Kejadian yang berlaku malam tadi dikatakan dikesan oleh beberapa pelajar yang berada di situ, apabila penuntut-penuntut program Asasi Sains dikesan cuba untuk membuang undi dengan menggunakan kad pengenalan.
Harakahdaily dimaklumkan bahawa, para pelajar Asasi Sains tidak dibenarkan mengundi dalam pilihan raya kampus.
Menyedari senario tersebut, beberapa mahasiswa telah menangkap 'pengundi hantu' ini dan telah membawa ke pengetahuan Timbalan Naib Cancelor (HEP) yang kemudiannya telah merujuk kepada Naib Cancelor UM yang akhirnya telah memanggil mesyuarat senat di awal pagi lalu membuat keputusan dengan membatalkan pengundian yang dilakukan di Kolej Kediaman Ke-12.
Pihak universiti telah memutuskan untuk mengadakan semula pengundian di kolej tersebut pada hari Khamis (esok) pada jam 9 pagi hingga 3 petang.
Ketika ini semua calon tidak dibenarkan menjalankan sebarang kempen, di samping peraturan asas pilihan raya tetap diguna pakai.
ImageHarakahdaily difahamkan, setakat ini keputusan pengundian secara tidak rasmi telah diketahui dan pihak universiti kini hanya menunggu keputusan daripada Kolej Kediaman Ke-12.
Sementara itu, kejadian yang berlaku ini, telah menimbulkan kegemparan di Dewan Tunku Canselor (DTC) yang menjadi pusat penjumlahan pengundian.
Sementara menunggu proses pengiraan dijalankan di Dewan Tunku Canselor (DTC) yang berakhir lewat jam 4 pagi, penyokong-penyokong kumpulan pro mahasiswa dan Aspirasi mengadakan perhimpunan.
Lebih 400 penyokong pro mahasiswa serta kumpulan Aspirasi bersorak serta melakukan aksi-aksi kebiasaan dilakukan dalam sebuah demonstrasi.
Image"Mereka pun dah pandai bersorak dan mencipta slogan untuk demonstrasi," ujar seorang penyokong pro mahasiswa mengulas aksi penyokong Aspirasi mahasiswa di pekarangan DTC pagi tadi.
Sungguhpun begitu, keadaan tersebut masih berada dalam kawalan pihak keselamatan universiti dan ia berlangsung dalam suasana yang tenteram.
Turut kelihatan beberapa 'mata-mata' yang ditugaskan untuk memantau kegiatan tersebut untuk dilaporkan kepada pihak atasan mereka. - mks.
sumber:harakahdaily
No comments:
Post a Comment