Pantun Sempena Kempen Budi Bahasa
Hari ini saya sempat ke pejabat TNC HEP dan pejabat NC untuk menghantar surat pertemuan diantara Majlis Tertinggi PMIUM bersama Ayahanda TNC pada 6hb dan Bonda NC pada 7hb. Sekiranya diluluskan, ini merupakan pertemuan ulung secara rasmi diperingkat MT PMIUM bersama pihak pentadbiran.
Semasa saya menghantar warkah kepada Ayahanda TNC, saya sempat bertanyakan berkenaan surat permohonan penambahan dua jawatankuasa kabinet yang dihantar lebih kurang dua minggu yang lepas. Jawapan yang diterima sama agak mengejutkan. Abang kerani disitu memberitahu, untuk diluluskan surat tersebut ianya memerlukan sokongan dan perbincangan di antara Encik Roslan Nik (Pok Lang). Sekiranya Pok Lang bersetuju barulah akan disahkan oleh Ayahanda.
Sebelum ini saya sudah beberapa kali menelefon Pok Lang, malahan saya pernah bertemu dan bertanya sendiri kepada beliau. Jawapan yang diberikan adalah “tunggu kelulusan TNC”. Saya rasakan sekiranya tunggu sahaja kelulusan TNC sampai bila pun tidak diluluskan melainkan dengan sokongan Pok Lang sendiri.
Selepas keluar ke bilik TNC, saya bergerak ke bilik Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk berjumpa dengan Kak Asmah bagi memohon penjelasan. Ketika itu beliau tidak ada disitu. Saya menegur seorang kakitangan wanita yang berada disebelah meja beliau. Kakitangan tersebut seorang wanita dalam lingkungan lewat 20-an yang sedang mengandung dan asyik bermain HP.
Saya menegur beliau, tetapi tidak dilayan. Hampir 3 kali saya memberi salam, barulah dia bersuara. Saya bertanyakan dimanakah Kak Asmah. Dengan muka yang masam mencuka dia menjawab “Kak Asmah jumpa pegawai, awak boleh tunggu diluar”. Nada percakapan beliau agak kasar dan kurang mesra.
Terfikir di hati saya beginikah cara melayan pelanggan. Sudahlah Pok Lang pun sambil lewa menyiapkan permohonan penambahan kabinet yang baru. Kakak yang mengandung itu pun sama, kurang mesra dalam melayani pelanggan. Walaupun kami adalah pelajar, namun kami juga perlu dilayan seperti orang dewasa. Ingat, berbudi bahasa itu amalan kita.
No comments:
Post a Comment