cik membantu saya. Mereka membuang tiang yang terbalik ke tepi jalan sambil membebel. “Buat kerja tak reti simpan barang, kesian kat orang yang lalu lalang”. Pada awalnya saya masih lagi pening-pening lalat. Selepas beberapa minit, barulah keadaan kembali seperti biasa. Dua orang pak cik tadi menolong mengangkat motor saya. Dikala itu saya sudah mampu bangun.

Saya melihat ke dada, butang baju Raihan merah terbertas. Mata saya melilau mencari butang yang tercicir. Akhirnya ditemui ditempat saya tersersungkur. Tiba-tiab lutut saya berdenyut sakit. Saya meraba kelutu, kelihatan seluar slack hitam saya tekoyak. Darah mula mengalir darah daripada lutut yang tercalar.

Sayu hati melihat motor yang rosak. Lampu dan cover depan pecah. Entahlah berapa pula wang yang perlu dikeluarkan. Benar kata ulama, apa yang kita perolehi itu kadang-kadang bukanlah rezki kita. Sebagai contoh, rezki kita adalah apa yang kita sedekahkan. Di akhirat kelak akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Ketika itu Rashid datang mendekati saya. Dengan bantuannya, handle motor yang terkehel dan gear yang kiat diperbetulkan. Ketika itu lalu beberapa orang sahabat yang lain, saya hanya menghadiahkan senyuman tipis. Biasalah sebagai YB, paling kurang bertemu dengan sahabat senyuman itu paling utama. Sehinggakan mereka sendiri tidak perasan saya kemalangan. Lihat, betapa kuatnya kuasa senyum. Senyum itukan sedekah.

Di klinik, saya bertemu dengan seorang sahabat yang juga mengalami esksiden. Katanya dia terlanggar penghadang jalan. Kecederaannya lebih teruk lagi daripada saya. Semasa diperiksa, Doktor masih lagi sempat melawak. “Pekat sungguh loghat Kedah no”. Saya tersenyum sendiri. Biasalah anak jati Kedah.

Selepas itu Doktor member surat kepada saya untuk pergi membersihkan luka. Kecut perut saya mendengarnya. Mahu saja saya mengoyak surat yang ditulis oleh Doktor. Kata orang, nurse cukup tidak bertimbang rasa dalam merawat pesakit yang kemalangan. Namun begitu saya membatalkan saja niat untuk mengoyak surat merah rawatan tersebut. Nakal juga saya ni.(^^,).
Setiba dibilik rawatan, seorang nurse berbangsa cina bernama Yvone menyambut saya dengan senyuman. Saya diminta menanggalkan kasut dan duduk diatas katil. Malu rasanya untuk berbaring. Sebelum dia menyelak lutut, saya sendiri sudah menyelak tempat luka. Di dalam hati saya berdoa, janganlah nurse ini bertindak kasar.

Alhamdulillah, luka saya dicuci dengan lemah lembut. Namun begitu terkilan juga rasa hati. Kenapa bukan nurse Islam yang merawat saya. Sekurang-kurangnya dia membaca bismillah sebelum merawat saya. Inilah yang selalu saya fikirkan. Bahkan ketika kemalangan itu pun, sebenarnya saya leka memikirkan apakah yang patut saya bantu kepada junior saya, iaitu Tamam dan Adam. Mereka adalah nurse pelatih lelaki yang berjiwa kental. Mempunyai semangat dakwah yang tinggi.

Mudah-mudahan mereka berjaya menjadi seorang nurse yang berjaya. Saya doakan juga mudah-mudahan adik-adik nurse pelatih yang rajin untuk menghadiri kuliah di Masjid Biru turut sama menghidupkan dakwah di dalam hospital yang mereka duduki. Itulah pesan saya kepada Tamam dan Adam. Tugas kalian adalah menjadi pemimpin. Bimbinglah sahabat-sahabat kalian seperti Alia, Zakiah, Hadillah, Hashida, Hasanah dan Kak Ain. Dunia Islam mengharapkan nurse yang berjiwa Islam seperti kalian. Saya berazam di dalam hati saya untuk membantu dengan memberi semangat kepada mereka selagi mana saya berada di bumi Kuala Lumpur ini. Mudah-mudahan amalan yang sedikit ini menjadi bukti kepada Allah kelak, bahawa saya juga pernah berjuang untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Selepas dirawat saya pulang ke rumah, dan menghabiskan masa dengan berehat. Cuti sakit yang diberikan oleh Doktor saya gunakan. Namun begitu, slipnya tidak saya berikan kepada pensyarah saya. Pada petang itu saya ke kedai Kek Seng untuk “berubat” motor saya. Emm betullah, mahal la ubatnya. Duit melayang, namun hati saya tetap girang. Duit boleh dicari. Nyawa tiada galang ganti.(^^,).


Memali..Ingatlah dendamnya musuh pada Islam

Sunday, January 8, 2012

Nasihat Buat Pejuang Agama

Tinta 1

Wahai hamba yang tekun beribadat di dua tanah haram, jika kau melihat kami,
nescaya engkau akan mengetahui bahawa engkau sedang
bermain dengan ibadatmu

Sesiapa yang berlumuran air mata dipipinya,
maka tengkuk - tengkuk kami pula berlumuran darah.
Atau ada yang kudanya keletihan sia-sia,
Sedang kuda kami keletihan di pagi hari.

Kalian dipenuhi oleh bau wewangian,
Sedangkan wewangian kami adalah debu-debu nan indah yang
diterbangkan teracak kuda kejam dan gersang, serta debu.

Kami dianugerahi untaian kata Nabi kami,
Kalimat Shahih yang benar … bukan dusta.

Tak ‘kan sama, debu yang bersarang di hidung hamba Allah,
dengan asap neraka! … bukan dusta.


Tinta 2

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung, rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,usah di gusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan..


Tinta 3

"Tidaklah menjadi baik akhir umat ini, melainkan dengan apa yang telah memperbaiki dengannya generasi pertama umat ini. Maka setiap apa yang pada hari itu (zaman shahabat) tidak dikatakan sebagai agama, maka tidak pula hari ini (zaman sekarang) dikatakan sebagai agama." -- Al-Imam Malik

Tinta 4

PeRSaHaBaTaN YaNg SeJaTi aKaN MeMBaWa KeRiNDuaN YaNg aBaDi. SeSuNgGuHnYa PeRSaHaBaTaN iTu LeBiH uNgGuL DaRi PeRCiNTaaN, TaNPa PeRSaHaBaTaN PeRCiNTaaN aKaN BeRaKHiR TeTaPi TaNPa PeRCiNTaaN, PeRSaHaBaTaN BoLeH KeKaL. oLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN. HaNTaRLaH PeSaNaN iNi KePaDa oRaNg YaNg aNDa TiDaK aKaN LuPa DaN HaNTaRKaN JuGa KePaDa oRaNg YaNg MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi JiKa aNDa MeNgHaRGai PeRSaHaBaTaNNya. iNi aDaLaH PeSaNaN PeNDeK uNTuK MeNyaTaKaN YaNg aNDa SeNTiaSa MeNgiNGaTiNya. KaLaU aNDa TiDaK MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi, BeRMaKNa aNDa SuDaH MeLuPaKaN KaWaN-KaWaN aNDa. aMBiLLaH SeDiKiT MaSa uNTuK MeNgiNGaTi KaWaN-KaWaN yG SeNTiaSa MeMBeRi SoKoNgaN uNTuK aNDa.."

Friday, January 6, 2012

Sajak : Kematian


Sajak ini saya rasakan pernah kita dengar sejak sekolah rendah lagi. Mungkin boleh kita jadikan renungan buat kehidupan kita bersama.

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal



Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!


Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiiiĆ¢€¦

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

Selamatkah mahasiswi kita menaiki Teksi?



PARAH: Mangsa ditemui terbaring berhampiran Maktab Polis Cheras, kelmarin. Andaikata perkara sebegini terjadi kepada mahasiswi UM, Siapakah yang akan bertanggungjawab



Saya tertarik dengan berita yang dipaparkan pada hari ini berkenaan kes seorang wanita Cina yang ditikam oleh pemandu teksi yang dinaikinya. Kejadian ini berlaku berhampiran Maktab Polis, Cheras. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengakui bahawa wujud sendiket yang menggunakan teksi untuk merompak mangsa terutamanya wanita.



Antara perkara yang bergelegar difikiran saya apabila terbaca isu ini ialah, nasib sahabat-sahabat mahasiswi UM yang dibuang kolej kediaman dan tinggal di sekitar Pantai Dalam. Mereka ini terdedah kepada ancaman bahaya yang cukup tinggi. Hal ini kerana mereka sering menggunakan teksi untuk pulang ketika malam hari. Sekiranya hal yang tidak diingini berlaku siapakah yang akan dipersalahkan? Saya berasa untuk melontarkan idea ini kerana saya tahu kesannya amat buruk jika ianya berlaku.



Saya sendiri berusaha membawa hal ini untuk dibincangkan diperingkat atasan bersama-sama sahabat-sahabat seangkatan Pro-M dalam kabinet MPMUM. Tetapi ianya dipandang sebelah mata. Kepada sahabat-sahabat kabinet daripada Aspirasi, janganlah kalian melihat sahaja perkara sebegini berlaku kerana kebajikan mahasiswa adalah tanggungjawab bersama.



Pernah saya bawakan kisah sahabat saya disebuah Universiti dirogol ketika berjalan pulang ke rumah. Apa gunanya sekiranya perkara ini sudah terjadi. Sebab itulah, isu kebajikan mahasiswi ini perlu mendapat pembelaan daripada pihak UM. Janganlah semata-mata kerana kepentingan politik, kebajikan mahasiswa dan mahasiswi diketepikan.