Tuesday, October 11, 2011

Ayat-ayat tok Guru yang di manipulasi


Ayat-ayat ini merupakan ayat-ayat yang sering digunakan oleh Umno untuk memburukkan imej Tok Guru. Namun begitu, penghuraian kepada ayat-ayat ini menjadikan masyarakat semakin keliru.Semuanya adalah kerana skrip ucapan ini diubah. Keratan ucapan ini pun saya perolehi daripada akhbar utusan Melayu.

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

* Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

– 24 Januari 1999

* Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.

– 28 April 1999

* Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir.

– 3 Julai 1999

* Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.

– 4 Mac 2001

* Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang.

– 17 Februari 2008

TOK GURU ABDUL HADI AWANG

* Orang UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor:

*Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan negara yang bukan merupakan perlembagaan Islam.

* Pemerintah yang terdiri daripada orang- orang UMNO telah meletakkan perlembagaan negara lebih tinggi dari al-Quran.

* Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam khususnya Pas, jelas menunjukkan mereka tidak Islam.

– 17 Jun 1986

* Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.

– 18 Februari 2008

* Urusan memilih pemimpin adalah lebih besar daripada meminang. Oleh itu tidak salah mendedahkan keburukan- keburukan yang pernah mereka lakukan.

– 27 Februari 2008

* Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itu, kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

– 7 April 1981

Lambaian Kuala Mu


Bergambar beramai-ramai di Kg Beswok

Dua minggu yang lepas saya sempat mengikuti rombongan dakwah bersama Ummah Aid dan Muhammadiyyah International ke perkampungan orang asli di Kuala Mu, Sg Siput Perak. Rasanya pengalaman ekspedisi tersebut sesuatu yang baru dalam hidup saya.

Saya bersama Zaidi dan Zafar bergerak ke Sungai Siput menaiki “kancil”. Manakala rombongan daripada Pulau Pinang seperti yang dikhabarkan oleh Zaidi, bergerak daripada USM. Di pertengahan jalan, side mirror ‘kancil” tercabut. Tersenyum saya bersama Zaidi. Zafar di belakang sudah nyenyak melayan nikmat tidur.

Sebaik sampai di Tol Grik, kami menanti kehadiran rombongan daripada Pulau Pinang. Sementara menanti, saya sempat mengilang tahi mata sebentar. Zack dan Zafar sibuk usik mengusik di tepi jalan.Setiba sahaja rombongan dari Pulau Mutiara tiba, kami bergerak menuju ke rumah Cikgu Bob. Kata Zaidi, Cikgu Bob merupakan pakar dalam mengendalikan kenderaan pacuan 4 roda.Pada mulanya saya ingatkan ianya suatu yang biasa sahaja, namun selepas menaiki Land Rover, saya mula merasai cabaran. Apakan tidak, Land Rover yang saya naiki tiada cermin hadapan. Pecah ketika ekspedisi yang lalu ketika Land Rover tersebut bergolek dari puncak bukit ke bawah. Seperti yang diberitahu oleh Zaidi, Land Rover tersebut diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan kepada Ustaz Wahab. Walaupun kelihatan agak uzur, namun sudah banyak jasa yang ditaburkan. Boleh dikatakan Land Rover ini tidak pernah ketinggalan dalam mengikuti ekspedisi dakwah ke Kuala Mu.

Kami merentas lautan kegelapan malam, membelah hutan belantara seawal jam 3 pagi. Kabus malam yang sejuk menusuk ke tulang hitam. Angin menghembus laju dari hadapan disebabkan tiada cermin penghadang untuk menghalang. Sahabat saya Zafar berpeluk tubuh kesejukkan. Bagi saya itu adalah suatu yang biasa. Kehidupan saya dikampung juga sedemikian rupa. Bahkan program-program yang pernah diikuti sebelum ini lagi mencabar kesejukkannya. Berendam di dalam sungai ditengah malam. Suatu yang indah dan manis! Land Rover yang saya naiki membontoti Land Rover biru yang diberi nama “Yala”. Diikuti Pajero Cikgu Hasyim dan Trooper Unit Amal Pulau Pinang yang kesemuanya saya belum kenali. Di awal perjalanan saya hanya senyap dan memerhati gelagat adik-adik dan abang-abang di dalam Land Rover tua ini. Mereka bersembang sambil bergelak ketawa bercerita tragedi dan kenangan ekspedisi yang lalu. Zafar tidur, manakala Zaidi ditugaskan memandu Yala. Saya hanya berdiam diri.

Setiba di tengah hutan, kelihatan permandangan begitu cantik. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah. Tidak pernah saya melihat gugusan bintang begitu banyak tergantung dilangit. Keindahan tersebut tidak dapat saya gambarkan. Inilah kehebatan ciptaan Allah yang maha agung, tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.

Kira-kira jam 5 pagi, kami tiba di tempat persinggahan. Ada yang mengambil peluang untuk melelapkan mata. Ustaz Wahab orang yang paling awal berwuduk dan menunaikan Solat Sunat. Saya kemudiannya mengikuti bersama sahabat-sahabat yang lain. Selepas solat Subuh, kami dihidangkan dengan santapan rohani oleh Zulzaidi. Kemudian, Ustaz Wahab memberi sedikit inzar kepada kami. Beliau mengingatkan, untuk menjadi seorang pendakwah kita mestilah berjiwa besar. Mesti bersemangat waja. Namun saya tidak sempat menangkap 3 sifat pendakwah yang disebut oleh Ust Wahab.

Saya mengenali Ustaz Wahab daripada Zaidi. Mungkin saya ibaratkan Ustaz Wahab seperti Land Rover ini. Walaupun sudah lanjut usia, tetapi masih “degil” untuk berdakwah ke Kuala Mu yang begitu mencabar. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti dakwah sejak usia muda lagi. Tidak silap saya beliau sudah berpengalaman selama 16 tahun berdakwah orang asli di Negara Thailand, Vietnam dan beberapa buah Negara Asean yang lain. Manakala di Malaysia sekitar 3 atau 4 tahun beliau mula melibatkan diri secara serius semata-mata mahu melihat kalimah Allah diucapkan oleh masyarakat orang asli. Tidak ramai pendakwah yang tegar seperti beliau.

Usai solat subuh, kami meneruskan ekspedisi. Melihat pemandangan awal pagi membuatkan hati saya terhibur. Sungguh nyaman. Saya cuba mengambil peluang melelapkan mata, namun tidak Berjaya disebabkan Land Rover yang bergoyang kuat. Setiap kali berjaya melepasi dakian bukit, kami bertakbir beramai-ramai. Cuak juga rasanya ketika “Putih” (saya namakan Land Rover kesihatan sebagai putih untuk memudahkan penulisan) mengerang mendaki putih.

Ketika mendaki bukit seterusnya, enjin Putih tiba-tiba mati. Kecut perut. Kelihatan Zafar pucat. Putih seperti mahu mengelungsur ke belakang. Abang Wan cuba menenangkan kami. Saya mengambil kesempatan keluar melalui pintu dihadapan untuk membantu Abang Wan dan Abang Shah meletakkan kayu di belakang tayar Putih. Hanya tinggal Salman didalam untuk mengemudi Putih. Suasana pada ketika itu agak cemas. Mungkin disebabkan kali pertama merasai pengalaman sedemikian rupa. Alhamdulillah, enjin berjaya dihidupkan dan Putih bergerak megah memanjat bukit. Saya bersama beberapa orang yang lain berjalan kaki membontoti Putih dari belakang.

Setengah jam kemudian, kami bertemu pula dengan halangan pokok tumbang merentangi jalan. Masing-masing berusaha untuk mengalihkan pokok tersebut bagi membolehkan kami sampai di Kampung Kuala Mu. Dengan kerjasama daripada semua, halangan tersebut kami berjaya lepasi.
Setiba di Kuala Mu, saya membantu untuk menyiapkan masakan. Kehadiran kami disini cukup bermakna bagi penduduk kampung, kerana mereka berpeluang untuk menikmati “cak raya” ataupun makan besar. Di sini mereka boleh menjamah nasi.

Makanan ruji penduduk disini adalah ubi kayu disebabkan mereka tidak berkemampuan membeli beras. Saya termenung sendirian. Terfikir dikepala, masih ada masyarakat Malaysia yang tidak menjamah nasi disebabkan susah. Namun begitu, saya melihat kehidupan mereka bahagia. Jauh daripada kesibukan kota. Di tepi kampung, mengalir air sungai yang cantik. Sungguh indah permandangan di Kampung tersebut. Usai sahaja masak, kami mengagihkan makanan kepada seluruh penduduk kampung. Selepas itu saya sempat menikmati kesegaran air sungai Kuala Mu. Begitu sejuk dan nyaman.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Bersoak, kami sempat menunaikan solat bersama penduduk kampung. Kanak-kanak diajar untuk melafazkan kalimah dua syahadah. Saya dapat membayangkan kemiskinan pada wajah-wajah anak kecil yang bersama dengan kami. Apabila dihulurkan gula-gula, masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkannya. “ Alangkah bertuahnya kehidupan aku sewaktu kecil, walaupun aku susah tetapi mereka lebih susah dari aku” getus hati kecil saya dikala itu.

Selepas itu kami bertolak ke Kampung Beswok. Hujan mulai lebat. Putih mengulangi sekali lagi peristiwa mati di atas bukit. Sekali lagi kami terpaksa turun untuk menyelamatkan Putih. Masing-masing lencun akibat hujan yang tidak henti-henti turun.

Perjalanan kami selepas itu agak sukar. Hujan yang lebat menyebabkan laluan menjadi licin dan becak. Kami terpaksa berhenti beberapa kali disebabkan ada dikalangan kenderaan rombongan ini yang tersangkut. Namun begitu, akhirnya kami berjaya sampai di Kampung Kutei lebih kkurang jam 8 malam. Kami terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke kampung Bersoak memandangkan laluan untuk ke sana mengalami sedikit masalah. Ustaz Wahab berkeras untuk bergerak juga ke Kg Bersoak memandangkan inilah kali pertama ekspedisi ini akan pergi ke sana. Masing-masing kelihatan resah dengan kemahuan Ustaz Wahab. Jiwa beliau kental, tidak seperti yang lain yang saya kira agak lembut tetapi tidaklah bermaksud mudah putus asa.

Kami mengambil keputusan untuk bermalam dan membuat “cak raya” kedua di kampung Kutei. Sekali lagi saya menjadi pembantu untuk masakan. Jika dirumah sewa, kawan-kawan menggelarkan saya sebagai ‘Bapak Kari’, kerana saya sering menyediakan juadah yang berbentuk kari. Di kampung Kutei juga saya sekali lagi menjadi ‘Bapa Kari’. Sebelum ini di Kuala Mu, saya sekadar menyediakan rending telur dan kubis goreng. Di Kg Kutei, sambutannya kurang meriah berbanding Kuala Mu. Namun begitu, juadah yang disediakn tetap habis diagihkan.

Kami mula bergerak menuju ke Kg Beswok kira-kira jam 9 pagi. Kami berjaya melepasi halangan titi tersebut dan sampai dengan selamat disana. Penduduk di sini kebanyakkan mengamalkan agama Bahai. Ajaran sesat yang menyeleweng dari Islam yang sebenar. Kami sempat berdialog dengan Ketua Kampung disitu, Tok Penghulu Muhamad B Daud. Tetapi beliau bukanlah beragama Islam. Beliu menyalahkan sikap orang Islam yang hanya mahu berdakwah, namun tidak mahu melakukan follow up. Pelbagai luahan yang beliau sampaikan kepada Ustaz Wahab dan kami semua.

Kira-kira jam 1 tengah hari kami berangkat pulang. Kami singgah di Kg Kutei untuk mengambil anak Tok Penghulu yang mahu menumpang kami untuk ke sekolah. Perjalanan ke sekolah agak jauh dan sukar. Kami menunaikan solat ketika berhenti disebuah kampung berhampiran pinggir hutan. Di situlah majlis wida dilakukan dan masing-masing meluahkan rasa hati mereka mengikuti ekspedisi pada kali ini. Saya sendiri merasakan ekspedisi ini cukup bermakna buat diri saya. Insya Allah, dimasa akan datang saya akan cuba mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama merasai pengalaman yang cukup bernilai ini.

Kemudian saya bertolak balik ke Kuala Lumpur bersama Zaidi, Zafar dan Abg Anuar. Walaupun kunci kereta hilang, tetapi dapat juga dihidupakan dengan bantuan Abang-abang unit amal. Terima kasih saya ucapkan. Kepada Kuala Mu, insya Allah saya akan sampai lagi dilain kali.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin mengikuti aktiviti ini saya cadangkan kepada kalian untuk melawat blog rasmi ummah aid, www.ummahaid.blogspot.com .

Oleh:
Mohd Faisal B Mustaffa

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM DAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI PADA 4,5,6 APRIL 2008


1. Borhan b. Omar Unit Amal Malaysia
2 Ustaz Wahab Ummah Aid
3 Cikgu Hasyim -
4 Abg DJ SAM
5 Hairul Annuar Ummah Aid
6 Khamsani b. Mat Sohor Unit Amal Malaysia
7 Mahzan b. Abd Mutalib -
8 Mohd Aswad Sulaiman Unit Amal Malaysia
9 Mohd Faisal b. Mustaffa -PMIUM
10 Mohd Jundullah -
11 Mohd Ridhwan Ummah Aid
12 Mohd Shahrizan Ummah Aid
13 Muhamad Zafar b. Nor Hamzaz -PMIUM
14 Mustaqim b. Mustafa Kamal -
15 Roslan b. Atal Unit Amal Malaysia
16 Salman -
17 Zaidi -UM
18 Zaki b. Ramli Unit Amal Malaysia
19 Aisyah bt. Abd Halim
20 Mariani bt. Ali Amran
21 Nadiah bt. Yusof
22 Noridayu bt. Abd Rasid
23 Norsila bt. Mustafa Kamal
24 Nurul Fikriah bt. Abd Halim
25 Siti Shahrosamirah bt. Shaharman

Monday, October 10, 2011

Keghairahan Rakyat Malaysia terhadap Budaya ‘A’ Mengundang Padah

Oleh:Mohd Faisal Bin Mustaffa,

Saudara Pengarang,

“Seperti halnya kedahagaan kepada air, kedahagaan ilmu juga menuntut usaha menghilangkan kedahagaan. Caranya adalah dengan ‘meminum ilmu.’ Kedahagaan kepada ilmu juga boleh ‘mengenyangkan’ minda, fikiran, intelektualisme dan kerohanian.” Begitu menurut ungkapan pakar pemikiran kreatif, Jaafar Abdul Rahim. Malah menurut beliau, kedahagaan ilmu melibatkan proses pencarian ilmu yang tiada penghujungnya. Semakin dicari, semakin banyak yang tidak diketahui-itulah ilmu.
Namun, melihat realiti rakyat Malaysia hari ini, kedahagaan ilmu seolah-olah tidak wujud melainkan segelintir kelompok kecil. Yang menjadi amalan dan budaya masyarakat sebenarnya boleh diumpamakan seolah menimba ilmu untuk dicurah ke pasir kemudiannya. Masyarakat lebih mengagungkan budaya ‘A’ dalam pelajaran sehingga budaya ini mendatangkan kesan negatif kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Buktinya, seorang pelajar lepasan UPSR tahun 2007, Subashini A/P G. Sivakumar, dijumpai tergantung di jeriji tingkap bilik tidur dengan sehelai kain selimut, gara-gara tidak mendapat 4 A dalam UPSR seperti yang diharapkannya. Ini menunjukkan bahawa dewasa ini, pelajar hanya mengejar ‘A’ dalam peperiksaan berbanding mengejar penguasaan terhadap ilmu itu sendiri. Hal demikian lazimnya bakal melahirkan pelajar yang lemah penguasaan terhadap ilmu sebaik sahaja selesai menduduki sesuatu peperiksaan, kerana pelajar sekadar belajar untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan, bukan untuk diamalkan dalam kehidupan.
Menurut Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed, peningkatan kes bunuh diri perlu diberi perhatian serius dan memerlukan penyelesaian segera. Dalam pada itu, Mayo Foundation for Medical Education and Research yang berpangkalan di Amerika mendapati kes bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun tidak terlalu menonjol pada awal 1990-an, tetapi berlaku peningkatan selepas tahun 2000 dengan jumlah 132,000 kes direkodkan di seluruh dunia. Antara puncanya termasuklah tekanan perasaan, kemurungan, trauma, pengasingan dan kekecewaan. Tidak dinafikan bahawa tekanan perasaan dan kekecewaan yang dialami pelajar setelah mengalami kegagalan dalam peperiksaan turut terangkum dalam punca-punca tersebut. Kajian turut mengaitkan perubahan sosiobudaya, ekonomi mahupun penarafan tinggi oleh institusi pendidikan menjadi punca remaja semakin tertekan dan gagal menyesuaikan diri.
Selain itu, tekanan yang dialami pelajar lantaran terpaksa memenuhi pengharapan ibu bapa yang tinggi turut menjerumuskan pelajar ke kancah bunuh diri. Hal ini demikian, ibu bapa menganggap jika gagal akademik, masa depan anak-anak mereka akan gelap dan sukar mendapat peluang pekerjaan kelak. Ini ternyata memberi tekanan kepada anak-anak untuk berusaha mencapai keputusan cemerlang. Sekiranya tidak lulus, seluruh keluarga akan menanggung malu dan dipandang rendah oleh masyarakat.
Ternyata, pembelajaran berorientasikan peperiksaan, iaitu sekadar mahu mengejar ‘A’ dalam peperiksaan mengundang gejala negatif dalam masyarakat. Justeru, sebagai ahli komuniti dalam masyarakat, perkara ini perlu segera diatasi dengan memikirkan langkah penyelesaiannya. Antaranya ialah melalui peranan ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bersikap terbuka, memahami keupayaan anak, jangan terlalu mendesak atau meletakkan sasaran yang tinggi. Mereka perlu mengubah mentaliti sebelum ini yang menganggap kegagalan bermakna tidak berguna. Institusi persekolahan pula seharusnya memberi sokongan, mendengar permasalahan pelajar, memberi dorongan dan kata nasihat sekiranya pelajar gagal. Secara tidak langsung, pelajar akan rasa dihargai dan masih berpeluang untuk meraih kejayaan. Namun yang paling penting ialah didikan agama yang secukupnya perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, supaya anak-anak tahu konsep dosa dan pahala, sekaligus menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah agama.
Kesimpulannya, sekiranya kita mahu melahirkan individu bersahsiah seimbang, bukanlah tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga perlu cemerlang daripada segi sosial dan emosi. Keghairahan masyarakat terhadap budaya ‘A’ seharusnya mencakupi integrated knowledge, iaitu kesepaduan ilmu yang menyeluruh, merangkumi keseluruhan sistem hidup. Dengan demikian, kes bunuh diri dalam kalangan pelajar mungkin dapat dikurangkan kerana para pelajar menyedari peranan mereka masih belum berakhir sekalipun gagal dalam akademik.

Tanah Runtuh di APIUM, Muhasabah buat semua

Gambar jentolak sedang mengaut tanah. Kelihatan buku-buku bertaburan keluar daripada dinding perpustakaan yang pecah.

Minggu ini berlaku kejadian tanah runtuh di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Di kala masing-masing sibuk sedang menyiapkan assignment, perpustakaan pula terkambus dek tanah runtuh. Masing-masing mengeluh kerana tidak dapat menggunakan kitab-kitab turath yang berada di maktabah. Kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebahagian kecil Blok D, turut menyebabkan penghuni di blok C berpindah. Hal demikian kerana dikhuatiri bukit simen di sebelahnya turut runtuh.


Kejadian sebegini sememangnya sudah di duga. Pernah suatu ketika, seorang pensyarah pernah merungut berkenaan hal tersebut. Katanya,kawasan APIUM tidak selamat kerana terlalu berdekatan dengan bukit. Jaraknya hanya di pisahkan dengan longkang!.Sudah tentu apabila tanah runtuh dari bukit akan menyebabkan bangunan APIUM terus tertimbus.

Ramai yang mengeluh dikala kejadian ini berlaku. Baik dari peringkat atasan, sehinggalah ke peringkat bawahan. Masing-masing mula mencari punca kejadian ini berlaku. Terdapat juga yang menampal poster-poster kecil menyeru supaya warga APIUM kembali muhasabah berkenaan hal ini.

Ada juga yang mengatakan ini adalah disebabkan makbulnya doa para pelajar daripada Borneo. Khabarnya ada segelintir daripada sahabat-sahabat Borneo yang sering melakukan solat hajat minta di selamatkan program intensif bagi para pelajar Sabah dan Sarawak yang khabarnya telah dihentikan pengambilannya baru-baru ini. Menurut mereka, pemberhentian tersebut bermakna mengurangkan jumlah anak-anak Borneo ini untuk menerima didikan agama untuk pulang berbakti di sana.

Ada juga yang mengaitkan dengan sikap pelajar APIUM sendiri yang kurang menjaga tingkah laku mereka seperti dalam isu menjaga aurat, pergaulan dan sebagainya. Terdapat pelbagai telahan yang dibuat sehingga kadang-kadang tidak masuk akal.

Bagi saya, di dalam menangani isu ini warga APIUM janganlah cepat melatah. Jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan medan muhasabah buat semua. Sekiranya ada yang perlu di perbetulkan, sama-sama kita memperbaikinya. Namun begitu, janganlah kita menunding jari menyalah orang lain. Biarpun kejadian ini boleh di anggap sebagai malapetaka alam, namun begitu sebagai muslim yang bertaqwa, kita yakin dengan kuasa Allah S.W.T yang berhak dan mampu melakukan apa sahaja.

Saturday, October 8, 2011

Gunakan sistem penilaian universiti di sekolah

SAYA menyokong penuh tulisan Faisal Mustaffa – Padah ghairah budaya ‘A’ yang tersiar di ruangan ini pada 18 Januari 2007. Sudah tiba masanya sistem pendidikan kita tidak hanya ditekankan kepada soal mengejar ‘A’ kerana ia hanya menjadikan pelajar tertekan, terkongkong dan tidak berupaya untuk menjadi lebih kritis. Saya merasakan ukuran kecemerlangan bukanlah sesuatu yang hanya boleh ditakrifkan melalui deretan ‘A’ yang tertera dalam slip peperiksaan atau rekod kemajuan pelajar.

Kecemerlangan mempunyai ukuran yang relatif dan subjektif sifatnya. Tidak bermakna seorang pelajar yang gagal mendapat ‘A’ merupakan pelajar yang kurang cemerlang dan tidak pula bermakna seorang pelajar yang mempunyai belasan ‘A’ boleh dinobatkan sebagai yang terbaik.

Kalau Ali mendapat ‘A’ dalam mana beliau merupakan anak orang berada dan dikelilingi dengan sokongan material dan kemudahan pembelajaran yang lengkap, ia mungkin berbeza dengan Abu yang mendapat ‘B’ dalam keadaan keluarganya yang susah, belajar di sekolah pedalaman dan terkebelakang daripada segala kemudahan seperti yang dinikmati Ali.

Puas dipaparkan bagaimana objektif sistem pendidikan negara haruslah bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang seimbang dari setiap aspek.

Walaupun tidak mungkin matlamat ini dapat dicapai keseluruhannya memandangkan sifat kita sebagai manusia yang kekal mempunyai kelemahan dan kekurangan, namun keghairahan menjadikan ‘A’ sebagai kayu pengukur utama perlu diperbetulkan.

Saya bersetuju dengan pandangan Faisal Mustaffa bahawa asas atau landasan yang paling perlu ditekankan ialah keperluan melihat semula ‘keupayaan sebenar’ pelajar oleh ibu bapa.

Tidak mendapat banyak atau jejeran ‘A’ bukanlah bermakna seseorang pelajar itu tidak bijak. Tidak menghairankan apabila sesuatu keputusan rasmi peperiksaan utama diumumkan, yang sering dipaparkan ialah pelajar yang mempunyai bilangan ‘A’ yang paling banyak.

Tidak ada salahnya dengan pengiktirafan dan publisiti yang diberikan. Namun ia sudah menjurus kepada kecenderungan yang tidak sihat. Jika sudah sampai tahap terdapatnya pelajar yang membunuh diri kerana gagal mengejar ‘A’, ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Ibu bapa dan pelajar harus ingat bahawa ia bukanlah ‘pengakhiran dunia’. Mengambil contoh diri sendiri, saya bukanlah pelajar yang cemerlang sewaktu di alam persekolahan malah merupakan antara pelajar ‘bermasalah’ baik dari segi pengajian dan kenakalan.

Namun kerana kesedaran dan keupayaan yang datang beransur-ansur, saya berjaya menjadi pelajar terbaik (pengiktirafan yang saya sendiri sangsikan kerana saya tetap menganggap ada yang lebih baik daripada saya) di peringkat diploma, ijazah pertama dan seterusnya kini berpeluang menyambung pengajian di universiti luar negara.


Terkejut

Hampir semua guru, rakan dan saudara mara terkejut dengan apa yang saya capai. Antara sebab utama yang boleh saya simpulkan ialah tidak wujudnya paksaan dan sikap menekan ibu bapa saya dalam setiap peringkat pengajian yang saya lalui.

Biarlah kecemerlangan itu bersikap realistik.

Tidak cemerlang di alam persekolahan tidak perlu dijadikan satu premis atau kebimbangan bahawa masa depan seseorang pelajar akan kekal sedemikian sehingga ke peringkat universiti atau berkerjaya. Tanyalah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah gagal dalam subjek pengajian perubatannya? Adakah kegagalan itu pernah memberi kesan kepada sumbangan dan keupayaannya setelah memimpin negara? Saya kerap diberitahu oleh beberapa sarjana bahawa tidak semua pelajar cemerlang berjaya mengekalkan prestasinya di universiti.

Sehubungan itu, saya menyeru agar sistem penggredan persekolahan dapat diperhalusi semula bagi mencerminkan keupayaan sebenar pelajar dan agar pelajar yang mendapat kurang ‘A’ tidak berasa demoralized. Mungkin kita boleh mengadaptasikan sistem penilaian universiti di mana pelajar dinilai secara berterusan melalui pelbagai kaedah penilaian.

Walaupun peperiksaan dan kokurikulum masih memainkan peranan penting, ia haruslah dilengkapkan dengan kaedah penilaian lain seperti penulisan esei, diskusi berkumpulan, pembentangan dan kerja lapangan yang semuanya diambil kira dalam penggredan akhir.

Sememangnya saya mengakui tidak ada kaedah untuk menilai kecemerlangan mutlak seseorang pelajar. Namun saya berpandangan sistem penggredan yang ada mungkin dapat diperbaiki agar stigma budaya ‘A’ ini tidak terus menekan pelajar dan ibu bapa.

– ISMARIAH ZAINAL ABIDIN,

University of Sheffield,

United Kingdom.

Biarkan siswa di IPT Pakatan berpolitik

Persatuan-persatuan mahasiswa menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Pakatan Rakyat membenarkan para pelajar mereka mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tiga parti Pakatan - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

student protest pwtc 150906 protestorsParti Mahasiswa Negara (PMN), yang masih menunggu pendaftaran, menyatakan kampus patut dijadikan pentas berpolitik secara serius dan politik wajar dijadikan subjek yang dipelajari semua penuntut.

"Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Kampus penting sebagai pentas awal (menceburi politik).

"Penglibatan mahasiswa bukan sekadar sebagai pengundi. Mereka sepatutnya diberikan peluang membincangkan masalah-masalah negara dengan kritikal. (Pendekatan) ini akan memberi kredit kepada mahasiswa sendiri," kata presiden penajanya Azlan Zainal.

Minggu lalu, naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.

"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata.

Penglibatan mahasiswa dalam politik, tambah Azlan, harus lebih jauh, termasuk proses pembentukan dasar-dasar negara.

"Mereka harus terlibat dalam polisi dan dasar. Kalau Orang Kurang Upaya (OKU) boleh ada wakil dalam Dewan Negara, kenapa mahasiswa tidak (dibenarkan)? Penglibatan mahasiswa akan menjadi suara ketiga antara parti-parti kerajaan dan pembangkang," katanya.

Beliau menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP.

student protest auku 191005Beliau bagaimanapun beliau menolak penglibatan mahasiswa secara partisan.

Diminta mengulas pendirian UniMAP, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga menyokong IPT di negeri-negeri Pakatan dan BN mengikut jejak yang sama.

"Sokong, (negeri Pakatan) patut bermula. Setuju, tetapi bukan politik kepartian," kata presidennya Hilmi Ramli.

Seperti sikap PMN, beliau bagaimanapun tidak setuju jika mahasiswa terlibat langsung dengan politik kepartian.

"Mahasiswa patut jangan terlibat langsung dengan politik kepartian. Penglibatan dalam politik (harus) melampaui kepartian. Mahasiswa mempunyai idealisme sendiri tentang isu-isu nasional. Mereka ada politik sendiri," katanya.

Tindakan itu, menurutnya lagi, bukan sahaja patut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan tetapi di seluruh negeri.

Ditanya sama ada mahasiswa harus dibenarkan melibatkan dalam aktiviti parti-parti politik, Hilmi berkata:

"Tidak boleh ada campur tangan parti politik (dalam universiti). Kalau mahasiswa mahu memihak, itu hak seseorang siswa tetapi universiti tidak boleh menjadi sarang mana-mana parti politik."

Setiausaha Agung, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Faisal Mustaffa, turut memberikan pendapat yang sama.

um student hotel stay campus polls"Secara prinsipnya kita sokong tetapi belum dibincangkan lanjut di peringkat pimpinan tertinggi," katanya.

"Wajar (dilaksanakan) di negeri-negeri Pakatan. Sudah ada kuasa. Mahasiswa sebelum ini mungkin takut (terlibat dalam politik).

"Mereka masih dalam proses penyesuaian. Mereka masih berjiwa pembangkang, belum wujud jiwa kerajaan. (Pemikiran masih) di takuk lama."

Beliau melihat masalah pelaksanaan langkah ini pada AUKU yang menyebabkan mahasiswa tidak terlibat dalam politik terutamanya bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Masalahnya pada AUKU. Mereka patut terlibat dalam politik dan (melalui) NGO, terutamanya. Penglibatan itu dapat memberikan mahasiswa ruang membina nama," katanya.

Kemasukan parti politik ke universiti bagaimanapun, tambahnya, patut "ada had" dan "bukan untuk berkempen".

"Buka ruang debat. Parti politik ingin masuk ke universiti boleh, tetapi bukan untuk berkempen. Sebaliknya, berbincang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Ambil pandangan (kita), bincang, debat," katanya.

Draf pindaan AUKU, yang sering dianggap penghalang utama pembabitan mahasiswa dalam politik, kini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berharap jabatan itu menyegerakan proses semakan untuk pindaan "agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu."

"Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu," katanya bulan lalu.

Beliau berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum dikemukakan kepada kabinet.

sumber: Malaysiakini

Kumpulan Al-Aqaseh


Apabila melihat lagu nasyid berkumandang di radio teringat saya kepada kisah semasa zaman nakal dulu-dulu. Ketika itu di antara provokasi yag cuba dibuat adalah dengan mewujudkan sebuah kumpulan nasyid baru iaitu Al-Aqaseh. Berbekalkan semangat baru, kumpulan al-aqaseh ini cuba melangkah ke hadapan untuk menandingi al-faradis.

Berbekalkan beberapa orang pelawak spontan seperti Affan menyebabkan kumpulan ini mudah untuk popular. Shafie pula menjadi pencipta lirik bagi lagu "Mutiara Kasih" yang dicipta khas untuk guru-guru sempena hari guru. Sayang pula sebab dah lama tak recall, menyebabkan lirik-lirik lagu ini hilang, hanya korus yang saya ingat.

"Tanpa mu oh guru Siapa diriku

Dijalan yang penuh berliku-liku"

Mungkin Nampak biasa, tetapi bagi ahli kumpulan ini rasanya korus ini yang paling diminati. Tak dapat dilupakan ketika itu, Idris juga merupakan salah seorang kepada yang merancang untuk menggerakkan kumpulan ini.

Kemuncak persembahan adalah semasa sambutan hari guru dimana mendapat tepukan gemuruh dan berjaya menyentuh hati Cikgu Hassan dan guru-guru yang lain. Sirr pula memeberikan hadiah yang diterimanya kepada kami tanda sokongan awal.

Kumpulan ini melangkah jauh apabila Berjaya "menghijck" malam budi kemuliaan apabila junior-jonior al-aqaseh membuat persembahan diatas pentas bersama Izwan Abdullah dan Idriss Yusoff. Pada ketika itu bengang tidak terkata perasaan Hakimi dan Ust Yaakob sebab kumpulan ini melambat-lambatkan masa. Hehehe..lawak betul.

Cuma selepas beberapa tahun suara al-aqaseh tidak kedengaran, merdu sekiranya di dalam perjumpaan akan datang diadakan persembahan kumpulan al-aqaseh. Mungkin persembahan pada kali ini lebih bertambah humornya kerana masing-masing sudah melangkahkan kaki ke Universiti. Kepada ahli kumpulan al-aqaseh yang saya sudah lupa nama, boleh tak tolong kumpulkan nama ini kembali untuk dokumentasi sejarah.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Program Anak-anak Bernas Zon Tengah



Program Bersama Anak-anak Bernas
Nur Lembah Pangsun
3-6 Jun 2009

Friday, October 7, 2011

MASAK ASAM PEDAS MELAKA

Bahan-bahan:

Bawang merah dan bawang putih (untuk ditumis)
Daun kari (untuk ditumis)
Sedikit jintan manis, lada hitam dan rempah biji.
Sedikit halia
Cili kering yang dimesin
Sedikit belacan
Sedikit kunyit (lebih sedap kalau guna kunyit hidup)
Asam jawa (ambil airnya shj)
Sedikit kerisik
Garam secukup rasa
Ikan (seeloknya ikan isi sprt tenggiri, parang, pari, terubuk dsb).
Cara memasak:

Goreng jintan manis, lada hitam dan rempah biji tanpa minyak di dalam kuali.
Setelah naik bau, angkat dan tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat.
Seterusnya (tanpa mengeluarkan bahan2 tadi dari dalam lesung), tumbuk sedikit belacan, halia (untuk hilangkan hanyir ikan) dan kunyit hidup (klu guna serbuk kunyit, masukkan sebanyak satu sudu kecil setelah memasukkan cili kering yang dimesin).
Masukkan pula cili kering yang telah dimesin sehingga penuh lesung tersebut (jika lesung jenis terlalu besar, agak2 lah, tapi cili kering kena banyak). Kemudian, gaul semua bahan itu sehingga sebati.
Seterusnya, panaskan periuk dan tumis daun kari serta bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar atau ditumbuk.
Setelah naik bau dan kekuningan, masukkan bahan-bahan yang telah digaul di dalam lesung tadi ke dalam periuk. Biarkan sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan ikan dan air asam jawa (kalau suka kuah banyak, masukkan lebih air asam jawa, tapi jangan sampai kuah terlalu cair. Kerana itu, cili kering tadi dimasukkan banyak supaya kuah menjadi banyak dan tidak terlalu cair).
Seterusnya, masukkan sedikit kerisik dan garam secukup rasa.
Setelah rasanya okey, bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan.
*Nota: Boleh juga dimasukkan kacang bendi dan terung sebagai bahan tambahan.

SELAMAT MENCUBA!

MOU IPT tempatan dengan AL-Azhar dibatalkan


Universiti Al-Azhar yang melahirkan ramai ulama di seluruh dunia dan ulama di dalam negara kita.

Tindakan kerajaan Malaysia membatalkan MOU diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan Universiti Al-Azhar merupakan salah satu tindakan yang dianggap mengkhianati budayamencari ilmu yang diamalkan sejak sekian lama di dalam negara kita. Berdasarkan hujah dangkal yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Harun Idris bahawa tindakan membatalkan MOU ini adalah kerana pihak KPT sedar bahawa para pelajar sektor pengajian Islam mempunyai peluang yang tipis di dalam bidang pekerjaan dan tidak memenuhi tuntutan sektor pekerjaan yang sedia ada.

Saya merasakan hujah tersebut terlalu biadap kepada para pelajar pengajian Islam di seluruh IPT di dalam ataupun luar negara. Beliau menyamakan kursus pengajian Islam dengan para pelajar kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang dikatakan mempunyai pasaran kerja yang terhad.

Ingin saya tegaskan bahawa, kenyataan tersebut ternyata salah dengan konsep menuntut ilmu yang di amalkan oleh para pelajar bidang agama. Bagi pelajar pengajian Islam, rata-rata dikalangan mereka terutamanya dikalangan mahasiswa al-azhar, mereka menuntut ilmu adalah kerana ingin membantu membentuk masyarakat yang lebih sejahtera dan mengamalkan Islam dengan sempurna. Bagi mereka soal pekerjaan bukan menjadi matlamat utama kerana kebanyakkan daripada mereka apabila pulang menjadi penggerak masyarakat dipelbagai lapangan. Ada dikalangan pelajar agama yang masuk ke dalam bidang profesional. Ada juga yang menginfaqkan diri ke jalan Allah dengan menjadi pendakwah sepenuh masa.

Tidak kurang juga dikalangan mereka yang membuka pondok dan menyebarkan ilmu melalui kelas-kelas yang dijalankan. Oleh itu tidak timbul isu bahawa pelajar Pengajian Islam yang menganggur. Saya melihat apabila Dato Idris menyatakan bahawa pelajar Pengajian Islam kurang pasaran, saya sendiri sebagai salah seorang mahasiswa Pengajian Islam melihat perkara ini ianya hanya alasan yang direka-reka semata-mata.

Di saat-saat mahkamah syariah masih lagi belum mempunyai hakim yang cukup, bahkan pejabat-pejabat agama sendiri belum mempunya pegawai sulh dan pegawai agama yang mencukupi, pihak KPT sudah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Manakala subjek J-QAF yang dilaksanakan juga memerlukan kepada pelajar lepasan Pengajian Islam.

Kenapa KPT hanya menjadi pelajar Pengajian Islam sebagai sasaran terutamanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Mungkin pihak KPT melihat dengan lahirnya para ulama dari bumi anbiya ini akan mengancam kedudukan kerajaan 5 tahun akan datang. Saya melihat ianya merupakan isu pendidikan yang cuba dipolitikkan. Kepada pihak KPT jangan mempolitikkan isu pendidikan ini. Sudahlah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dibunuh beberapa tahun yang lepas, janganlah dibunuh pula "ulama-ulama" yang bakal lahir daripada bumi anbiya. Biarlah bumi Malaysia yang sudah sekian lama dihujani dengan fahaman sekular ini dibersihkan oleh golongan agamawan dari timur tengah ini.





Surat pembatalan MOU Mu'adalah

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat President Universiti al-Azhar pada 3 Mei 2008 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1429 jelas menerangkan maksudnya.

Pembatalan ini berkuatkuasa mulai 22 April 2008 yang melibatkan semua Institusi Pendidikan di Malaysia yang berasakan MOU atau Mu’adalah Shahadah. Ini bermakna, semua pelajar melalui Institusi berkaitan tidak lagi diterima masuk ke Universiti al-Azhar pada tahun ini.

Sekian.

(Penjelasan ini terkandung di dalam surat yang dikeluarkan oleh TYT Datuk Zainal Abidin Bin Abd Kadir, Duta Besar Malaysia Kaherah)

untuk bukti sila KLIK

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri. Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Thursday, October 6, 2011

Berhati-hati Memberi Hati



Alhamdulillah selepas seminggu membelek-belek buku The 7 Habit Of Highly Effective People karangan Stephen Covey, semalam saya berjaya juga menghabiskan buku tersebut. Sebelum ini Ust Phahrol Md Juoi ada menyuruh saya menghadamkan buku tersebut bagi memboleh enjin carian saya bergerak cerdas seterusnya memahami modul-modul di Fitrah Perkasa dengan lebih

Sebaik sahaja menghabiskan bacaan 7 habit ini, saya mula menelaah terjemaahan makna-makna al-Quran. Selepas 10 tahun, barulah saya menunaikan hasrat Allahyarham Ust Ahmad Puad Helmi ketika saya berada di SMKAK suatu ketika dahulu. Setiap kali memberi tazkirah, beliau sering mengingatkan kami supaya membaca terjemahan al-Quran di dalam bahasa melayu sehingga habis 30 juz. Mudah-mudahan pahala saya membaca al-Quran ini akan mengalir kepada Allahyarham yang berada di akhirat sana.

Antara perkara yang menarik yang melekat dikepala saya adalah dialog diantara Allah S.W.T dan Malaikat semasa hendak diciptakan Nabi Adam A.S, kisah golongan Bani Israel yang derhaka kepada Allah S.W.T dan sebagainya. Di dalam juz 1 ini, saya ketemui banyak perumpamaan yang sinis yang difirmankan oleh Allah S.W.T bagi orang-orang yang ingkar. Misalnya perumpaan tentang nyamuk, perumpaan berkenaan orang yang menyalakan api dan beberapa perumpaan yang lain. Namun begitu, kupasan saya pada kali ini hanya akan menumpukan kepada Hati.

Persoalan Hati

Apa yang menariknya, semasa proses membaca tersebut mengimbau kembali saya kepada siri-siri ceramah di dalam kursus terutamanya berkaitan dengan pengurusan hati. Penulisan saya ini tidaklah menyeluruh kerana saya hanya menyentuh berkenaan masalah-masalah yang berlaku terhadap makhluk bernama hati ataupun “al-qalb” ini.

Di dalam ayat ke 7, persoalan berkenaan hati ini ditujukan khas kepada golongan-golongan munafik yang telah dikunci hati mereka oleh Allah S.A.W.


“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka telah mendapat azab yang berat”.

Antara sebab hati mereka dikunci adalah kerana sifat mereka yang bermuka-muka ataupun dalam bahasa yang mudah bersifat talam dua muka. Hanya menyatakan keimanan pada luaran, tetapi hati mereka kufur dengan Allah S.W.T. Andai kata hati seseorang itu telah dikunci oleh Allah S.W.T ini, maka untuk membuka kunci tersebut, seseorang itu mestilah kembali kepada pemilik kunci tersebut. Hanya dengan kembali kepada pemilik kunci tersebutlah barulah akan terbuka hati yang telah dikunci. Untuk apa hati yang terkunci perlu dibuka? Kerana dengan kunci ini jugalah akan menjadi “kunci” untuk kita memasuki syurga suatu hari nanti.

Seterusnya pada ayat ke 10, surah Al-Baqarah ini Allah S.W.T membawakan perumpaan yang jelas berkaitan dengan hati orang-orang yang munafik dan diistilahkan sebagai “hati sakit”.

“ Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu. Dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”.

Hati yang sakit ini bukanlah bukanlah boleh diubati di mana-mana hospital ataupun Farmasi. Tidak boleh juga dirawat oleh pawang ataupun bomoh. Andai kata ada pakar hati sekali pun, belum tentu dapat merawat penyakit hati sebegini.

Andai kita ingin merawat hati yang sakit ini, kembalilah kita kepada pemilik hati. Hanya pemilik hati inilah yang mengetahui ramuan dan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk merawat hati yang sakit. Sekiranya tidak dirawat, Allah S.W.T sudah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka.

Seterusnya saya terus membaca dan meneliti, akhirnya sampai ke ayat yang ke 74. Di dalam ayat tersebut, Allah S.W.T membawa perumpaan yang menunjukkan betapa kerasnya hati manusia.


“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu. bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (air) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan”.

Apabila membaca ayat ini, teringat saya kepada perbandingan yang selalu dibuat oleh Ust Nasib apabila membuat perbandingan diantara kerasnya batu dan kerasnya hati manusia semasa slot belajar dari alam. Beliau sering membawa bandingan bahawa kerasnya batu, air boleh memancar daripadanya. Kadang-kadang batu tersebut pecah dan menghasilkan batu-batu yang kecil. Tetapi hati manusia apabila sudah keras, maka tiada siapa yang dapat mengubahnya. Bertambah keras sehingga membawa kekufuran kepada Allah S.W.T.

Selain itu, Ust Hashim juga seringkali mengulangi kisah perjalanannya melalui lereng-lereng bukit untuk masuk ke sempadan China selepas negara tersebut membuat dasar pintu terbuka. Semasa melalui lereng-lereng bukit tersebut untuk naik ke puncak bagi mendapatkan cop visa, kelihatan pemandu land rover sentiasa memerhatikan ke atas. Perkara ini merisaukan ke semua penumpang di dalam Land Rover tersebut. Apabila ditanya mengapa beliau berpaling ke atas, beliau terus menunjuk ke arah batu-batu kecil yang sentiasa mengalir jatuh ke bawah.

Sekali imbas mungkin tiada apa-apa erti. Namun begitu, apabila kita memahami ayat ini, ternyatalah batu tersebut jatuh ke bawah kerana takutkan Allah S.W.T. Tetapi hal ini tidak berlaku kepada hati manusia yang telah buta hatinya.


Buta Mata Vs Buta Hati

Semasa melalui Dataran Fakulti Sains, salah seorang sahabat saya telah membantu Seong, seorang siswa berbangsa Cina yang buta matanya untuk melintas jalan. Seong pada ketika itu merupakan pelajar tahun akhir, jurusan TESL di Fakulti Pendidikan. Walaupun dia seorang siswi, namun begitu atas dasar kemanusiaan dia membantu menarik tongkat Seong melintas jalan bagi mengelakkan dia dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang disitu.

Betapa gembiranya hati Seong selepas mendapat bantuan daripada siswi tersebut. Tidak putus-putus beliau mengucapkan terima kasih kepada siswi tersebut. Bahkan berhari-hari beliau menghantar sms mengucapkan terima kasih di atas pertolongan tersebut. Betapa gembira orang buta menerima pertolongan orang yang celik ini.

Mari kita melihat situasi kedua, iaitu orang yang buta hatinya. Cuba kita bayangkan suatu hari kita bertemu dengan sahabat kita yang meninggalkan perintah Allah iaitu tidak bersolat, tidak berpuasa dan sering berkepit dengan pasangannya ke sana sini. Andai pada ketika itu kita mendekatinya dan memberi nasihat, agak-agak apa reaksinya pada ketika itu. Mungkin ada sesetengah orang yang menerima teguran sedemikian dapat menerima teguran tersebut dan terus berubah. Tetapi ramai juga yang melenting. Silap-silap kasut naik kepala kita dibuatnya. Sedangkan nasihat kita adalah untuk menolongnya.

Inilah realiti di dalam kehidupan kita seharian. Hanya orang yang Buta Mata sahaja suka akan pertolongan, manakala orang Buta Hati menolak apabila ditolong. Bagi orang buta mata ini, pertolongannya adalah untuk di hidup di dunia Manakala orang yang buta hatinya, pertolongan tersebut adalah untuk dunia dan akhirat.

Oleh itu, kepada semua pemilik hati termasuk diri saya supaya berhati-hatilah dalam menjaga hati. Berikanlah hati sepenuhnya kepada empunya hati. Hanya empunya hatilah yang bisa menenangkan hati. Renung-renungkan.

Wednesday, October 5, 2011

Sidang Media Bersama Persatuan Peguam Malaysia


Bersama-sama dengan saudara Simon (DEMA), dan sahabat-sahabat GMM UPM untuk sesi sidang akhbar di BAR Council bagi membela nasib saudara Yang Yang dari UPM

Kepimpinan Islam yang dinanti..

Sudah lama rasanya saya tidak menjengah laman maya ini. Sejak akhir-akhir ini, jarang benar untuk memasuki teratak maya ini disebabkan menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh. Selain itu, tanggungjawab sebagai pengurus calon pro-mahasiswa dalam PRK baru-baru juga menyebabkan blog ini terus mati tanpa diisi.

Biarpun banyak isu yang boleh diulas, namun begitu hati ini mematikan sahaja niat untuk memberikan komen. Biarlah tokoh-tokoh yang lebih berkredibiliti dan berkelayakan memberikan pandangan yang lebih akademik dan tepat.

Apa yang ingin saya bangkitkan disini adalah berkaitan dengan kemenangan Pro Mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus baru-baru ini. Tahniah kepada jentera pro mahasiswa yang bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan ini. Tahniah dan takziah juga kepada semua YB-YB yang sudah mendapat mandat daripada mahasiswa dan pihak Universiti untuk memerintah.

Saya yakin dan percaya bahawa kemenangan calon-calon di dalam PRK ini bukanlah disebabkan kekuatan individu, tetapi ianya adalah disebabkan kekuatan pasukan itu sendiri. Kenapa saya katakana sedemikian?

Hal demikian kerana, medan PRK ini bukanlah seperti permainan ping pong mahupun tenis. Di mana ianya melibatkan hanya dua orang pemain. Sokongan hanya diberikan kepada pemain-pemain tersebut.

Tetapi medan PRK ini seperti yang disebut oleh Ust Hasrizal, ianya diumpamakan seperti permainan bola sepak. Sokongan yang diberikan bukan disebabkan individu, tetapi ianya adalah disebabkan sokongan padu terhadap pasukan yang masuk bertanding.

Kekuatan memenangi 8 daripada 9 kerusi umum sudah cukup untuk membuktikan bahawa penerimaan masyarakat kampus terhadap isu-isu yang diperjuangkan oleh pro mahasiswa.

Saya menantikan perubahan baru yang dilakukan oleh sahabat-sahabat saya yang memimpin MPMUM pada kali ini. Mungkin suatu ketika saya pernah mendidik mereka setelah mendapat mandat menggantikan saudara Ridzuan disaat-saat akhir untuk menguruskan calon-calon kerana ketika itu beliau meletakkan jawatan kerana mahu bertanding. Tetapi tugas untuk mengisi kemenangan adalah terletak di tangan mereka sendiri.

Saya mengharapkan sahabat-sahabat saya ini menjadi contoh pemimpin yang terbaik yang bakal melakukan tajdid di Universiti tertua ini.

Ingatlah pesan Rasulullah S.A.W bahawa

“Rakyat itu adalah mengikut cara hidup pemerintahnya”

Sekiranya kita menunjukkan suri tauladan yang baik, nescaya penerimaan masyarakat kampus terhadap kita akan bertambah baik. Sesungguhnya Islam yang kita bawa selama ini merupakan rahmat ke seluruh alam.

Mungkin pemerintahan ini hanya sekejap, tetapi jadikanlah ianya bermakna seperti mana yang dilakukan oleh khalifah Umar Abdul Aziz. Apa yang lebih penting adalah mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sekiranya kita sendiri lemah hubungannya dengan Allah, nescaya kemenangan ini tidak akan bertahan lama.

Hayati kata-kata seorang perempuan Yahudi, dimana dia pernah berkata Umat Islam tidak akan menang selagi mana solat subuh mereka tidak seramai solat jumaat mereka.

Kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa ini, fikir-fikirkanlah cerita ini. Jangan hanya dijadikan sebuah cerita, namun pengajarannya tidak diambil sebagai panduan. Mulakan dengan diri, kemudiannya kalian akan melihat kemakmuran dan keamanan akan terpancar dibawah kepimpinan Islam.

Tetapi sekiranya kita sama sahaja seperti mereka, solat jemaah tidak dijaga, al-quran pun entah ke mana, majlis ilmu jarang-jarang dihadiri, nescaya semua perkara yang diimpikan tidak akan berlaku ke kepimpinan islam yang kita idam-idamkan ini.

Monday, October 3, 2011

ASHAB AL-UKHDUD DALAM AL-QURAN

Allah merakamkan kisah Ashab al-Ukhdud seperti yang terdapat dalam Surah Al-Buruj ayat 4-8 yang bermaksud :

Celakalah kaum yang menggali parit. (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

PERBEZAAN PENDAPAT MENGENAI ASHAB AL-UKHDUD

Terdapat perbezaan pendapat mengenai kisah Ashab al-Ukhdud. Berpandukan ayat tadi, terdapat beberapa penafsiran mengenai “yang menggali parit” dalam ayat keempat daripada surah al-Buruj.

Pendapat Pertama

Menurut satu penafsiran daripada Saidina Ali bin Abi Talib, yang empunya parit itu ialah salah seorang daripada raja-raja Parsi pada zaman purbakala yang mendesak ulama’-ulama’ supaya menghalalkan orang mengahwini mahramnya. Namun, ulama’-ulama’ tersebut tidak mahu menghalalkan perkara yang haram itu kerana yang empunya peraturan itu bukan mereka tetapi Allah. Oleh kerana ulama’-ulama’ itu tidak mahu berbuat demikian maka raja itu telah murka. Lalu baginda bertitah supaya digali parit dan dinyalakan api di dalamnya. Seterusnya, ulama’-ulama’ tadi dilemparkan ke dalam parit tersebut. Akhirnya, habislah ulama’-ulama’ yang mempertahankan kebenaran tadi mati terbakar.

Pendapat Kedua

Menurut satu riwayat pula daripada Saidina Ali bin Abi Talib juga, pada zaman purbakala, pernah terjadi di Yaman peperangan antara kaum yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa dengan kaum yang mempersekutukan Allah (musyrikin). Oleh kerana golongan beriman sedikit dan golongan musyrikin ramai, maka kalahlah golongan yang beriman. Lalu dengan kejamnya golongan musyrikin itu menangkap, menawan dan menghukum golongan yang beriman tadi. Mereka menggali parit, menyalakan api di dalamnya dan seterusnya mereka melemparkan golongan beriman tadi satu persatu ke dalamnya.

Pendapat Ketiga

Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam tafsirnya pula menjelaskan, kejadian ini telah berlaku di Yaman hingga ke Najran. Kisah tersebut adalah mengenai pemeluk agama Nabi Isa berdakwah kepada kaumnya yang masih beragama Yahudi. Dia memberitahu bahawa Allah telah mengutus Nabi Isa dengan syariat baru, bagi mengganti syariat mereka. Sebahagian kaum ini beriman. Kejadian ini sampai kepada Raja Dhu Nuwas, seorang yang beragama Yahudi. Baginda segera datang bersama tenteranya dari kota Himyar. Ketika orang itu ditangkap, mereka disuruh memilih antara tetap menganut agama Yahudi atau dibakar.

Mereka dibuatkan parit, lalu dipenuhi bahan bakar dan dinyalakan. Kemudian, seorang daripada orang yang beriman itu dibawa ke parit lalu disuruh membuat pilihan. Orang yang gentar melihat api dan takut akan seksaan, kembali menganut agama Yahudi. Akan tetapi, orang yang tetap teguh kepada nabi Isa dan menganggap ringan seksaan dunia kerana keyakinan mereka terhadap pahala yang telah Allah janjikan, mereka sanggup dilemparkan ke dalam api sampai binasa.

Pendapat Keempat

Terdapat dalam hadis yang menceritakan tentang seorang anak kecil yang kuat imannya dan telah menerima banyak pertolongan daripada Allah sehingga terlepas daripada pelbagai bahaya. Anak kecil tadi akhirnya mati dibunuh setelah raja yang menyuruh untuk membunuh anak kecil tadi membaca suatu pengakuan atas keesaan Allah.
Kisah tersebut berkisar mengenai anak kecil itu, rahib yang mengajarnya ilmu agama, dan ahli sihir. Ramai manusia ketika itu telah beriman setelah meyakini kebenaran yang dianuti oleh anak kecil tersebut. Sehingga akhirnya, berita keimanan mereka tadi telah sampai kepada raja. Akibat tidak mahu kembali kepada agama asal, mereka dihumban ke dalam parit yang dipenuhi dengan api yang marak menyala.

Pendapat Kelima

Ibnu Kathir pula menyatakan dalam tafsirnya, penggalian parit dan pembakaran terhadap orang yang beriman yang teguh pada keyakinannya itu bukanlah hanya berlaku sekali tetapi berkali-kali. Ibnu Kathir menyalinkan keterangan daripada Abi Hatim bahawa penggalian parit pembakaran itu pernah terjadi di Yaman pada zaman raja-raja Tubba’ serta di Constantinople pada zaman Konstantin memaksa orang Nasrani melepaskan kepercayaan mereka yang asli tentang Tauhid.

Kejadian tersebut juga pernah berlaku di Iraq iaitu di negeri Babil pada zaman Raja Buchtinashr (Nabukadnesar) yang membuat berhala dan memaksa orang menyembah berhala itu. Maka Nabi Danial tidak mahu mengorbankan kepercayaannya kepada Allah Yang Maha Esa bersama kedua temannya ‘Izriya dan Mikhail. Lalu dibuat parit dan dimasukkan kayu kering kedalamnya serta dihidupkan api. Ketiga-tiga mereka tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam api tadi. Namun, sesampai mereka dalam api yang menyala tadi, mereka tetap hidup dengan segar dan keluar dengan selamat sedangkan bersama-sama ketiga mereka yang beriman tadi dimasukkan juga sembilan orang yang dianggap pemberontak kepada raja. Tetapi, kesemua sembilan orang yang dianggap pemberontak tadi hangus terbakar.

Sunday, October 2, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Bismillahirrahmanirrahim,

Puji dan syukur itu hanya ke hadrat Allah yang menguasai langit dan bumi, daratan dan lautan, bahkan seluruh jumantara alam ini. Dia yang mengurniakan nikmat dan rezeki, hikmat dan kebijaksanaan buat warga dunia dalam menyusuri sebuah denai bernama “kehidupan.” Segala pengabdian dan keserahan selayaknya milik Allah semata. Selawat dan kasih juga buat Junjungan Rasul tercinta; tidak pernah jemu dan lelah membimbing umat ini cara pendakian ke syurga, agar kelak kita dapat bersama-sama menghirup dingin dan enaknya secangkir minuman dari telaganya.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nafas buat menyedut udara segar hari raya yang penuh keberkatan. Hari ini sewajarnya didendangi dengan alunan hamdalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Ar-Rahman dengan firman-Nya:

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Hari raya merupakan hari kebesaran orang Islam. Ia diraikan sebagai hari kemenangan kita dalam menewaskan hawa nafsu dan perkara-perkara keji dalam tempoh sebulan Ramadan yang baru berlalu. Justeru, umat Islam telah diperintahkan untuk membesarkan hari ini dengan cara keluar beramai-ramai menunaikan sembahyang hari raya. Sabda baginda Nabi:

Diriwayatkan daripada Ummi ‘Atiyyah r.a., katanya: “Kami telah diperintahkan supaya keluar pada hari raya sehinggakan anak-anak pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar, lalu berada di belakang kaum lelaki dan bertakbir mengikut takbir mereka serta berdoa dengan doa mereka dengan mengharap keberkatan pada hari raya serta kesuciannya.”

Bergelar seorang mahasiswa, kita seharusnya menyambut Aidilfitri ini dengan suasana penuh intelek dan adab. Hal ini kerana gelaran ‘mahasiswa’ itu sendiri telah meletakkan kita pada suatu taraf keilmuan yang tinggi. Perkara ini tidak harus dipandang enteng kerana segala kekhilafan dan salah tingkah yang kita lakukan akan terus mencorak pemikiran dan persepsi masyarakat terhadap mahasiswa secara keseluruhannya. Sebagai contoh, seorang mahasiswa haruslah tidak menyambut Aidilfitri ini sebagai seorang hedonis. Meskipun diakui bahawa darah muda sentiasa terpikat pada fenomena penuh hiburan, namun bukanlah dengan cara melolong, melakak dan berdansa sehingga mengkesampingkan nilai-nilai Islam dan adat-adat ketimuran yang penuh sopan dan adab. Ia bukan selayaknya dilakukan oleh seorang mahasiswa yang memiliki ilmu yang tinggi.

Seorang mahasiswa yang menanam ilmu di dadanya ialah seseorang yang mempraktikkan adab dan akhlak seperti yang disarankan oleh al-Quran. Ketibaan Aidilfitri disambut penuh syukur dan keinsafan, sopan-santun dan berkasih sayang. Allah berfirman dalam Surah al-Nahl, ayat 90:

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Mahasiswa yang memerhati serta menghayati firman Allah ini pasti akan memenuhi detik-detik Aidilfitri dengan sentiasa berbuat kebaikan kepada kaum keluarga, tolong-menolong pada hari raya, bersedekah kepada orang yang memerlukan meski kepada kanak-kanak yang berkunjung ke rumah semata-mata menuntut duit raya, serta dalam masa yang sama tidak lalai dan leka dengan hiburan-hiburan yang mengalpakan, bahkan juga tidak mengikut hawa nafsu, terutamanya nafsu makan yang sentiasa memuncak ketika menghadap sajian yang enak dan lazat.

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” Al-A’raf: 31

Justeru, hiasilah Aidilfitri yang berkunjung sekali dalam setahun ini dengan amalan-amalan yang bermanfaat. Pulanglah ke kampung berhari raya bersama keluarga dan saudara-mara bagi mengeratkan silaturrahim. Walau sesibuk mana pun kita, usahlah menjadikan kesibukan itu sebagai alasan, kerana Rasulullah sendiri menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga dan sahabat-handai baginda, sedangkan baginda merupakan orang yang lebih sibuk; sebagai utusan Allah dan seorang pemimpin negara. Apatah pula kita yang hanya menyandang jawatan-jawatan kecil di kampus sahaja?

Untuk akhirnya, nikmatilah Hari Raya Aidilfitri ini sebagai suatu tanda kemenangan kita menewaskan hawa nafsu dalam Ramadan yang telah berlalu. Semoga kunjungannya kali ini menjadikan kita sentiasa insaf dan bermuhasabah serta lebih bersyukur.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Naib Canselor "Gedung Membeli Belah"

Selepas Prof Dato' Razali Bin Agus pergi, kini giliran Datin Seri Rosmah Binti Mansor pula

Nantikan apakah yang bakal berlaku selepas ini. Dahulu Dato' Naib Canselor digugurkan. Adakah selepas desakan daripada pemuda Pakatan Rakyat, Canselor pula akan digugurkan? Hujah mengatakan bahawa Canselor baru ini merupakan "Gedung Membeli Belah" bukannya "Gedung Ilmu" agak mencuit hati orang yang mendengarnya.

Saturday, October 1, 2011

PMIUM Bloggers United


Logo PMIUM Bloggers United

MYPMIUM merupakan blog yang diwujudkan khas bagi menghimpunkan blogger-blogger PMIUM. Blog ini pada mulanya dibuat hanya sekadar suka-suka sahaja. Namun begitu ianya mendapat komen yang cukup memberansangkan daripada sahabat-sahabat kampus lain terutamanya UIAM dan UKM menjadikan pihak PMIUM lebih serius berusaha untuk memperkasakan blogger-blogger ini.

Mereka berpendapat bahawa kewujudan PMIUM Bloggers United ini secara tidak langsung membuka ruangan yang lebih luas untuk pendakwah PMIUM menyebarkan fikrah perjuangan mereka yang tersimpan selama ini kepada seluruh dunia tanpa batasan.

Saya mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat pimpinan PMIUPM dimana semua dikalangan mereka telah mempunyai blog peribadi tersendiri. Bagi pimpinan UM, insya Allah kami akan menyusul selepas ini. Setakat artikel ini dibuat masih lagi 2,3 kerat dikalangan pimpinan yang belum mempunyai blog tersendiri.

Saya juga sedang berusaha untuk meggerakkan kesedaran IT ini kepada warga muslimat di kampus. Akan lebih berjaya agenda 3B (Bijak, Berani dan Berdikari) sekiranya rangkaian blogger ini digunakan. Namun begitu ianya hanya menjadi laungan tanpa dilakukan ‘rebranding’ kepada agenda tersebut. Andainya seluruh mahasiswi mempunyai blog dan memaparkan logo agenda 3B, saya yakin dan percaya gelombang ini akan dirasai oleh seluruh warga kampus dan seluruh negara bahkan seluruh dunia.

Golongan mahasiswi ini begitu berbangga dengan tokoh muda seperti Nurul Izzah. Mereka menggelarkan dirinya sebagai ikon serikandi. Namun begitu, keaktifan anak muda ini merespon isu tidak dijadi panduan oleh mereka.

Kepada semua bloggers PMIUM, pihak kepimpinan PMIUM mengucapkan jutaan terima kasih diatas usahasama kalian dalam mewujudkan PMIUM Bloggers United. Kami mengharapkan kalian juga akan menjadi duta PMIUM ke seluruh dunia melalui lapangan maya ini dengan meletakkan logo PMIUM dan logo PMIUM Bloggers United dalam blog kalian.

Kepada kampus-kampus lain, saya sendiri selaku Ketua Penerangan GAMIS menyeru supaya wujud blog-blog dari kalangan kalian bagi membolehkan berita kalian diketahui oleh seluruh warga GAMIS. Sebagai golongan yang mengaku ingin memimpin agama, kita haruslah menjadi golongan yang cakne dan berusaha menyebar luaskan fikrah yang kita miliki kepada masyarakat. Mudah-mudahan seruan ini akan disahut oleh semua. Salam perjuangan kepada semua.