Usrah terakhir bersama sahabat-sahabat di Masjid Sultan Sulaiman, Klang
Belakang : Amir (mesir), Fitri (UM), Hafez Sabri (UM), Amar (UKM), & Saya Depan Sabri (UM), Hafiz (UKM) dan Iman (UKM)Sementara menanti setiap kumpulan membentang kesalahan-kesalahan di dalam solat di dalam program Penghayatan nilai R.A.K.Y.A.T di dalam solat, saya sempat menjengah ke laman freindster sahabat saya Fitri.
Apabila saya melihat gambar-gambar di dalamnya, terkenang memori beberapa tahun yang lalu. Saat jiwa muda yang berkocak mahu memperjuangkan Islam dan beriltizam mahu mahu masuk ke Universiti.
Gambar Usrah di atas adalah merupakan gambar yang diambil seingat saya ketika pertemuan usrah terakhir dikala mahu mengambil STPM.
Saya kira inilah usrah pertama saya yang paling mencabar kerana memimpin sahabat-sahabat yang sama umurnya. Usrah kelompok kecil ini merupakan usrah khusus yang dicadangkan oleh sahabat saya iaitu Hafez Sabri. Saban malam kami berbincang, akhirnya terbentuklah kumpulan usrah ini. Alhamdulillah, ke semuanya sehingga hari ini terus istiqamah di dalam memperjuangkan agenda Islam di kampus masing-masing.
Pada awalnya saya dilantik menjadi ketua Usrah bagi seluruh tingkatan 6 Rendah, dan akhirnya menjadi Exco Usrah BADAR pada tahun tersebut. Usrah yang yang dijalankan secara mingguan ini adalah secara besar-besaran iaitu melibatkan keseluruhan warga tingkatan enam tanpa berkecuali. Di dalam usrah ini kebiasaannya akan dijadikan medan muhasabah buat seluruh pelajar lelaki tingkatan 6 di KISAS.
Dengan karektor yang tegas, saya selalunya mengambil bahagian untuk memberi teguran dan kata-kata semangat bagi membolehkan imej tingkatan 6 tidak dipandang rendah.Saudara Azuan selalunya memberikan inzar berbentuk mensucikan hati bersesuaian dengan imej “tok guru” yang ada pada beliau. Rindu rasanya pada Azuan. Walaupun kadang-kadang terlihat isyarat YM beliau menyala, terasa malu untuk menegur. Risau “ulama muda” ini terganggu dalam menelaah kitab-kitab turath dibumi anbiya sana. Pernah saya menegur, tetapi tidak mendapat jawapan.
Alhamdulillah, berkat usaha seluruh warga tingkatan 6 pada tahun tersebut, maka tercatatlah jumlah sebanyak 5 orang mendapat 5 Prinsipal A, dan 18 orang mendapat 4 Prinsipal A .
Gambar di kelas 6 Atas 6, KISAS.
Azuan, Aji dan Habib yang dirindui. Insya Allah pada tarikh 20/02/2020 akan bertemu alumni STPM Kisas 2005 di masjid Sultan Sulaiman jam 2.20 petang.
No comments:
Post a Comment