Sunday, September 9, 2012

KPPD pertama bersama Jaya Bumi


Ust Nasib sedang membelek fail



Tok Penghulu sedang memerhati anak-anak buah


Slot Penghayatan Ibadah


Si Buta sedang mencari "dosa" dan 'pahala".

Tempat: Kem Puteri Ayu
Tarikh: 26-28 Mei 2008
Peserta: Kakitangan Jaya Bumi Sdn Bhd

Saturday, September 8, 2012

Denai Sejarah


Denai sejarah telah merakam
Lencun baju yang dibasahi keringat
Bukti setianya para pahlawan
Membasuh kembali kesucian bangsa yang telah ternoda.

Lalu
Tumpah darah yang menitis diresap bumi
Menyaksi sebuah pengorbanan berepisod duka
Demi membawa siri bahagia buat bangsa
Pada suatu masa.

Lalu,
Suara tangisan pun memecah
Bila kalbu dirodok pilu
Melihat insan pejuang ditikam kaku.

Maka,
Nilaian apakah merdeka di hati kita?

-Selamat Hari Merdeka ke-51!

Tuesday, September 4, 2012

PMIUM sokong cadangan pakaian uniform sekolah dikaji semula


"Sesungguhnya sebilangan daripada ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian, tetapi bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nas hadis di atas jelas merupakan satu amaran daripada baginda Rasulullah SAW tentang aspek berpakaian yang tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Amaran tersebut merangkumi cara berpakaian yang nipis atau jarang, berpakaian ketat atau membentuk tubuh badan dan mendedahkan bahagian-bahagian tubuh tertentu. Untuk apa amaran tersebut? Sudah tentulah demi menjaga maruah wanita Islam, selain merupakan bukti kecintaan baginda kepada umatnya.

Saya merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh Munirah binti Bahari selaku Naib Presiden Hewi, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), kepada Kementerian Pelajaran baru-baru ini. Cadangan tersebut meminta supaya Kementerian Pelajaran merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan Islam di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dengan menukar baju seragam putih kepada baju seragam berwarna. Hal ini demikian bagi mengelakkan jenayah seksual dan penzinaan yang mungkin berlaku berikutan baju seragam sedia ada yang berwarna putih adalah jarang atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'transparent.'

Justeru, saya merasakan bahawa cadangan yang dikemukakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah wajar dan seharusnya disokong oleh semua pihak kerana ia merupakan satu langkah pencegahan yang baik bagi mengelakkan barah sosial sedia ada dalam masyarakat daripada terus merebak. Kita sering mendengar peribahasa Melayu yang menyebutkan 'mencegah lebih baik daripada merawat.' Jadi, mengapa kita tidak praktikkan peribahasa ini dalam perkara-perkara yang dirasakan wajar dan perlu?

Sebagai menambah cadangan yang dikemukakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tersebut, saya turut mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran lebih berhati-hati dalam setiap penentuan pakaian seragam sekolah supaya ianya selaras dengan etika pemakaian dalam Islam, kerana seperti yang kita maklumi, setiap penetapan yang telah dibuat oleh Islam pasti bertujuan menjaga kemaslahatan ummah. Selain daripada faktor pakaian seragam, adalah menjadi peranan ibu bapa dan guru-guru untuk memberi kefahaman kepada anak-anak dan pelajarnya melalui didikan agama, khususnya tentang etika pemakaian dalam Islam. Dengan demikian, pelajar akan lebih tahu 'menjaga diri' mereka ketika berada dalam sebarang situasi.

Sehubungan dengan itu, saya merasakan cadangan yang diutarakan oleh pucuk pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) itu adalah sangat wajar, sesuai dengan situasi semasa yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Justeru, cadangan ini seharusnya disokong oleh segenap lapisan masyarakat dan dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran. Semoga manfaatnya kembali kepada para pelajar itu sendiri.

Mohd Faisal Bin Mustaffa,
Setiausaha Agung,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Monday, September 3, 2012

Bersama Dr Asri, Mufti Perlis


Semalam, Selasa 10 Jun 2008 saya bersama rakan-rakan PMIUM sempat bertemu dengan Dr Asri Zainul Abidin yang merupakan mufti Perlis. Di dalam pertemuan tersebut kami sempat berbincang dengan masalah yang timbul daripada pinjaman PTPTN dan isu-isu berkaitan dengan kemahasiswaan. Kami merentas perjalanan sejauh 400 km lebih menuju ke utara semata-mata mahu mendapatkan pandangan dengan beliau seterusnya membuat jemputan secara rasmi sebagai forum di dalam program HEWI yang akan diadakan pada bulan Ogos akan datang. Melalui perkongsian dua hala ini, pelbagai input yang telah kami perolehi


Pimpinan PMIUM sesi 08/09 bergambar bersama Dr Asri


Bersoal jawab berkenaan isu PTPTN dan isu Mahasiswa Islam


Sedang menantikan Dr Asri di dalam bilik mahkamah syariah

Sunday, September 2, 2012

Provokasi kanak-kanak Rebena & Air Mata


Rasanya sudah 2 hari kerajaan Negeri Kedah dibentuk. Selama dua hari ini sudah 2 isu yang dimainkan untuk menjatuhkan imej kerajaan Negeri. Ada pihak yang tidak dapat menerima kekalahan ini menyerang bertubi-tubi untuk meraih simpati rakyat kekalahan dibeberapa buah negeri.


Mulanya mereka menipu melalui media bahwa Kerajaan Negeri Kedah yang baru dibentuk telah mengarahkan supaya Tadika Kemas di tutup. Entah dari mana khabar angin sebegini diperolehi. Bagi saya sepatutnya berita khabar-khabar angin sebegini perlu diteliti dan dikaji dari mana sumbernya. Mungkin ianya sekadar provokasi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Sedangkah tiada arahan yang dikeluarkan sedemikian rupa.


Itulah, sepatutnya wartawan yang hendak dihantar ke Negeri "Islam" ini sewajarnya diberi pendedahan khusus berkenaan firman Allah SWT yang berpesan kepada orang-orang mukmin agar menyelidik dahulu berita yang diperolehi daripada orang-orang yang fasik. Lafaz "Fatabayyanu" jelas memberi peringatan kepada kita supaya meneliti, mengkaji dan sedaya upaya mendapatkan maklumat yang tepat sebelum disebarkan.


Namun yang berlaku adalah sebaliknya.Inilah yang saya jangkakan selepas negeri Jelapang Padi mendapat kerajaan baru. Tidak mustahil rakyat Kedah yang di wara-warakan kaya sebelum ini akan jatuh miskin kerana dinaungi kerajaan yang mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mungkin Selangor, sebuah negeri yang maju turut sama akan menjadi negeri yang miskin, diikuti Perak dan Pulau Pinang. Tersenyum saya sendirian kerana sebelum ini hanya Negeri Kelantan sahaja yang "miskin". Negeri Terangganu yang menduduki tangga negeri termiskin di semenanjung Malaysia pun diaggap kaya oleh media.Ajaib betul..Saya tersenyum sendiri.


Kes yang kedua adalah kenaikkan Harga Tambang Feri ke Pulau Langkawi.Daripada RM15 menjadi RM20.Alasannya kerana pengusaha tidak mampu menanggung kos minyak dan penyelenggaraan Feri yang kian naik. Saya sendiri merasakan, ini merupakan rancangan sesetengah pihak yang mahu memburukkan imej Kerajaan dimata penduduk Pulau Langkawi yang dimenangi oleh pembangkang.Nasihat saya, janganlah menunding jari kepada Kerajaan Baru yang dibentuk.Ini kerana apa yang ditanggung oleh pengusaha adalah warisan daripada Kerajaan yang memerintah dahulu. Sudahlah meninggalkan hutang sebanyak 1.8 billion kepada kerajaan sekarang. Betapa beratnya beban amanah yang perlu dipikul oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini.


Sekiranya harga minyak dikatakan punca, salah siapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah salah Kerajaan Pusat yang menaikkan harga minyak tersebut.Kenapa pula Kerajaan Negeri yang disalahkan.Bagi saya, provokasi yang dilakukan ini tidak lain adalah mainan kanak-kanak rebena. Biarlah provokasi ini dimainkan. Saya yakin dan percaya, senjata yang dihunus ini kelak akan memakan tuannya kembali.Lihatlah PRU 12 menjadi buktinya.


Setakat ini dulu coretan saya.Insya Allah kita akan ketemu lagi.Sekiranya hari ini mereka menindas kita. Kita yakin dan percaya kelak Allah akan bersama dengan kita. Sekiranya hari ini Tuan Guru Nik Abdul Azizi Menangis. Saya juga mengharapkan Ustaz Azizan juga akan menangis bermunajat bersama dengan rakyat yang ditindas .Sesungguhnya Air Mata para ulama bermunajat sangat berharga. Semoga Islam terus subur di Negeri Hijau Kuning


"Ya Allah, Kau jadikan kami pengikut yang baik kepada pemimpin kami yang soleh"



Saturday, September 1, 2012

Selamat Hari Guru!


Buat guru di seluruh dunia...
Jasamu sentiasa dikenang.
Tiada ternilai dek harta.
Walau pun selautan dunia.
Hanya Allah yang dapat membalas segala
Di dunia
Jua di akhirat sana...

Saturday, August 11, 2012

CAKE jadi KACE

Jam menunjukkan 1.04 pagi. Mata masih belum mengantuk. Kebetulan petang tadi saya tidur selepas pulang dari kelas. Agak keletihan ditambah pula dengan kesejukan hujan. Guruh berdentan dentum.Malam ini, sahabat-sahabat seusrah mengadakan Qiamullail bersama di Masjid. Jadi beramai-ramai meninggalkan Baitul Taubah (nama rumah kami) untuk tidur di masjid. Kawan-kawan semua sudah tidur, memberikan saya peluang memetik kekunci lap top Daniel atapun lebih di kenali sebagai Pok Nya. Sahabat yang saya kira cukup komited dengan gerak kerja tarbiah di kampus.

Ketika berusrah bersama Abang Dzul dahulu, beliau menggelar Pok Nya dengan gelaran nama seorang sahabat. Hal demikian kerana tubuhnya yang kecil dan kerjanya cukup komited. Walaupun lahir dipenghujung tahun 1984, namun begitu akibat kelewatan didaftarkan, maka di surat beranak Pok Nya tercatat 1985 sebagai tahun kelahiran.


Saya membelek artikel berkenaan PPSMI yang diletakkan diatas tabung diluar masjid. Apabila membaca artikel tersebut, fikiran saya melayang kembali ke alam kanak-kanak. Entah kenapa, memori yang sudah lama terpadam kembali bermain difikiran. Saya tersenyum sendirian.

Hal demikian kerana ketika di sekolah rendah saya seorang yang lemah di dalam mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris. Pernah suatu ketika, semasa berada di darjah dua, guru matapelajaran bahasa inggeris (kami panggil teacher) memberikan kami soalan untuk dijawab. Soalan tersebut berupa abjad-abjad dimana kami diminta untuk menyusun abjad tersebut menjadi perkataan. Masih ingat, pada ketika itu saya bersama Nizam (sahabat sepermainan), berbincang untuk mengisi jawapan pada kertas tersebut.

Antara abjad yang diberikan kepada kami adalah, A.E.C.K dengan menunjukkan sebiji kek. Selepas berbincang dengan sahabat saya, kami dengan yakin mengisi jawapan tersebut dengan menulis KACE. Kami yakin pada ketika itu bacaannya adalah kace yang menyerupai kaca.

Setelah menginjak dewasa baru saya tahu bahawa jawapan saya itu salah. Entah mengapa memori silam boleh diingati kembali. Sedangkan peristiwa tersebut berlalu lebih dari 10 tahun lamanya.

Walaupun lemah dalam matematik dan bahasa inggeris, tetapi saya dapat menguasai dengan baik matapelajaran sains dan kajian tempatan. Di mana 3 tahun berturut-turut saya mendapat anugerah pelajar matapelajaran sains terbaik. Bahkan ketika peperiksaan hujung tahun, pernah suatu ketika saya menjawab hanya dalam masa 30 minit, berbanding 1 jam yang diperuntukkan. Isu ini dibincangkan sehingga sampai ke pengetahuan PIBG, namun begitu saya sedikit kelegaan apabila keputusan yang dikeluarkan menggembirakan hati saya. Sehinggalah saya berjaya menamatkan pegajian di peringkat UPSR dengan keputusan 4A1B. Walaupun pada ketika itu saya cukup lemah di dalam penguasaan matematik dan bahasa inggeris, tetapi saya dikurniakan anugerah oleh Allah untuk merasai nikmat mendapat A dalam matematik dan B dalam bahasa inggeris. Padanlah dengan usaha saya yang hanya mengulangkaji pelajaran dengan lastik di dalam hutan. Itu pengalaman saya sebagai seorang budak kampung. Mengalami kesukaran untuk menguasai Bahasa Inggeris, tetapi berjaya menguasai sains dengan baik kerana di ajar dalam bahasa melayu.

Namun begitu, situasi ini tidak berlaku kepada adik saya, Nasuha. Dia sekarang bergelut sedaya upaya untuk memahami pelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris. Sudahlah subjek Bahasa Inggeris berterabur, dibebani pula dengan dua subjek yang cukup berat ini.

Pernah dia mengadu yang dia tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Emak dan ayah hanya mampu mengeluh. Hendak diajar, mereka sendiri tidak faham. Saya tidak menyalahkan emak dan ayah. Saya yakin guru di sekolah tidak akan menyalahkan mak dan ayah saya. Hal demikian kerana mereka tahu bahawa rata-rata dalam kalangan peneroka felda tidak boleh berbahasa inggeris. Setakat menyebut perkataan market yang sudah menjadi percakapan harian orang kedah mungkin boleh. Tetapi untuk menterjemahkan perkataan dan teori sains dan matematik yang agak kompleks mungkin mustahil.

Tetapi saya yakin, pejuang bangsa yang mahukan sistem PPSMI ini diteruskan, mereka mungkin tetap akan menyalahkan ibu bapa. Hal demikian kerana mereka tidak mampu untuk membantu anak-anak menguasai bahasa inggeris. Dengan sumber keewangan yang kurang mencukupi untuk menampung kehidupan menyebabkan rata-rata mereka gagal menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa inggeris ini.

Dari kenyataan sombong mereka setiap kali mengeluarkan kenyataan, membayangkan akan keegoan yang tersemat di dalam hati menteri pendidikan ini. Saya tidak hairan mengapa anak-anak mereka mampu menguasai bahasa inggeris dengan baik. Antaranya disebabkan budaya dirumah yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan. Bagi anak-anak yang lembab pula dihantar ke pusat pengajian bahasa inggeris dan akhirnya dihantar ke luar negara untuk belajar atas pembiayaan peribadi. Sudah tentu apabila pulang ke tanah air sudah mampu bertutur menggunakan bahasa inggeris dengan baik.

Saya terfikir sendirian, sekiranya adik-adik saya di felda yang sedang membangun sukar untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris, bagaimana pula dengan masyarakat orang asli dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak? Pengalaman bermalam di kampung orang asli Kuala Mu, meninggalkan kesan mendalam pada jiwa saya. Bukan setakat menggunakan bahasa inggeris, menggunakan bahasa melayu untuk memahami sains dan matematik pun belum tentu boleh atau tidak.

Persoalannya, mengapakah PPSMI yang di laksanakan ini tidak mengambil kira berkenaan keseluruhan masyarakat di dalam Negara kita? Hanya disebabkan idea seorang yang sudah lanjut usianya, ianya terus dilaksanakan tanpa mengambil kira pendapat cendiakawan dan tokoh pemikir tanah air.

Mungkin niatnya murni untuk memartabatkan bangsa melayu dengan penguasaan bahasa inggeris, namun begitu sehingga hari ini saya melihat anak-anak melayu terutama diluar bandar sudah kehilangan selera untuk belajar. Mereka lebih gemar untuk ponteng kelas dan melakukan aktiviti yang tidak sihat. Keadaan ini jelas jika diperhatikan dalam kalangan anak-anak muda di kampung-kampung dan felda-felda.

Lebih jelas lagi syarikat percetakkan buku-buku teks mendapat laba yang banyak kerana mendapat tender mencetak buku teks bertimbun-timbun dalam masa yang singkat. Kesannya anak-anak melayu di kampung terus liat untuk membelek buku tersebut walaupun sudah berjuta ringgit dihabiskan untuk mencetaknya.

Sewajarnya, pihak kerajaan perlu memikirkan kaedah yang terbaik baik bagi menyelesaikan masalah pelajar yang malas untuk belajar. Di tambah pula dengan jenyayah dalam kalangan pelajar yang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Pihak kementerian tidak seharusnya lepas tangan di dalam menangani isu ini.

Tindakan Dato Seri Hishamuddin, selaku menteri pelajaran yang membuat kenyataan melulu dengan mengatakan bahawa Dato’ Hassan Ahmad, A. Samad Said dan beberapa tokoh lain dipergunakan untuk kepentingan politik pembangkang cukup memalukan. Adakah golongan cerdik pandai ini terlalu naïf didalam membuat pertimbangan di dalam memperjuangkan hak bangsa. Hanya kerana memperjuangkan isu bangsa terus dilabelkan sebagai pembangkang.

Mengapa lontaran sebegini harus keluar daripada mulut seorang menteri yang kononnya memperjuangkan bangsa dan agama. Dengan gaya percakapan yang agak sombong, dia tetap mempertahankan PPSMI yang dipolopori oleh bekas ketuanya.

Saya memuji tindakan pimpinan PAS, PKR dan sebahagian daripada pimpinan UMNO. Walaupun ramai pimpinan UMNO bersatu mempertahankan PPSMI, namun begitu Khairy Jamaluddin dan Dato’ Puad Zarkhasyi jelas menolak perlaksanaan PPSMI ketika di wawancara oleh wartawan baru-baru ini.

Persoalannya kepada DS Hishamuddin, Adakah kedua-dua pemimpin UMNO ini turut termakan dengan hasutan pembangkang? Atau adakah mereka sedar bahawa PPSMI ini merugikan bangsa sendiri.

Wednesday, August 8, 2012

Konvensyen Pro-Mahasiswa Nasional


Hari-hari berlalu terlalu pantas. Saya kira setiap hari ada sahaja yang perlu dinukilkan di atas hamparan maya ini, namun begitu masa begitu mencemburui. Disaat-saat keletihan sekerja seharian dan malamnya meneyelesaikan tanggungjawab lain, agak sukar bagi saya untuk mencurahkan idea diatas hamparan maya ini. Namun begitu diatas permintaan sahabat-sahabat, saya gagahi juga untuk mengetuk papan kekunci ini.

Hujung minggu lalu, iaitu pada 6-8 Jun telah diadakan Konvensyen Pro-Mahasiswa Nasional. Program ini dirancang bertujuan bagi memperkasakan Badan Bertindak Mahasiswa Negara. Sejak kebelakangan ini BBMN dilihat sebagai sebuah badan yang lesu dan seperti tidak menyengat. Hidup segan, mati tak mahu. Itulah perumpamaan yang mungkin sesuai untuk saya padankan. BBMN kehilangan pemimpin yang berjiwa besar untuk menerajui kepimpinan disaat-saat menghadapi kekalahan. Ruh pengasas BMMN Prof. Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Yusof mungkin tidak sampai kepada generasi BBMN yang baru ini. Begitu juga energy yang ada pada Amin Idris tidak lagi diwarisi oleh pendokong BBMN dikala ini.

Bagi ahli Pro-M yang memenangi kerusi samaada diperingkat Umum ataupun Fakulti, mereka merasakan diri kerdil dan tidak yakin untuk menonjol. Seperti seekor semut merah yang kecil saiznya berhadapan dengan Sang Gajah yang begitu besar. Mereka tidak sedar bahawa semut merah ini lebih bertenaga daripada Sang Gajah yang besar tersebut. Bisa menggigit sang gajah. Sudah tentu Sang Gajah akan meronta kesakitan dek kenakalan dan gangguan daripada semut merah ini.

Pemerintah yang dianggap “Super Power” seperti Namrud sendiri pun dikalahkan oleh seekor Nyamuk. Tubuh bukan menjadi ukuran. Yang penting semangat yang membara di dalam ahli BBMN sendiri yang akan menjadikan halatujunya lebih jelas dan tersusun.

Melalui ini konvensyen ini, seluruh Ahli Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa sebulat suara melantik Saudara Hilman B Nordin sebagai Pengerusi BBMN yang baru. Insya Allah dengan kapasiti yang ada pada beliau saya yakin dan percaya, BBMN pada kali ini mampu untuk bersuara memperjuangkan suara mahasiswa. Di bantu oleh Saudari Nur Izati sebagai timbalan pengerusi , Nor Farhana Farzieana bt Azmi sebagai setiausaha agung dan beberapa wakil yang bakal mengepalai zon masing-masing.

Konvensyen ini juga telah memberi signal awal bahawa BBMN sudah bersedia untuk memanjat pejabat PM dan menteri-menteri di Putrajaya untuk memperjuangkan isu mahasiswa.Kepada sahabat-sahabat BBMN, kalian merupakan pemimpin yang dipilih oleh sahabat-sahabat kita didalam PRK kampus. Kalian umpama YB-YB yang menerima amanah daripada rakyat. Sekiranya GAMIS menjadi himpunan kepada wakil GMI seluruh kampus untuk bersidang, maka BBMN menjadi medan untuk YB-YB dari setiap kampus untuk memperjuangkan isu kemahasiswaan.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Sunday, August 5, 2012

Status Halal di Malaysia Kian Meragukan

Pelbagai jenis makanan kian melambak di pasaran sekarang, terutamanya bagi makanan jenis segera atau ‘instant.’ Makanan segar seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran juga mudah didapati di pasar raya-pasar raya dan mula mendapat tempat di hati masyarakat, khasnya masyarakat bandar. Kebanyakan barangan ini memiliki logo Halal dari JAKIM, malah tak kurang juga yang tidak mendapat kelulusan dari JAKIM. Namun, sesetengah masyarakat yang hidup penuh kemodenan jarang mempedulikan atau menitikberatkan soal ini, asalkan semuanya dapat dilakukan dengan cepat dan segera.

Terbaru, saya ada membaca paparan akhbar tentang ayam selasih atau ayam hitam yang dibeli di pasar raya besar disembelih tidak mengikut hukum syarak. Pelanggan yang membeli ayam tersebut mendapati seekor ayam yang dibelinya tiada leher, manakala seekor lagi didapati urat pada lehernya tidak putus. Malah, pelanggan ini ditawarkan RM 20 000 oleh pengurusan pasar raya besar ini sebagai ‘upah’ supaya tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa setelah dibuat aduan tentang ayam yang dibelinya tidak disembelih mengikut hukum syarak. Namun, beliau tidak gelap mata, dan terus membuat aduan kepada JAKIM.

Saya tertanya-tanya; pasar raya besar tersebut mempunyai pegawai yang memeriksa status halal pada barangan yang dijual, namun kenapa hal ini masih lagi terjadi? Adakah pegawai di situ benar-benar menjalankan pemeriksaan bagi memastikan barangan yang dijual, terutama makanan segar, disahkan halal? Atau, pemeriksaan hanya dilakukan pada kali pertama barangan tersebut dihantar, dan pada kali yang seterusnya tidak lagi diperiksa kerana telah disahkan halal sebelumnya? Hairan juga saya. Prosedur bagaimana yang dilakukan sehingga status halal pada barangan makanan ini boleh dimanipualsi?

Dalam situasi yang lain pula, saya mendapati antara aduan yang diterima oleh orang ramai berkenaan masalah ayam ialah ayam yang dibeli di pasar raya berbau busuk, ayam yang dihantar bercampur bersama daging babi serta terdapat haiwan lain di dalam plastik bungkusan ayam. Seorang pengguna pula mendakwa ayam segera yang dibeli di sebuah pasar raya mengandungi cicak di dalam salutan tepung ayam tersebut. Selain masalah ayam, sebelum ini kita didedahkan dengan sebuah kegiatan syarikat katering, di mana syarikat ini menggunakan pelbagai jenis wain bagi memerap masakannya, terutama ayam dan daging, malah syarikat ini turut menggunakan sijil halal palsu yang dibeli daripada anggota sindiket menjual sijil halal palsu dengan harga RM 2 500. Akal saya mula ligat berfikir; jika kita sendiri boleh tertipu dengan logo halal ini, bagaimana kita hendak memastikan sesuatu barangan atau makanan itu benar-benar disahkan halal? Sekalipun telah mendapat sijil halal, terdapat juga sesetengah pengeluar yang melakukan penyelewengan dengan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan JAKIM. Bagaimana JAKIM mahu mengatasi masalah ini? Saya berharap JAKIM dapat melakukan pemeriksaan terperinci ke atas sesuatu barangan sebelum mengeluarkan sijil halal, dan terus membuat pemantauan ke atas pengeluar walaupun setelah sijil halal dikeluarkan bagi memastikan pengeluar tersebut tidak melakukan sebarang penyelewengan.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah berhati-hati ketika hendak membeli ayam bagi mengelakkan ayam yang dibeli tidak elok atau tidak halal, begitu juga dengan pemilihan dalam membeli barangan atau menempah makanan melalui katering. Jika hendak membeli ayam di pasar raya, teliti dahulu ayam tersebut. Jika meragukan, usahlah dibeli. Ini lebih baik daripada memakan ayam yang diragui status halalnya, kerana ia termasuk dalam perkara syubhah dan lebih baik ditinggalkan. Lebih selamat jika kita membeli ayam di pasar pagi kerana ia masih segar serta boleh dilihat dan diperiksa dengan jelas. Pendek kata, umat Islam hendaklah sensitif dan berhati-hati dalam memilih makanan yang halal lagi baik. Halalan toyyiba.

Wednesday, July 11, 2012

Kenangan Usrah KISAS

700392662l

Usrah terakhir bersama sahabat-sahabat di Masjid Sultan Sulaiman, Klang

Belakang : Amir (mesir), Fitri (UM), Hafez Sabri (UM), Amar (UKM), & Saya
Depan Sabri (UM), Hafiz (UKM) dan Iman (UKM)

Sementara menanti setiap kumpulan membentang kesalahan-kesalahan di dalam solat di dalam program Penghayatan nilai R.A.K.Y.A.T di dalam solat, saya sempat menjengah ke laman freindster sahabat saya Fitri.

Apabila saya melihat gambar-gambar di dalamnya, terkenang memori beberapa tahun yang lalu. Saat jiwa muda yang berkocak mahu memperjuangkan Islam dan beriltizam mahu mahu masuk ke Universiti.

Gambar Usrah di atas adalah merupakan gambar yang diambil seingat saya ketika pertemuan usrah terakhir dikala mahu mengambil STPM.


Saya kira inilah usrah pertama saya yang paling mencabar kerana memimpin sahabat-sahabat yang sama umurnya. Usrah kelompok kecil ini merupakan usrah khusus yang dicadangkan oleh sahabat saya iaitu Hafez Sabri. Saban malam kami berbincang, akhirnya terbentuklah kumpulan usrah ini. Alhamdulillah, ke semuanya sehingga hari ini terus istiqamah di dalam memperjuangkan agenda Islam di kampus masing-masing.

Pada awalnya saya dilantik menjadi ketua Usrah bagi seluruh tingkatan 6 Rendah, dan akhirnya menjadi Exco Usrah BADAR pada tahun tersebut. Usrah yang yang dijalankan secara mingguan ini adalah secara besar-besaran iaitu melibatkan keseluruhan warga tingkatan enam tanpa berkecuali. Di dalam usrah ini kebiasaannya akan dijadikan medan muhasabah buat seluruh pelajar lelaki tingkatan 6 di KISAS.

Dengan karektor yang tegas, saya selalunya mengambil bahagian untuk memberi teguran dan kata-kata semangat bagi membolehkan imej tingkatan 6 tidak dipandang rendah.Saudara Azuan selalunya memberikan inzar berbentuk mensucikan hati bersesuaian dengan imej “tok guru” yang ada pada beliau. Rindu rasanya pada Azuan. Walaupun kadang-kadang terlihat isyarat YM beliau menyala, terasa malu untuk menegur. Risau “ulama muda” ini terganggu dalam menelaah kitab-kitab turath dibumi anbiya sana. Pernah saya menegur, tetapi tidak mendapat jawapan.

Alhamdulillah, berkat usaha seluruh warga tingkatan 6 pada tahun tersebut, maka tercatatlah jumlah sebanyak 5 orang mendapat 5 Prinsipal A, dan 18 orang mendapat 4 Prinsipal A .

641870399l

Gambar di kelas 6 Atas 6, KISAS.

1_353885547l

Azuan, Aji dan Habib yang dirindui. Insya Allah pada tarikh 20/02/2020 akan bertemu alumni STPM Kisas 2005 di masjid Sultan Sulaiman jam 2.20 petang.

Tuesday, July 10, 2012

Semoga Allahyarhamah Aina Mardiah dirahmati Allah


Hadirin mendoakan kesejahteraan jenazah Aina Mardiah

Kehilangan Aina Mardiah iaitu anak sulung kepada salah seorang tahanan ISA, Kekanda Shahrial Sirin bisa, menyentuh hati manusia yang masih hidup kalbunya. Namun begitu tidak dapat dinafikan, masih ada hati-hati yang sudah mati dan tidak bisa untuk merasai kepedihan yang ditanggung ini.

Setelah menjangkau 7 tahun dikurung didalam jerangkap besi yang penuh dengan kezaliman dan kesengsaraan, terpisah pula dengan anak-anak dan isteri begitu menjerut jiwa insan ini. Kini Kekanda Shahrial kehilangan pula anak yang di sayangi. Tidak dapat saya bayangkan betapa sedihnya hati Kekanda Shahrial apabila kepulangan beliau hanya sempat menatap wajah pucat anak kesayangannya.

Anak yang ditinggalkan dalam keadaan tersenyum ceria, tetapi disaat kepulangannya hanya sekujur tubuh yang tidak bisa membuat apa-apa menjemputnya. Selama 7 tahun anak-anak ini ketandusan kasih sayang seorang ayah. Salam takziah daripada PMIUM kepada keluarga Allahyarhamah Aina Mardiah. Semoga bahagia diakhirat sana.


“ Ya Allah, kau rahmatilah Allahyarhamah Aina Mardiah di akhirat sana. Kau tabahkanlah hati kedua ibu-bapanya. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, sekiranya hari ini saudara kami di dalam ISA ini dizalimi, kau berikanlah balasan yang selayaknya kepada orang yang menzalimi mereka. Ya Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, kau tabahkanlah hati saudara kami, Kekanda Shahrial dan keluarganya. Kau berikanlah kekuatan kepada mereka untuk terus berjuang menentang kezaliman. Amin”.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Monday, July 9, 2012

Tazkirah Ringkas


Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).8:60

Wabak H1N1, peringatan buat semua

a-h1n1

Semalam saya sempat bersama dengan adik-adik Maktab Perguruan Bahasa Melayu, Lembah Pantai. Walaupun saya balik agak lambat daripada pejabat kerana menyusun atur pejabat bagi membolehkan saya dan Che Mat mempunyai meja sendiri ditingkat atas pejabat. Ustaz Nasib orang yang paling bersemangat mahukan kami berdua menyusun meja pada petang semalam.

Biar pun badan agak letih memandangkan simptom demam Chingkungnya belum sembuh sepenuhnya, namun disebabkan rasa rindu pada adik-adik di IPBM saya tetap bersemangat untuk melangkah kaki ke sana. Kelihatan awan mendung selepas hujan dan guruh yang masih berbunyi, menuntut saya membawa bekalan baju hujan di dalam kotak “doraemon” dibelakang motor saya.

Saya memulakan bicara saya bersama adik-adik dengan membawa pesanan Tuan Guru Dr Haron Din di dalam kelas di Darus Syifa baru-baru ini berkenaan fenomena “Selsema Babi”. Suatu fenomena yang menyebabkan seluruh dunia berada di dalam ketakutan. Ini kerana, sehingga 6 Julai sudah 434 kes yang dicatatkan berbanding hanya 2 kes pada 2 jun lepas.


Saya mengajak mereka supaya melihat fenomena selsema babi ini dengan 4 pandangan. Melihat dengan pandangan mata, pandangan akal, pandangan nafsu dan pandangan mata hati.

c9013d8fdfe9b7da92806cacac9f9244

Pertamanya dengan pandangan mata. Melihat dengan pandangan mata, seseorang itu hanya mampu melihat peristiwa selsema babi ini secara fizikalnya sahaja. Cuba kita renungkan, apakah yang hanya boleh dilihat dengan mata di dalam kejadian selesema babi ini. Maka tidak lain dan tidak bukan kita hanya akan mampu melihat fakta statistik peningkatan wabak. Mungkin juga kita dapat melihat tanda-tanda symptom wabak ini pada tubuh pesakit, tetapi semuanya adalah berkisar berkenaan fizikal tubuh badan pesakit itu sahaja.

h1n1

Seterusnya, melihat selsema babi ini dengan pandangan akal. Kebiasaannya melihat dengan pandangan akal ini adalah kebiasaan pandangan para-para cerdik pandai atau pun saintis di dalam bidang ini. Mereka melihat dengan ilmu yang mereka ada untuk mencari punca-punca merebaknya wabak selsema babi ini. Melalui penelitian dan pengkajian ini, mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian kepada penyakit yang belum ada jalan penyelesaian ini.

Manakala pandangan ketiga adalah melihat dengan pandangan nafsu. Apabila fenomena selsema babi ini dilihat dengan pandangan nafsu, maka akan adalah golongan-golongan yang bergelak ketawa sambil bertepuk tangan melihat negara-negara yang diserang dengan wabak ini. Ianya akan menjadi suatu keuntungan sekiranya ubat yang ditemui boleh dipasarkan dengan harga yang mahal. Seperti kata sahabat saya Fahyshal di dalam ruangan komen Facebook saya iaitu, selsema babi ini juga mainan kapitalis farmaseutikal yang menggunakan bioteknologi untuk menghasilkan virus demi kelangsungan jualan ubat.

Manakala pandangan yang keempat adalah melihat serangan wabak selsema babi ini dengan pandangan mata hati. Inilah pandangan orang yang tinggi keimanannya kepada Allah S.W.T. Mengapakah berlakunya fenomena sebesar ini? Adakah tiada jalan penyelesaian kepada permasalahan ini? Sekiranya seseorang itu melihat fenomena ini dengan pandangan mata hati, sudah tentu ianya adalah merupakan suatu bala yang ditimpakan oleh Allah S.W.T terhadap penduduk di atas muka bumi ini.

Punca kepada berlakunya wabak ini adalah kerana kederhakaan manusia kepada Allah S.W.T. Maka tiada cara lain untuk menghadapi perkara ini melainkan kita kembali mentaati ajaran Islam dan mengamalkannya. Bersamalah kita meningkatkan amalan kita dan meletakkan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah S.W.T.
Kepada adik-adik, saya meninggalkan pesanan Tuan Guru Ust Haron Din supaya masing-masing mengamalkan Qunut Nazilah dan beberapa bacaan doa penolak bala. Mudah-mudahan dengan amalan tersebut kita semua akan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Nota :
Ini komen Abang Hasrul di Face Book saya berkenaan saranan membaca Qunut Nazilah ketika wabak H1N1 ini:

Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat SUNAT qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan SUNAT SOLAT bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau TIDAK QUNUT dan tidak menyuruh orang lain qunut.

Insya Allah kita guna pandangan pertama, mudahan H1N1 jd ujian penghapus dosa Insya Allah..AMIN

Sunday, July 8, 2012

Cetusan Pak Rae


Semalam saya sempat melayari laman blog terbaru Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya Dr Azrae Bin Hj Idris. Walaupun kewujudan ini agak terlewat berbanding anak-anak buahnya, namun begitu kewujudan blog ini mendahului TNC Hep daripada kampus-kampus lain.

Sebagai “pemantau” kepada aktiviti pelajar, kewujudan blog ini amat bermakna kerana segala buah fikiran dan cadangan yang beliau akan kemukakan kepada para pelajar dapat dilayari terus didalam laman blog beliau. Segala respon daripada para pelajar akan terus disampaikan kepada beliau. Jika sebelum ini, Perdana Mail menjadi tempat beliau meluahkan rasa, namun begitu ianya kurang berkesan kerana tidak semua pelajar cakna dengan Perdana Mail mereka.

Kepada Ayahanda Dr Azrae, semoga terus tegar dalam menulis. Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberikan manfaat kepada mahasiswa baru di Universiti ternama ini. Mungkin selepas ini akan menyusul pula blog Naib Canselor. (^^,). Untuk Melayari blog ayahanda TNC, Dr Azrae KLIK DI SINI

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com

Berbloggerlah dengan bebas sebebasnya

Alhamdulillah, hari ini pihak kerajaan menerusi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata berkata pihak kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan kepada mana-mana blogger di negara ini. Hal ini ada persetujuan sebulat suara di dalam mesyuarat kabinet.

Berdasarkan keputusan tersebut, maka sekatan-sekatan sebelum ini adalah terbatal secara automatik. Sebagai salah seorang blogger mahasiswa yang tegar, walaupun bukan atas isu yang kritikal tetapi saya merasakan suatu kebebasan kepada individu untuk berblogger.

Sebelum ini ada sahabat saya dari UMS yang menghubungi saya meminta pendapat berkenaan dengan berblogging ini. Katanya takut dikenakan prosiding oleh pihak pentadbiran Universiti kerana berblogging. Jawab saya, "blogging jer, asalkan kita tetap berdiri atas stand mahasiswa".

Memandangkan pihak kerajaan sendiri telah memberi green light kepada blogger-blogger untuk berblogging dengan sepuas-puasnya tanpa sekatan, maka nasihat saya kepada mahasiswa gunakanlah peluang ini untuk terus mencurahkan idea dan buah fikiran anda.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com


Wednesday, July 4, 2012

SMS dari sahabat

Dari kiri Zaidi, Ustaz Wahab, Saya dan Apple (Azfar pusat kebudayaan) ketika ekspedisi dakwah orang asli di Kg Bersoak. Insya Allah saya akan ceritakan dalam artikel akan datang

SMS Menarik yang saya terima hari ini (9 mac 2008). Sudah sekian lama tidak mendapat msj tazkirah. Tetapi hari banyak pula yang saya terima. Sengaja saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua.

SMS 1
Msj ini masuk ketika tengah hari tadi.

Alangkah bagusnya aku menjadi burung, tidak aku dibebani bebanan seperti ini. Hidup bebas di udara. Alangkah indahnya jika aku menjadi seperti ikan, tidak perlu aku memikirkan masalah dunia ini. Berenang riang dilautan. Tapi tuhan telah memilih aku menjadi seorang khalifah untuk aku bersyukur ke atasnya..Islam..Ihsan..Iman dan Taqwa…Memimpin dunia..Memilih antara hak dan batil.Syurga/Neraka..Wslm

SMS 2
Oh Azwary. Sahabat sekampung saya. Tiba-tiba msj saya pagi tadi. Tetapi versi berbeza dengan kisah ayah, anak dan burung murai dalam iklan petronas .

Anak : Ayah, ni siput apa?
Ayah: Siput babi.
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput babi nak.
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput babi saying.
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput la…babi!

SMS 3
Ini msj yang saya terima awal pagi tadi. Ada kawan yang ingin mengusik saya.

Awak adalah member saya lain dari yang lain…

Sebab Awak…

Sistematik..

Ekonomikal…

Nasionalisme…

Gigih…

Aktif…

Lasak…

Senang citer camni ar…

S.E.N.G.A.L..

SMS 4
Msj ini saya terima daripada Fauzan ketika waktu kelas metodologi syariah. Terkejut juga menerima msj sebegini panjang daripada Fauzan. Sebelum ini dia hanya menghantar msj untuk bertanyakan hal keewangan MIHAR.

Nak dengar cerita tak? Apa kesan fitna kat Belanda. Satu dunia sekarang nie telah berpusu-pusu mencari kitab al-Quran untuk dibaca. Mereka ingin mengetahui mengapakah umat Islam begitu marah sekali sungguh pun ianya hanyalah sebuah kitab sahaja. Kerajaan Belanda telah memberi percuma kepada rakyatnya untuk membaca kitab Islam yang teramat suci iaitu Al-Quran. Syukurlah wahai umat Islam sekalian, walaupun agama kita dihina tetapi secara tersiratnya, semua itu ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Dan satu lagi sumber, negara Denmark yang membuat karikatur Nabi Muhammad SAW telah kerugian 1.6 juta dolar sehari kerana barangan negara itu diboikot. Dan jika semua umat Islam bersatu padu, musuh-musuh Islam tidak akan berani mengancam kesejahteraan Islam. Bersyukurlah kerana kita tergolong di dalam agama yang diredhai Allah.. Alhamdulillah..

SMS 5
Msj ini saya terima daripada sahabat saya Apple.

Apple tanya saya: Faisal, bila nak bagi gambar Kuala Mu?
Saya jawab : Esok ana bawa, ana bagi pada anta.
Apple balas: Esok ana bawa, ana bagi pada anta ya.

Saya tersenyum sendirian. Dia menganggap ana itu adalah ganti nama saya, dan anta itu adalah ganti nama dia.

Friday, June 8, 2012

Apabila Mahasiswa "cemerlang" berdemonstrasi

JHR000027314

Terima kasih kepada mahasiswa UiTM kerana berdemonstrasi

Mahasiswa berdemonstrasi tidak cemerlang??? Itulah pertanyaan yang bermain-main dalam fikiran saya pada hari ini apabila melihat pelajar-pelajar UiTM seluruh negara bangkit menunjukkan perasaan mereka menuntut MB Selangor menarik balik kenyataan beliau berkenaan cadangan supaya dibuka kuota 10% UiTM kepada bukan Bumiputera. Walaupun ini merupakan isu yang agak terpencil, namun begitu mahasiswa-mahasiswa UiTm ini memberikan satu signal bahawa berdemonstrasi itu “dibenarkan” kepada mahasiswa.

Dato’ Mahadhir Khir menggelarkan “budak-budak” dan “pentadbiran” UiTM sebagai kurang cerdik semasa forum di Akademi Pengajian Melayu baru-baru ini. Beliau membangkitkan persoalan kenapa isu cadangan pemberian kouta 10% ini yang menjadi kemarahan pelajar UiTM, sedangkan isu pemberian biasiswa JPA yang begitu besar kepada kaum bukan bumi putera tidak menjadi api kemarahan mereka. Sebelum ini jumlahnya adalah 90%, tetapi selepas dibuat perubahan kadar ini turun kepada 50% untuk Bumiputera, 45% bukan Bumiputera dan 5% untuk lain-lain.

Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa tindakan “bodoh” ini juga akan merugikan orang Melayu sendiri. Mengapakah tindakan kerajaan yang di kira-kira merugikan orang Melayu dipandang sebelah mata oleh mahasiswa yang bergelar Pro-Aspirasi kerajaan. Di sinilah kita dapat menilai taraf pemikiran mahasiswa yang telah dicucuk hidungnya.

Pernah suatu ketika, YDP MPMUM mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan mahasiswa UM berdemonstrasi. Tindakan ini disokong oleh salah seorang exco penerangan MPMUM. Di dalam sebuah konvensyen MPP seluruh Malaysia di Bangi baru-baru ini, ahli exco tersebut menggelar mahasiswa yang suka berdemonstrasi ini sebagai mahasiswa yang tidak cemerlang. Tidak lain dan tidak bukan, ungkapan tersebut ditujukan kepada golongan Pro-Mahasiswa.

Hari ini,mungkin YDP dan Exco MPMUM ini melihat Naib Canselor UiTM Shah Alam sudah tidak cemerlang orangnya. Sahabat-sahabat beliau yang berdemonstrasi juga tidak cerdik? Hal demikian kerana mahasiswa Aspirasi sendiri memberi label yang sebegitu kepada sahabat mereka atas alasan “berdemonstrasi”. Jika mereka "cemerlang" sekalipun, isu yang mereka perjuangkan langsung dianggap "tidak cemerlang".

Mungkin ketika ini YDP dan Exco MPMUM tersebut sedang berfikir, bagaimanakah hendak menarik balik kenyataan mereka sebelum ini. Hal demikian kerana, label yang diberikan oleh mereka terhadap golongan yang berdemonstrasi ini terpalit kepada “kaum” mereka sendiri.
Bagitu jugalah di dalam isu Auku dan PTPTN. Pernah suatu ketika, YDP MPMUM mengherdik saudara Shahir Abd Aziz di dalam mesyuarat MPMUM dan menggelar mahasiswa yang menganggap cas 3% PTPTN adalah riba sebagai golongan yang jahil ekonomi. Bahkan beliau menganggap cas 3% ini adalah selari dengan Islam. Beliau berpendapat bahawa tidak releven isu tersebut diperjuangkan.

Namun begitu, sehari dua selepas kerajaan membuat cadangan untuk mengkaji 3% cas PTPTN dan ingin meminda AUKU, YDP MPMUM sekali lagi membuat kenyataan bahawa beliau menyokong perkara tersebut. Antara kenyataan “tidak malu” yang dibuat oleh beliau adalah semasa Minggu Haluan Siswa (MHS) baru-baru ini. Di hadapan khalayak ramai, beliau membuat kenyataan bahawa hasil kejayaan beliaulah cas PTPTN dan AUKU akan dikaji semula. Entah jenis apakah manusia sebegini. Hanya mahu nama dan mempedulikan perjuangan orang lain. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Mungkin penurunan cas PTPTN kepada 1% ini juga akan dijajanya ketika kempen PRK akan datang bahawa inilah kejayaan terbesar beliau ketika memimpin MPMUM.

Saya terfikir, dimana letaknya nilai kepimpinan di dalam diri golongan-golongan sebegini. Mereka terikut-ikut dengan tindakan kerjaan sehinggakan sikap dan perbuatan mereka sendiri menyerupai tindakan pemimpin kerjaan yang sememangnya menjadi “talam dua muka”. Perjuangan mereka bukanlah mahu memperjuangkan agenda mahasiswa, namun begitu agenda mereka adalah mahu hidung mahasiswa terus dicucuk oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebab itulah apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan bahawa beliau diliwat, saya sukar untuk mempercayainya. Hal demikian kerana beliau merupakan bekas “orang kuat” Aspirasi semasa berada di Uniten suatu ketika dahulu. Di dalam fikiran saya hanya terfikir, Aspirasi hanya mengeluarkan “budak suruhan” tetapi tandus dalam melahirkan kepimpinan yang idealistik.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com


Thursday, June 7, 2012

Pelacuran

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk mendapatkan wang, namun kadang-kadang ianya juga semata-mata untuk mendapatkan dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut sebagai pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun terdapat juga pelacur lelaki.

Aktiviti pelacuran adalah aktiviti yang paling tua di dunia, dan menjadi satu aktiviti yang tidak boleh dihapuskan malah di warisi dari generasi ke generasi. Kegiatan haram dan hina ini mempergunakan wanita dari usia seawal 10 tahun hinggalah 55 tahun. Pelbagai jenis pelacuran yang wujud seperti pelacuran komersial dan pelacuran yang hanya melibatkan wanita secara sukarela. Walau apa jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama, adat, budaya malah menyalahi undang-undang negara kita.

SEJARAH PERLACURAN DI MALAYSIA

Menurut catatan sejarah, Abdullah Munshi pernah mendapati terdapatnya perempuan-perempuan jalang dan murahan mendekati perahu dagang di Kelantan. Walaupun tiada catatan yang lengkap yang menunjukkan peristiwa itu, namun kegiatan pelacuran telah bermula seawal abad ke 18 lagi apabila buruh lelaki dari China telah masuk untuk bekerja di lombong timah sejak 1830 an. Kehadiran buruh-buruh lelaki yang ramai telah mengakibatkan kaum wanita menjadi lebih sedikit daripada kaum lelaki. Maka, golongan wanita telah diimport dari negara-negara asing bagi memenuhi permintaan nafsu buruh-buruh dan rakyat asing yang melimpahi di Tanah Melayu akibat kurangnya wanita untuk menjadi isteri.
Walaubagaimanapun, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan OrdinanW anita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftar.

STATISTIK PELACURAN DI MALAYSIA

Dari statistik Polis Kuala Lumpur melalui sumber akhbar Utusan Malaysia, mendapati wanita Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam pelacuran iaiitu dengan 60 %, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum 8% dan kaum India dengan peratusan yang paling rendah iaitu 2%.

Kebanyakkan kegiatan pelacuran yang kian bertebaran di Malaysia adalah disebabkan oleh kedatangan rakyat asing dan pelancong asing yang menyalahgunakan visa pelancong mereka. Menurut Pegawai Pencegah Maksiat, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Asisten Supritendan Choo Lily,sejak 1996 hingga Februari 2003,sebanyak 17,448 wanita rakyat asing telah ditangkap. Hasil daripada tangkapan tersebut, didapati rakyat asing dari negara Indonesia adalah paling ramai dengan jumlahnya sebanyak 10,576, dengan diikuti oleh Thailand seramai (3,096) orang, Filipina (1,794), China (1,149),Uzbekistan (388), Kemboja (107), Rusia (71),Vietnam (66), Myammar (55), India (43), Taiwan (21), Ukraine (17), Singapura (12), Kazakstan (10), dan Columbia (9).

Pada 1996 katanya, terdapat 1,314 pelacur asing dari pelbagai negara ditangkap di Malaysia. Jumlah itu meningkat kepada 2,250 orang atau 41.6 peratus pada tahun berikutnya. Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal pada 1998 apabila ia menurun sebanyak 3.4 peratus iaitu berkurangan menjadi 2,176 orang.

Penurunan itu tidak kekal lama apabila ia kembali meningkat pada setiap tahun selepas itu. Pada 1999 misalnya, seramai 3,301 pelacur asing ditangkap, ia diikuti 3,607 orang (2000) dan 4,132 orang (2001). Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu Januari hingga Februari, polis telah menangkap 667 orang wanita asing kerana kesalahan melacur.

Sejak 1996 hingga 2001, seramai 175 orang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad (AKT) 1933 kerana didapati terbabit dalam sindiket pelacuran.
Rakyat Indonesia yang melacurkan diri di Malaysia kebanyakkannya terpedaya dengan sindiket pelacuran yang menyamar sebagai ejen pekerjaan dan menjanjikan kepada mereka pekerjaan yang baik seperti pembantu rumah,pembantu kedai dan pekerja kilang.

Wanita Filipina pula menyalahgunakan permit perjalanan dengan melakukan pelacuran di negara Malaysia sementara rakyat China dan Uzbekistan pula turut menyalahgunakan visa yang berstatus pelajar. Bayaran yang diterima oleh pelacur adalah bergantung kepada kelas pelacur tersebut iaitu sama ada dari kelas tinggi atau rendah. Bayaran terhadap mereka adalah berbeza-beza mengikut rupa paras, umur dan tempat beroperasi Pelacur kelas atasan biasanya beroperasi di hotel yang mempunyai bintang, spa kesihatan dan rumah urut. Sementara, pelacur kelas rendah akan beroperasi di hotel murah yang mengenakan bayaran antara RM20 hingga RM30 sebilik.

Bayaran pelacur dari setiap negara juga berbeza-beza iaitu pelacur Indonesia biasanya menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM125 untuk setiap perkhidmatan. Pelacur dari China dibayar sebanyak RM200 hingga RM300.
Mereka yang memiliki wajah kebaratan pula biasanya mengambil bayaran RM150 hingga RM250 dan pelacur tempatan mengenakan bayaran RM100 hingga RM150.

KRITERIA PELACUR

Pelacur Pasar
Kumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam masyarakat pelacur. Mereka menjalankan perniagaan di lorong-lorong gelap seperti Jalan Chow Kit, Jalan Haji Talib, Petaling Street dan lain-lain.

Pelacur Jalanan
Golongan mendapatkan ini pelanggan dengan menjaja diri di pusat membeli belah dan tempat hiburan seperti disco, pub, pusat dangdut dan lain-lain. Golongan ini terdiri daripada gadis atau isteri mencari duit lebih.

Pelacur bermajikan
Dikenali sebagai call girl. Beroperasi di tempat tertentu seperti di flat atau rumah perseorangan yang biasanya disediakan oleh majikan.

Pelacur Tukang Urut, Pelayan Bar
Didaftarkan sebagai pekerja di tempat berkenaan tetapi turut melacur diri untuk menambah pendapatan.

Pelacur Bebas
Kumpulan elit dalam kalangan pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari, pelajar IPTA/S, gadis pejabat, artis, peragawati. Merak mencari pelanggan di bar, restoran eksklusif di hotel atau tempat tumpuan golongan elit. Mererka boleh disewa, satu malam dan dibawa bercuti. Boleh dihubungi semula melalui telefon

Pelacur Kehormat
Hanya melayan golongan tertentu sahaja iaitu golongan kaya seperti ahli perniagaan yang kaya.Terdiri daripada gadis yang disewa firma dan syarikat korporat tertentuBiasanya menemani tetamu khas ke kelab malam dan menghibur tetamu termasuk hiburan seksual.

Bohsia
Kegiatan pelacuran oleh remaja secara percuma atau berbayar yang semata mata untuk berseronok

Undang-undang Yang berkaitan

Seksyen 18 (1), (2), Kanun Jenayah Syariah
Kesalahan melacur isteri atau anak dan hukum yang disabitkan (denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)

Seksyen19 kanun Jenayah Syariah 1988
Kesalahan perempuan yang melacurkan diri sendiri dan hukumannya (denda tidak lebih RM4000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)

Pandangan Agama Islam mengenai pelacuran

Pelacuran dalam Islam adalah haram hukumnya dan berdosa besar. Islam juga melarang berkahwin dengan pelacur:
Dalam hal ini ada suatu riwayat yang diceriterakan oleh Murtsid dari Abu Murtsid, bahwa dia minta izin kepada Nabi untuk kahwin dengan pelacur yang telah dimulainya perhubungan ini sejak zaman jahiliah, namanya: Anaq. Nabi tidak menjawabnya sehingga turunlah ayat yang berbunyi:
Lelaki tukang zina tidak (boleh) kahwin, melainkan dengan perempuan penzina dan musyrik, dan perempuan penzina tidak (boleh) kahwin,melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik.Yang demikian diharamkan atas orang-orang mukmin.
(Al-Quran Surah An-Nur:3)
Kemudian baginda bacakan ayat tersebut dan berkata:
"Jangan kamu kahwin dengan dia" (hadis riwayat Abu Daud,An-Nasa'i dan Tarmizi)

KESIMPULAN

Aktiviti pelacuran merupakan salah satu aktiviti yang dilarang oleh agama dan undang-udang itu sendiri. Aktiviti ini juga terkeluar daripada norma-norma masyarakat sesebuah negara dan ianya mendatangkan kesan yang buruk. Kesan daripada aktiviti pelacuran jugalah menyebabkan penyakit berbahaya seperti HIV aids menular di dalam masyarakat. Selain itu juga peningkatan kes pembuangan anak juga secara tidak langsung kesan daripada aktiviti pelacuran ini. Golongan masyarakat harus sedar berkenaan buruknya aktiviti pelacuran ini. Pendidikan yang serius berkenaan bahayanya aktiviti ini seharusnya diberikan memandangkan terdapat golongan terpelajar yang menjadi pelacur sambilan kelas atasan.

Monday, June 4, 2012

Aksi Bersukan bersama aktivis PMIUM


Pimpinan-pimpinan PMIUM turun ke padang bersenam robik bersama ahli semasa
Temasa Sukan PMIUM 07 baru-baru ini

Sejahtera Bersama PMIUM siri 2



Oleh Mohd Faisal Bin Mustaffa
Setiausaha Agung PMIUM

Sejahtera Bersama PMIUM” begitulah tema Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya pada sesi kali ini. Sebagai sebuah persatuan yang sudah menjangkau usia 52 tahun, PMIUM terus bergerak sematang dengan usianya. Pada sesi kali ini, PMIUM dipimpin oleh Saudara Mohd Haafizuddin Bin Abirerah dan dibantu oleh Saudari Nur Fariza Binti Zahrin selaku Naib Yang Di Pertua.

SOROTAN SEJARAH



PMIUM ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Prof Dr. Syed Muhammad Naquib Bin Al-Attas. Ketika itu beliau merupakan mahasiswa di Universiti Malaya berpengkalan di Singapura. Selepas Universiti Malaya memindahkan operasinya di Kuala Lumpur, persatuan ini turut sama berpindah dan menggerakkan agenda dakwah di kampus Kuala Lumupur.

Situasai UM pada ketika itu sangat liberal dan jauh daripada suluhan agama dan dogma budaya ketimuran. Paradigma rata-rata mahasiswa Islam khususnya mahasiswa Melayu sendiri lebih dipengaruhi oleh ideologi sosialisme dan nasionalisme ekstreme. Bertitiok tolak pada hakikat ini, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas telah melakukan suatu ijtihad dengan menubuhkan PMIUM demi menggerakkan idea ‘faham Islam’ dalam lapangan umat kampus dan nasional.

Biarpun PMIUM pada peringkat awal kurang didekati oleh mahasiswa Melayu, namun sedekad usia penubuhannya mula memperlihatkan suatu pola gerakan dinamik dan menjadi sebuah badan dakwah yang sangat aktif dalam mendepani arus massa.

DAKWAH DI KAMPUS DAN MASYARAKAT

Tidak dapat dinafikan PMIUM merupakan gerakan dakwah yang paling aktif di bumi intelektual Universiti Malaya. Sasaran dakwah PMIUM bukan sahaja meliputi warga kampus, tetapi juga masyarakat di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Selangor.

Antaranya, PMIUM mengadakan Program Ziarah Mesra (PZM) 2 minggu sekali kepada pesakit-pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menjenguk dan menghulurkan bantuan kepada para pesakit tanpa mengira bangsa dan agama. Program yang diadakan secara berkala ini seringkali membuat para pesakit berasa terharu dan mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan PMIUM terhadap masyarakat setempat.

Selain itu, terdapat juga dikalangan ahli pimpinan PMIUM yang menyampaikan kuliah-kuliah di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. PMIUM juga bekerjasama dengan kakitangan Universiti Malaya untuk mengadakan kelas pengajian al-Quran kepada isteri-isteri dan anak-anak kakitangan UM yang menetap di kawasan perumahan kakitangan sokongan Universiti Malaya.

Selain itu, penubuhan Kelab Fasilitator yang dinamakan sebagai Empayar, menjadikan PMIUM terus bergerak cergas untuk memberikan khidmat ke sekolah-sekolah atau institusi pengajian lain yang berminat.

Bagi membolehkan PMIUM terus mendapat tempat dihati warga kampus, PMIUM berusaha merencana aktiviti dakwah yang lebih fleksibel dan kotemporari. Selain daripada menjalankan aktiviti ceramah di Balai-balai Islam kolej kediaman, terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang bagi membolehkan pembawaan PMIUM diterima oleh segenap lapisan masyarakat kampus. Sebagai contoh, Program Temasya Sukan PMIUM, menghimpunkan sebahagian besar warga kampus berbilang kaum melalui pertandingan sukan yang dijalankan seperti futsal, bola jaring, badminton dan sebagainya.

BUDAYA PMIUM

Di dalam memastikan gerak kerja dalam kalangan ahli PMIUM tersusun rapi, terdapat 2 budaya yang diperkenalkan iaitu Budaya Pengamalan dan Budaya Kerja PMIUM.
Terdapat 5 budaya Pengamalan yang menjadi panduan setiap ahli PMIUM.
1. Kita adalah Daie
2. Ukhuwah Keutamaan kami
3. Budaya ilmu amalan kami
4. Akhlak keutamaan kami
5. Sunnah ikutan kami

Manakala budaya kerja PMIUM pula:

1. Syura (Collective)
2. Al-Itqan (Par Excellent)
3. Al-Takaful (Colaborative)
4. Akauntabiliti (Accountability)


NON MUSLIM
Terdapat sebilangan ahli berdaftar PMIUM yang terdiri daripada mahasiswa berbangsa Cina. Kebersamaan dan kemesraan ahli-ahli PMIUM melayani kaum beragama lain, menjadikan mahasiswa daripada agama lain tidak takut untuk mendekati PMIUM.

Selain itu, PMIUM tidak mengenepikan semangat perpaduan dengan persatuan-persatuan agama lain, sebagai contoh pada sesi lepas PMIUM menjemput kumpulan tarian singa Universiti Malaya untuk mengadakan persembahan di dalam program mega PMIUM. Melalui hubungan dua hala ini, berjaya menonjolkan sikap toleransi dan saling hormat menghormati dalam beragama ahli-ahli PMIUM kepada warga kampus.

AKADEMI MUSLIM

Di dalam memastikan lahirnya mahasiswa yang mempunyai kefahaman dan nilai-nilai Islam dalam diri mereka, PMIUM pada kali ini cuba untuk memperkenalkan program Akademi Muslim kepada seluruh warga kampus Uni Perdana.

Program ini mensasarkan seluruh mahasiswa yang beragama Islam bagi menerapkan aspek Islam didalam kehidupan mereka seharian. Melalui program ini, para peserta akan dilatih dan dibimbing selama dua semester oleh mentor yang dilantik untuk memastikan mereka dapat menguasai asas-asas penting sebagai seorang Muslim.

Menurut pelan yang dicadangkan, program ini terbuka kepada seluruh warga kampus yang mahu mempelajari dan memperkasakan diri mereka dengan ilmu asas dalam Islam. Para peserta akan dilatih oleh mentor masing-masing sehinggalah mereka berupaya menguasai dan mempraktikkan keseluruhan asas-asas penting Islam di dalam diri mereka.

Antaranya, teknik bacaan al-Quran dengan betul, teknik solat dengan betul dan sebagainya. Di akhir program ini, para peserta akan dinilai oleh mentor masing-masing dan akan dibuat pemilihan secara terbuka melalui pertandingan seperti program realiti TV yang ada pada hari ini.

TOKOH-TOKOH PMIUM

Pada hari ini kita dapat menyaksikan, ramai dalam kalangan pemimpin di negara kita yang lahir daripada rahim PMIUM. Melalui hasil tarbiah yang diperolehi semasa bergiat aktif di dalam PMIUM, tokoh-tokoh ini berjaya menjadi suri tauladan di mana sahaja mereka berada.

Di dalam bidang akademik, lahirnya tokoh-tokoh seperti Dato’ Dr Siddiq Fadhil (Presiden di Kolej Darul Hikmah), Profesor Dr Zulkifli Yusof (Pensyarah UM), Dr Ishak Suliaman (Pensyarah UM), Jamaluddin Ramli (Pensyarah UTM) dan sebagainya.

Di dalam bidang keewangan Islam, lahirnya tokoh-tokoh seperti Zaharuddin Abd Rahman (Pakar Keewangan Islam), Mohd Nazeri Chik (Panel Syariah BiMB), Mohd Ramadhan Fitri Bin Illiyas (Panel Syariah RHB Islamik Banking).

Di dalam bidang perundangan, antara nama-nama besar yang lahir daripada rahim PMIUM adalah Dato’ Zaidi Zain, yang merupakan pemilik firma Tetuan Zaidi Zain and Associates. Antara lain, Mohd Faiz Bin Adnan yang merupakan pemilik kepada Firma tetuan Faiz Adnan and Associates. Beliau merupakan salah seorang ahli exco Persatuan Peguam-peguam Syarie Malaysia.

Selain itu, PMIUM juga melahirkan tokoh-tokoh di dalam bidang politik. Antaranya Dato Ahmad Shabery Chik (Menteri Penerangan), Dato’ Dr Ahmad Puad Zarkashi (UMNO-Johor), Che Johan Che Pa (Umno-Kelantan), Dato’ Seri Dr Khir Toyo (Bekas Menteri Besar Selangor), Roslan Kassim (UMNO-Jempol), Muhammad Hussien (Ahli Parlimen Pasir Puteh-PAS), Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap-PAS), Husam Musa (Adun PAS- Kelantan), Takiyyuddin Hasan (Adun PAS- Kelantan), dan lain-lain.

Di dalam bidang NGO, lahirnya tokoh anak muda seperti Mohd Nazree Bin Yunus yang merupakan pengerusi GERAK bagi menggantikan saudara Mohd Ezam Bin Noor.

Bagi wanita pula, antaranya Dato’ Zakiah Binti Kassim (Penasihat Undang-udang Kerajaan Negeri Kedah) dan Ustazah Nuridah Binti Saleh (Ketua Dewan Muslimat).

PEMBANGUNAN WANITA DAN MAHASISWI

Biro Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi (HEWI) merupakan salah satu daripada entiti PMIUM. Melalui slogan 3 B (Bijak, Berani dan Berdikari), HEWI berusaha merancang untuk menjayakan agenda pembangunan Mahasiswi kepada seluruh siswi PMIUM dan warga kampus.

HEWI pada sesi kali ini dipimpin oleh Saudari Nur Fariza Binti Zahrin, selaku Naib Yang di Pertua PMIUM merangkap pengerusi HEWI. Antara program-program yang dirancang adalah Forum Pembangunan Wanita, Hari keselamatan wanita dan sebagainya.

Apa yang menarik, program-program pembangunan mahasiswi yang bakal dilaksanakan oleh HEWI mendapat sokongan penuh daripada Bonda Naib Canselor Dato’ Rafiah Salim.

BLOGGERS PMIUM

Di dalam memastikan dakwah PMIUM selari dengan kehendak semasa, PMIUM mewujudkan rangkaian bloggers PMIUM. Menjadikan blog saifulislam.com dan zaharuddin.net sebagai pedoman, setiap pimpinan dan ahli PMIUM digalakkan untuk mempunyai blog sendiri dan menulis artikel-artikel untuk disebarkan melalui akhbar, majalah dan media elektronik.

Melalui medan ini, ahli PMIUM akan dilihat lebih responsif dan boleh menyampaikan buah fikiran mereka secara langsung kepada masyarakat. Secara tidak langsung, mereka akan menjadi dutu-duta PMIUM kepada masyarakat kerana setiap kali artikel tersebut diterbitkan, akan tertera nama PMIUM. Di setiap blog ahli PMIUM pula, mereka diwajibkan meletakkan logo PMIUM, sebagai sokongan dan usaha untuk mempromosikan PMIUM diperingakat nasional ataupun antarabangsa.

Ikuti siri akan datang…

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com