Info

Di sebabkan web bermasalah. Blog utama saya beralih kepada http://faisalmustaffa.wordpress.com. Blog ini hanya sekadar menanyangkan gambar-gambar program selepas ini sahaja.

Tiada kenaikan yuran pelajar Akademi Pengajian Islam UM  

Posted by ibnumustaffa86 in



Alhamdulillah, itulah kalimah yang sewajarnya diucapkan atas ketidaknaikkan yuran APIUM. Pihak UM sendiri memberi jaminan kepada seluruh mahasiswa APIUM didalam hal ini. Kepada mahasiswa APIUM semoga terus berjuang untuk mencapai kejayaan. Di sini saya sertakan artikel daripada berita harian yang terkini . klik sini

Tiada kenaikan yuran pelajar Akademi Pengajian Islam UM

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini menjelaskan bahawa tiada kenaikan yuran pengajian dilaksanakan bagi penuntut Akademi Pengajian Islam universiti itu.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, berkata apa yang berlaku sekarang adalah satu proses mendapatkan maklum balas daripada penuntut Akademi Pengajian Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tabloid hari ini yang melaporkan bahawa cadangan kenaikan yuran sebanyak 75 peratus meresahkan penuntut apabila Akademi Pengajian Islam mengeluarkan pekeliling semakan semula kadar yuran berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Sebarang perubahan pada yuran, jika dilaksanakan, adalah selepas perbincangan dan maklum balas daripada penuntut dan Pengurusan universiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa Universiti Malaya sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan penuntut dan pihak pengurusan Akademi Pengajian Islam akan selalu mengadakan pertemuan dengan penuntut dari semasa ke semasa. - Bernama

0 comments

Post a Comment

Jadual Julai

10-12-
Takaful, Seri Pengantin (KPPD),

14-12-
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (KPPD),

17-19-
Bank Rakyat, Modul Solat,

31-2 Ogos-
LTAT, (KPPD),


Pesanan


Cetusan Minda Mahasiswa

DARI AIR MANI YANG HINA

Read, You'll Conquer The World

Hit's

Biodata

Mohd Faisal Mustaffa
View my complete profile
Anak jati kelahiran negeri Kedah. Sekarang merupakan Pembantu Fasilitator di Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Maklumat lanjut sila klik disini

Terbaru