Saturday, January 12, 2013

Lirik lagu untuk Warga KIM, KIK & KISAS


p/s: video klip lagu ada di bawah
atau layari
http://www.youtube.com/watch?v=3IkmO2aSqIs

KOLEJ ISLAM

KIM permulaan kita,
Anugerah Duli Yang Maha Mulia,
KIK bergerak jaya,
Menyuburkan Islam tercinta,

Kolej Islam Sultan Alam Shah,
Kolej warisan yang ternama,
Bergerak maju, Mengharum agama,
Berjasa mendidik anak bangsa,

Dari nur 'ala nur,
Kita mengukir nama,
Fastaqim kama umirta,
Beristiqomah membela agama, (2 kali)

Bumi Waqafan, Bumi Tercinta,
Melahirkan pemimpin bertaqwa,
Mengorak langkah dipersada dunia,
Kecemerlangan Milik Bersama,

* ulangan

Kolej Islam Sultan Alam Shah,
Kolej warisan yang ternama,
Bergerak maju, Mengharum agama,
Berjasa mendidik anak bangsa,

Dari nur 'ala nur,
Kita mengukir nama,
Fastaqim kama umirta,
Beristiqomah membela agama,

Bumi Waqafan, Bumi Tercinta,
Berjasa mendidik anak bangsa,
Mengorak langkah di persada dunia,
Kecemerlangan Milik Bersama,

Lirik: Faisal
Lagu: Faisal/ Hakimi
Nyanyian : Hakimi


Friday, January 11, 2013

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden

Ridzuan Mohamad Nor, (2007), Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden, Batu Caves: MHI Publication.

Buku ini menerangkan berkenaan sejarah jatuh bangun gerakan Islam sejak zaman kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kemunculan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 1928 merupakan pencetus kepada lahirnya gerakan Islam yang lain. Rentetan daripada penubuhan tersebut, mucul beberapa gerakan yang lain di serata dunia. Misalnya di Pakistan munculnya Jamiat Islami, di Algeria munculnya Badan Penyelamat Islam (FIS), Majlis Syura Muslimin Indonesia (MASYUMI) di Indonesia dan akhirnya pada hari ini diteruskan oleh Parti Keadilan Sejahtera, Hizbul Muslimin yang akhirnya dikenali Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. Di Turki munculnya Parti Milli Selamat yang kemudiannya diharamkan. Kemudian muncul Parti Refah, dan pada hari ini diteruskan oleh Parti Keadilan Pembangunan (AKP) Parti.

Monday, January 7, 2013

AUKU: Mahasiswa Aspirasi sudah mula bersuara


Sejak kerajaan memalu gendang mahu meminda AUKU, banyak pihak yang memberi respon positif. Mahasiswa samaada berlatar belakangkan Pro-Mahasiswa mahupun Aspirasi sudah mula menunjukkan mereka mual dengan kongkongan AUKU. Bagi mereka AUKU seperti jeriji besi yang menghalang mereka daripada bersuara dengan bebas dan sukar untuk menampilakn idealisme mereka sebagai seorang mahasiswa.

Bagi golongan yang sekian lama sudah mengambil berat berkenaan isu AUKU, sudah lama diwujudkan GMA (Gerakan Mansuhkan Auku) dan kemudiannya di tukar kepada GMMA (Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku). Perjuangan mereka dianggap sia-sia oleh sesetengah pihak kerana tuntutan yang dibuat tidak pernah membuahkan hasil. Sekadar berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum. Hasilnya tetap sama, tiada sebarang perubahan.

Selepas pihak kerajaan merespon untuk memansuhkan AUKU, golongan yang dulunya memuja AUKU kini sudah mula berani bersuara. Ternyata membisunya mereka selama ini kerana mereka takutkan AUKU. Bagi mereka AUKU ini umpama kitab suatu ajaran agama yang harus ditaati. Sekiranya dilanggar akan terkena tulah yang berupa sekatan ataupun apa sahaja hukuman yang diberikan oleh pihak Universiti.

Saya bawakan beberapa petikan daripada pemimpin Aspirasi daripada beberapa kampus yang menyatakan bahawa mereka sendiri kurang senang dengan AUKU. Sebelum hanya golongan Pro-Mahasiswa sahaja yang berani bersuara. Sebelum ini kebanyakkan daripada mereka akan menjadi pendokong yang padu kepada dasar yang ditetapkan berkaitan dengan mahasiswa disebabkan idealisme perjuangan mahasiswa mereka dimatikan oleh AUKU.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Zaid Mohd Idrus yang merupakan sahabat serpejuangan di Kolej Islam Sultan Alam Shah, berkata ”disamping hasrat kerajaan mahu melihat mahasiswa yang lebih berketrampilan dan cemerlang dalam akademik, hak pelajar berpolitik tidak boleh disekat. Bila kita memperkatakan hal berpolitik, ia hak semua rakyat lebih-lebih lagi mereka yang berusia 21 tahun ke atas,”

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohamad Sabrie Mohamad Salleh, berkata pembabitan pelajar dalam politik tidak dapat dielakkan. Dalam akhbar yang kami baca setiap hari pun begitu banyak mengetengahkan mengenai politik, justeru apa yang berlaku sekurang-kurangnya membuatkan kami mahu mengambil tahu mengenai perkembangan semasa dan tidak terlalu terkongkong dengan tanggungjawab sebagai pelajar.

Saya mengucapkan tahniah kepada YDP MPP daripada UKM dan YDP UPM. Keberanian kalian berdua dalam menyatakan pendirian berkaitan hal ini amat saya puji. Saya merasakan pandangan kedua-dua YDP MPP ini memberi signal bahawa mahasiswa Aspirasi pun sudah sedar berkenaan hak mereka. Ternyata pandangan kedua-dua Presiden ini lebih menonjolkan prinsip mereka sebagai seorang pemimpin mahasiswa yang memperjuangkan hak mahasiswa.

Kepada YDP MPP lain yang masih lena dibuai mimpi, bangunlah segera untuk menyatakan pendirian berkaitan isu AUKU ini. Bersama-samalah kita bergabung untuk menyatakan pendirian supaya halangan jeriji AUKU ini terus terkubur di dalam kamus kehidupan mahasiswa.

Wednesday, January 2, 2013

Pengundi hantu ditangkap, pengundian KK12 dibatalkan!

Proses pengundian di Kolej Kediaman ke-12 semalam kalut dan menimbulkan kegemparan apabila beberapa pengundi hantu dikesan sehingga pihak universiti terpaksa membuat keputusan bagi membatalkan pengundian di kolej berkenaan.

Kejadian yang berlaku malam tadi dikatakan dikesan oleh beberapa pelajar yang berada di situ, apabila penuntut-penuntut program Asasi Sains dikesan cuba untuk membuang undi dengan menggunakan kad pengenalan.

Harakahdaily dimaklumkan bahawa, para pelajar Asasi Sains tidak dibenarkan mengundi dalam pilihan raya kampus.

Menyedari senario tersebut, beberapa mahasiswa telah menangkap 'pengundi hantu' ini dan telah membawa ke pengetahuan Timbalan Naib Cancelor (HEP) yang kemudiannya telah merujuk kepada Naib Cancelor UM yang akhirnya telah memanggil mesyuarat senat di awal pagi lalu membuat keputusan dengan membatalkan pengundian yang dilakukan di Kolej Kediaman Ke-12.

Pihak universiti telah memutuskan untuk mengadakan semula pengundian di kolej tersebut pada hari Khamis (esok) pada jam 9 pagi hingga 3 petang.

Ketika ini semua calon tidak dibenarkan menjalankan sebarang kempen, di samping peraturan asas pilihan raya tetap diguna pakai.

ImageHarakahdaily difahamkan, setakat ini keputusan pengundian secara tidak rasmi telah diketahui dan pihak universiti kini hanya menunggu keputusan daripada Kolej Kediaman Ke-12.

Sementara itu, kejadian yang berlaku ini, telah menimbulkan kegemparan di Dewan Tunku Canselor (DTC) yang menjadi pusat penjumlahan pengundian.

Sementara menunggu proses pengiraan dijalankan di Dewan Tunku Canselor (DTC) yang berakhir lewat jam 4 pagi, penyokong-penyokong kumpulan pro mahasiswa dan Aspirasi mengadakan perhimpunan.

Lebih 400 penyokong pro mahasiswa serta kumpulan Aspirasi bersorak serta melakukan aksi-aksi kebiasaan dilakukan dalam sebuah demonstrasi.

Image"Mereka pun dah pandai bersorak dan mencipta slogan untuk demonstrasi," ujar seorang penyokong pro mahasiswa mengulas aksi penyokong Aspirasi mahasiswa di pekarangan DTC pagi tadi.

Sungguhpun begitu, keadaan tersebut masih berada dalam kawalan pihak keselamatan universiti dan ia berlangsung dalam suasana yang tenteram.

Turut kelihatan beberapa 'mata-mata' yang ditugaskan untuk memantau kegiatan tersebut untuk dilaporkan kepada pihak atasan mereka. - mks.

sumber:harakahdaily

Orang-Orang Kaya Malaysia


Hari ini keluar lagi senarai “10 Orang-orang Terkaya” di Malaysia. Saya meneliti satu persatu nama-nama yang dipampangkan di dada akhbar The Star awal pagi tadi. Kebetulan Firma Faiz Adnan Associates, tempat saya menjalankan praktikal melanggan akhbar tersebut. Apabila senarai tersebut, saya sudah dapat menjangkakan orang yang memenuhi senarai kekayaan tersebut.

Menduduki senarai 10 orang terkaya bukannya seperti menjadi 10 orang pelari pecut terbaik negara. Hal demikian kerana untuk menjadi seorang yang kaya, seseorang itu perlu menghimpunkan hartanya sejak dari awal lagi dan apabila menduduki senarai tersebut mereka biasanya akan kekal. Manakala seseorang yang menduduki senarai 10 orang terpantas mungkin ianya tidak kekal lama.

Hal demikian kerana, apabila tiba waktu tua dan uzur seseorang itu semakin perlahan lariannya. Manakala sekiranya seseorang itu kaya, apabila umurnya semakin bertambah dan perniagaan makin maju, asetnya yang terkumpul selama ini semakin banyak dan sukar untuk di tandingi oleh orang lain. Sebab itulah saya sudah dapat mengagak siapakah yang menduduki senarai tersebut. Andai saya menjadi seorang usahawan, dalam masa terdekat sudah tentu tidak dapat menandingi kekayaan golongan-golongan ini. Kekayaan mereka semakin bertambah, tetapi saya baru mula bertatih untuk mencari keuntungan. Bukan bermakna saya ingin menjadi seorang yang kaya, tetapi ini sekadar misalan.

Taikun Malaysia iaitu Robert Kouk masih lagi mendahului senarai ini dengan kekayaan AS$10 billion. 'Raja Gula' berusia 84 tahun itu meningkatkan nilai kekayaannya sebanyak AS$2.4 bilion tahun ini, menerusi pemilikan dalam pelbagai bidang perniagaan, seperti hartanah di Hong Kong, media dan paling utama penguasaannya dalam gergasi minyak sawit, Wilmar International.

Ini diikuti oleh Ananda Krishnan yang menguasai Maxis Communications Bhd dengan nilai kekayaan AS$7.2 bilion, merosot AS$200 juta daripada tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng pula menduduki tangga ketiga daripada keempat tahun lalu dengan nilai kekayaannya meningkat AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.

Pendatang baru dalam senarai rakyat negara ini memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion ialah Tan Sri Vincent Tan, dengan kekayaannya meningkat hampir AS$1 bilion kepada AS$1.3 bilion apabila harga saham Berjaya Corp yang dikuasainya melonjak hampir tiga kali ganda dalam tempoh 12 bulan lalu.

Apabila diperhatikan senarai tersebut hanya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary satu-satunya orang Melayu yang tersenarai di dalam lingkungan tersebut. Tokoh Maal Hijrah ini berjaya menempatkan dirinya di tempat yang ke-8 di dalam senarai tersebut.

Turut berada dalam senarai itu ialah Pengerusi Kumpulan Am Bank, Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta) yang berada di tempat ke-11; Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta, tempat ke-20); Timbalan Ketua Eksekutif Air Asia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta, tempat ke-21); Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi (AS$180 juta, tempat ke-30) dan Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta, tempat ke-34).

Individu Melayu lain yang berada dalam senarai itu ialah Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (AS$150 juta, tempat ke-35) yang mempunyai pegangan saham ketara dalam Gamuda Bhd dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak (AS$100 juta, tempat ke-40).